Galau Indah Selama 3 Jam Di Konsert Cakra Khan A Decade


GALAU INDAH SELAMA 3 JAM DI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE | Assalammualaikum semua! Jumaat 20 Januari 2023 adalah hari yang dinantikan oleh peminat Cakra Khan. Konsert sulung berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Lokasi yang dekat di hati kami. Lepas tu dalam dewan berprestij dan selesa. Al-maklumlah dah berusia 30-an ni tak larat nak berdiri tonton konsert.
Terima kasih penganjur! Tahniah Cakra Khan dan seluruh pasukan yang terlibat. Konsert Cakra Khan A Decade adalah konsert terbaik yang Ruby pernah hadir. Puas hati sangat. Malah stamina Cakra Khan menghiburkan penonton juga turut bertenaga. Ketawa Cakra Khan adalah trademark yang tiada galang hanti ye. Kami juga sama-sama ketawa macam Cakra Khan. 
Ternyata Cakra Khan juga seorang yang mudah terhibur dan suka menghiburkan orang di sekelilingnya. 
>> https://www.ruby.my/2022/11/konsert-sulung-cakra-khan-bersempena.html

GALAU INDAH SELAMA 3 JAM DI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE 


Cakra Khan mula dikenali dengan lagu hits beliau iaitu Kekasih Bayangan pada sekitar tahub 2012. Ketika itu, suara serak basah seperti Cakra Khan amat sukar dimiliki oleh mana-mana selebriti. Malah, jika ada yang memiliki tone suara begini, pasti menyanyi lagu rock metal. Berbeza dengan Cakra Khan, beliau lebih kepada genre muzik Pop dan R&B. 
Bak kata Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza ketika di wawancara di stesen televisyen Indonesia bahawa keunikan suara Cakra Khan seperti air masak yang sedang menggelegak. Lain dari yang lain. 

Adakah sakit memiliki suara begitu? Cakra Khan juga memaklumkan bahawa ini adalah kurniaan Allah s.wt. Ia bukan penyakit atau perlu sebarang perubatan. Jadi, Cakra Khan akan menjaga sebaiknya anugerah suara ini dengan menghasilkan lagi karya muzik

3 jam Cakra Khan menyanyi, menghiburkan, menjawab soalan penonton, bercerita tentang kisahnya. Suara beliau kekal begitu. Memang a night to remember. Kami pulang dengan seyuman. Hehehe. 
LEBIH 20 LAGU 
Sepanjang 3 jam, sebanyak lebih 20 lagu telah dinyanyikan oleh Cakra Khan. Manakala penampilan Khai Bahar dan Aina Abdul adalah nyanyian diet bersama Cakra Khan. Sememangnya malam yang indah buat kami semua yang menonton. Selain lagu hit, Cakra Khan juga menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain yang digemari oleh beliau sebagai tanda penghargaan dan sokongan. 
1. Adalah Aku2. Setelah Kau Tiada3. Salah Tapi Baik4. Cintamu Bukan Untukku5. Kepada Hati6. Mencari Cinta Sejati7. Kekasih Bayangan8. Harus Terpisah9. Opera Tuhan10. Terlanjur Cinta (Cakra Khan feat Hael Husaini)11. Luluh (Khai Bahar)12. Seluruh Cinta (Cakra Khan feat Dato' Seri Siti Nurhaliza)13. Semalam (Aina Abdul)14. Terus Hidup (Aina Abdul)15. Hal Hebat (Ade Govinda feat Ernie Zakri)16. Tanpa Batas Waktu (Ade Govinda)17. Ayah (Rinto Harahap)18. Hanya Memuji (Shanty)19. I Will Survive (Gloria Gaynor)20. Jealous (Labrinth)21. Bukan Cinta Biasa (Dato' Seri Siti Nurhaliza)22. Terlalu Cinta (Rossa)23. Kamelia (Sweet Charity)
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH  SEPANJANG MASA
Konsert sulung ini pastinya memberi anjakan paradigma kepada Cakra Khan sekeluarga. Selama 10 tahun melalui pengalaman sebagai selebriti dan penyanyi rakaman. Pelbagai cabaran telah dilalui

Hakikat kejayaan sebuah perjalanan dunia seni adalah restu keluarga. Bagi Cakra Khan, keluarga adalah yang utama. Ayah beliau sentiasa memberi semangat untuk Cakra Khan terus memberi yang terbaik kepada semua. 
Permulaan minat dalam bidang nyanyian adalah bakat nyanyian dalam lagu dangdut pada usia kecil. Kemudian Cakra Band ditubuhkan untuk memenuhi undangan nyanyian di majlis-majlis. 
Setelah bakatnya dikenali oleh penggiat industri seni muzik. Bermulakah pelbagai naskah lagu-lagu galau nan indah yang sering kita dengarkan. Lagu-lagu Cakra Khan yang puitis dan sering beri pendengar bersemangat untuk move on untuk meneruskan kehidupan. Hidup ini indah, walaupun ada sisi ujian yang perit. 

Cakra Khan turut membawa ibunda tercinta di Konsert Cakra Khan A Decade. Saat melihat wajah ibunda iaitu Puan Entik Trisuyatmi, bukan Cakra Khan sahaja berair mata. Kami pun berair mata

Tatkala Cakra Khan nampak Ibunda berair mata terus ayat..

Jangan Menangis..
Jangan Menangis..
Jangan Menangis..

