Laporan Audit Buktikan Guan Eng Penipu Rileksmedia


DEDAH… Laporan Audit Negara dikeluarkan jelas tunjuk jumlah wang input Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion. Ia sekali gus tangkis tuduhan dilemparkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada Barisan Nasional (BN) dan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ‘rompak’ wang tuntutan bayaran balik sebelum ini.
“Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulang kali ‘rompak’ RM19.2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng, saya telah tunggu agak lama Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan.
“Alhamdulillah, laporan ini akhirnya keluar pagi ini. Kebenaran itu pasti. Laporan Audit menunjukkan bahawa jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion (Gambar A).
“Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang 30 hari,” kata Najib menerusi hantaran dalam Facebook.

Jelas Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, RM3.90 bilion merupakan tuntutan pulang balik yang tiada pembekalan bercukai dan RM3.52 bilion pula masih dalam siasatan – bermakna wang ini mungkin tidak sah untuk dibayar balik.
“Tunggakan terbesar pula ialah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam siasatan. Tetapi, laporan audit juga mengesahkan bahawa bahagian terbesar tunggakan ini ialah daripada 90 hari ke bawah. (Gambar B)
“Tuntutan untuk April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk Mei dibayar pada bulan Jun. Ini bererti bahawa jika wang input GST itu lambat dibayar balik (oleh pihak Kastam), ianya kesalahan kerajaan PH sendiri.
“Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri,” selarnya. Menurut Najib lagi laporan audit juga mengesahkan bahawa sebelum ini, pihak Kastam di bawah pentadbiran BN dianggap cekap bayar balik tuntutan GST (gambar C).
Setakat akhir tahun 2017, sebanyak 98.6% daripada tuntutan bayaran balik dibayar dalam tempoh kurang 100 hari. Hanya baki 0.06% daripada tuntutan yang diluluskan dibayar balik pihak Kastam dalam tempoh 200 hari ke atas.

“Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa Guan Eng sebenarya ialah seorang penipu bersiri dan cuba pula tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan pihak kerajaan BN dahulu.
“Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan pihak peniaga tertentu untuk menipu Kastam iaitu sebanyak RM3.90 bilion.
“Ia merujuk untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan. Oleh itu, saya berasa hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa hendak menjarah wang rizab Petronas.
“Ia melibatkan berpuluh-puluh bilion ringgit untuk perbelanjaan kerajaan PH pada tahun depan dengan alasan kononnya mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini,” ujar Najib dalam nada agak sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

sumber : mynewshub
The post Laporan Audit Buktikan Guan Eng Penipu – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/laporan-audit-buktikan-guan-eng-penipu-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 307 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Jabatan Audit Negara yang mengesahkan bahawa laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Berhad telah diubah atas perintah Datuk Seri Najib Razak Adala...
Kit Siang Paling Layak Jadi Menteri Guan Eng Rileksmedia

Kit Siang Paling Layak Jadi Menteri Guan Eng Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 294 hits
PETALING JAYA Penasihat DAP Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri kata Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata Kit Siang merupakan anggota veteran parti yang pal...
We Ll Fight Opposition S Racial Politics By Mending Economy Guan Eng

We Ll Fight Opposition S Racial Politics By Mending Economy Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 321 hits
The Pakatan Harapan government will take on the opposition s race based politics by improving the economy Finance Minister Lim Guan Eng said today Referring to racial sentiments allegedly brought up by opposition leaders during yesterday s ...
Kit Siang Most Qualified As Minister Guan Eng

Kit Siang Most Qualified As Minister Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 250 hits
Lim Guan Eng PETALING JAYA DAP adviser Lim Kit Siang is the party s most qualified leader to be appointed as a minister says party secretary general Lim Guan Eng Guan Eng who is also Finance Minister said Kit Siang was the party most commit...
Sekali Lagi Guan Eng Tempelak Kerajaan Negeri Kelantan

Sekali Lagi Guan Eng Tempelak Kerajaan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 295 hits
Lim Guan Eng PETALING JAYA Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekali lagi menyindir dan menempelek keupayaan kerajaan negeri Kelantan yang pernah memohon bantuan sebanyak RM20 juta bagi membayar gaji kakitangan awam beberapa bulan lepas kepada k...
Guan Eng Lebih 50 Tahun Dalam Dap Kit Siang Paling Layak Jadi Menteri

Guan Eng Lebih 50 Tahun Dalam Dap Kit Siang Paling Layak Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 296 hits
Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Foto oleh Firdaus LatifPETALING JAYA 9 Dis Penasihat DAP Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menter...
Guan Eng Di Mata Mca

Guan Eng Di Mata Mca

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 206 hits
Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Selepas enam bulan Pakatan Harapan membariskan anggot Kabinetnya MCA memberikan penilaian bahawa Lim Guan Eng merupakan Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah negara Lantaran itu Perdana Menteri Datuk Seri Dr ...
Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 304 hits
Loading Loading Jika Menteri Kewangan Pakatan Harapan mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang kurangnya 30 dari lapangan terbang bangunan hospital hospital awam stesen keretapi dan tanah tanahnya tentu ramai akan
Eat Your Heart Out Najib Guan Eng Ecstatic As Exports Hit Historic High On Rm96 4 Billion In October

Eat Your Heart Out Najib Guan Eng Ecstatic As Exports Hit Historic High On Rm96 4 Billion In October

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 265 hits
PUTRAJAYA Malaysia s exports in October surged to a historic high of RM96 4 billion Finance Minister Lim Guan Eng said today In a statement he said the country also recorded trade surplus of RM16 3 billion an indication that it is on the ri...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Tiada Peruntukan

How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih