Lapang Sasar Memanah Aps 3d Archery Selama Perak
LAPANG SASAR MEMANAH APS 3D ARCHERY SELAMA, PERAK | Assalammualaikum semua. Aktiviti sukan memanah semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi bagi umat Islam kerana ia sunnah Rasulullah SAW.
Rasulullah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bazzar dan Thabarani: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
LAPANG SASAR MEMANAH APS 3D ARCHERY SELAMA, PERAK
Sukan memanah menguji kita untuk fokus kepada sasaran. Ia memberi arahan kepada mata dan tangan untuk target sasaran. Apabila melepaskan anak panah, anda akan tahu sama ada anda benar-benar fokus atau sebaliknya. Setiap pemanah mempunyai teknik tersendiri.
Memanah adalah kemahiran melepaskan anak panah dengan menggunakan busur. Ia telah digunakan sejak zaman dahulu untuk memburu dan berperang. Namun, pada masa kini ia lebih bertujuan untuk bersukan dan pertandingan.
Melalui pertandingan, sukan memanah melibatkan anak panah yang disasarkan daripada jarak yang ditetapkan. Ini adalah cara paling popular bersaing memanah di seluruh dunia. Ramai atlet berjaya menempa nama di persada dunia dengan menyertai pertandingan Sukan Olympic, Paralympic, SEA, Asean, Commonwealth dan banyak lagi.
Memanah ialah salah satu acara di Sukan SEA yang diadakan di temasya itu sejak edisi 1977 di Kuala Lumpur. Sebagai rakyat Malaysia, selain ia adalah sunnah Rasullullah S.A.W. Kita patut melatih anak-anak sehingga ke peringkat antarabangsa. Bina impian untuk bergelar juara memanah. InsyaAllah.
Jika anda di Selama, join APS Archery Excellent Centre untuk mahirkan diri dalam sukan memanah. Kepuasan apabila berjaya memanah sampai ke sasaran adalah nikmat yang sukar digambarkan. Cubalah.
Lapang Sasar Memanah, Laman Sunnah APS, Log 2372, Kampung Ulu Mengkuang, Rantau Panjang, 34140 Selama, Perak
Hubungi: +60199390409
“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/02/lapang-sasar-memanah-aps-3d-archery.html