Cakra Khan sedaya upaya tidak memandang ibunda semasa sepanjang konsert. Namun, hati seorang anak yang mana boleh mengelak dari tidak mengenali susuk tubuh seorang ibu yang sedang menonton konsert gilang-gemilang anaknya

Jika dulu, ibu menonton persembahan Cakra Khan bersama arwah ayah. Sekarang, bersendirian di sana. Cakra Khan juga mengalir air mata. Penonton juga turut mengalirkan air mata kerana rata-rata ramai mengikuti perjalanan seni insan bernama Cakra Khan. Pencapaian mengadakan konsert Cakra Khan A Decade adalah impian besar anak seni. Konsert ini berjaya dan sukses

PENYANYI JEMPUTAN KHAI BAHAR, AINA ABDUL DAN ADE GOVINDA
Sepanjang 3 jam ini, waktu kemunculan Khai Bahar, Aina Abdul dan Ade Govinda adalah waktu ramai bertenang dari berair mata sambil menanti Cakra Khan. 
Lagu-lagu duet secara langsung sangat gemersik dan menusuk jiwa. Terkesima mendengar bait-bait lirik, tambahan pula diiringi muzik Orkestra oleh Datuk Ramli MS. Meleleh air mata. Aiyaaa menangis je di Konsert Cakra Khan A Decade. Hahahaha. 

Konsert Cakra Khan A Decade turut dihadiri oleh rakan selebriti popular seperti Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Datuk Seri Rossa, Nur Fazura, Fattah Amin, MK K-Clique, Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad, Catriona Ross, Siti Saerah dah ramai lagi. 


Tahniah Cakra Khan dan seluruh pasukan yang terlibat. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/01/galau-indah-selama-3-jam-di-konsert.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galau Bersama 6 Penyanyi Hebat Bakal Meriahkan Konsert Patah Hati Pada Mac 2023 Nanti

Galau Bersama 6 Penyanyi Hebat Bakal Meriahkan Konsert Patah Hati Pada Mac 2023 Nanti

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 85 hits
Setiap kali putus cinta atau berdepan dengan masalah dalam perhubungan kita pasti akan mendengar lagu sedih secara bersendirian sebagai pengubat hati luka kan Kini anda boleh galau bersama kami sambil mendengar enam penyanyi hebat tanah air...
Cakra Khan Nanti Chord

Cakra Khan Nanti Chord

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 96 hits
G C E F D G E Am G D G C Fm Cnanti pasti kau sesali Bm E Amkeputusan dirimu D Dm Gmeninggalkan aku C Fm demi dia yang kau pikir CsempurnaBm E Amdan punya segalanya Dhingga kau punDm G G C C7 C Emberpaling meninggalkanku F Fm mungkin sekaran...
Aturan Jam Kerja Asn Pemprov Dki Saat Masa Transisi Endemi

Aturan Jam Kerja Asn Pemprov Dki Saat Masa Transisi Endemi

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 155 hits
Ketentuan itu sekaligus menggantikan Surat Edaran Nomor 10 tahun 2022 yang sebelumnya memberikan opsi sistem kerja dari rumah dan WFO Dalam aturan terbaru 2023 tidak ada perubahan jam kerja selama Senin Jumat
Menara Jam Condong Telok Intan

Menara Jam Condong Telok Intan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 120 hits
Memandangkan kampung saya tidak berapa jauh dari Telok Intan maka dari kecil saya kerap ke Telok Anson atau sekarang dikenali sebagai Telok Intan Mercu tanda Menara Condong Telok Intan memang sering saya lintas tanpa pernah masuk dan melawa...
Pakai Baju Sedondon Tgk Konsert Netizen Dpt Berita Tarikh Shuib Berkahwin Dgn Watie Sekali Ini Respond Shuib

Pakai Baju Sedondon Tgk Konsert Netizen Dpt Berita Tarikh Shuib Berkahwin Dgn Watie Sekali Ini Respond Shuib

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 100 hits
Pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib Sepahtu menafikan khabar angin bakal mendirikan rumah tangga Mac ini
Bunda Corla Akui Tak Gila Harta Langsung Tolak Jam Tangan Mahal Dari Raffi Ahmad

Bunda Corla Akui Tak Gila Harta Langsung Tolak Jam Tangan Mahal Dari Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 92 hits
Wanita yang viral di media sosial Bunda Corla berkunjung ke rumah Sultan Andara Raffi Ahmad dan Nagita Slavina Di sana Nagita memberikan banyak sekali barang branded sebagai hadiah Raffi kemudian menawarkan koleksi jam tangan mahalnya Namun...
Kenduri Rakyat Tempuh Perjalanan 15 Jam Jumpa Pm Sampaikan Aspirasi

Kenduri Rakyat Tempuh Perjalanan 15 Jam Jumpa Pm Sampaikan Aspirasi

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 78 hits
Selain penduduk Kuching Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kubah Ria Satok petang tadi turut dihadiri masyarakat daripada etnik Orang Ulu Sarawak Walaupun terpaksa mengharungi perjalanan lebih 15 jam dari Bel...
Video Kasad Naikkan Pangkat Luar Biasa Tni Viral Gadai Motor Urai Macet 16 Jam

Video Kasad Naikkan Pangkat Luar Biasa Tni Viral Gadai Motor Urai Macet 16 Jam

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 208 hits
Kasad Jenderal TNI Dudung Abdurachman memberikan kenaikan pangkat luar biasa kepada prajurit Babinsa Kopka Azmiadi Aksi Azmiadi menggadaikan motornya urai kemacetan 16 jam viral di media sosial Kopka Azmiadi menggadaikan motornya untuk meny...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened

Nadma Remaining Water Storage Reserves In Four Dams In Johor Penang And Kedah At Critical Level

Mixing Politics With Religion In Malaysia Breeds Negativity

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam