Lapan Negeri Belum Capai Nilai Ambang Ppn Petugas Makin Lelah


AGENDA DAILY
Kadar penggunaan katil Covid-19 di ICU telah meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei 2021 hingga 104 peratus pada 6 Jun 2021. - Gambar FB Kementerian Kesihatan
Ketika petugas barisan hadapan perubatan terus mengalami gelaja ‘burnout’, purata kes harian yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari sehingga semalam, masih tidak mencapai nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 30 Jun hingga 6 Julai 2021 purata kes baharu harian adalah sebanyak 6,539 kes – masih tinggi berbanding nilai ambang PPN iaitu kurang daripada 4,000 kes sehari atau 12.2 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk.
“Nilai ambang 4,000 kes baharu harian ini adalah ditetapkan berdasarkan kapasiti hospital menghadapi situasi luar jangka, kadar kemasukan kes ke wad dan kadar discaj kes semasa.
“Negeri yang mencatatkan bilangan kes baharu melebihi nilai 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk adalah Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sarawak, dan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) turut melahirkan kebimbangan apabila tren kemasukan kes Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) masih berada pada tahap tinggi, katanya.
Beliau berkata tren itu tidak menunjukkan penurunan ketara sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) hingga kini di mana jumlah penggunaan katil ICU masih melebihi 90 peratus.
“Pada masa yang sama, petugas barisan hadapan (Perubatan dan Kesihatan) mengalami gelaja burnout kerana terpaksa berjuang menangani begitu banyak kes Covid-19 untuk tempoh yang kian berlarutan,” katanya.
Dr Noor Hisham menjelaskan empat negeri menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Kes harian baharu yang dilaporkan tidak menunjukkan tanda-tanda pengurangan malah kes meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini. Jika situasi ini berterusan, sistem kesihatan di negeri-negeri tersebut akan lumpuh dan seterusnya situasi yang sama bagi seluruh negara mungkin berlaku,” katanya.
KKM katanya, bimbang dengan situasi ini dan mengambil langkah segera bagi meningkatkan lagi kapasiti merawat Covid-19 di lapangan.
Antara langkah yang telah diambil adalah:
Penukaran beberapa hospital di kawasan Lembah Klang sebagai Full Covid-19 Hospital, misalnya Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, dan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia;Meningkatkan lagi kapasiti katil Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk dijadikan sebagai pusat rawatan pesakit kategori 4 dan 5;Memindahkan pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta terutamanya sekitar HKL dan HTAR melalui mekanisma penyumberan luar;Mempertimbang menukar status Hospital Shah Alam bagi merawat kes-kes Covid-19;Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed) di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal Covid-19;Menambah kapasiti katil-katil bagi menempatkan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit Covid-19;Cadangan menggunakan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai hospital Covid-19;Bekerjasama dengan 112 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit Covid-19 di katil wad biasa dan di katil ICU;Menggalakkan penubuhan lebih banyak Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian fasiliti kesihatan swasta; danMemobilisasikan lebih ramai petugas kesihatan dari negeri-negeri PPN Fasa 2 ke negeri-negeri kritikal bagi tujuan rawatan pesakit, mobilisasi anggota dari hospital swasta dan menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti mengawal wabak Covid-19 dan vaksinasi.Sehubungan itu Dr Noor Hisham menasihatkan negeri-negeri yang telah beralih ke Fasa Dua PPN untuk terus mengamalkan kepatuhan yang penuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan bagi memastikan situasi dapat terus pulih dan beralih ke fasa seterusnya bagi mempercepatkan proses pemulihan sektor kesihatan, ekonomi, dan sosial.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/lapan-negeri-belum-capai-nilai-ambang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Lagi Negeri Akan Beralih Ke Pkp Fasa 2 Selepas Menepati Nilai Ambang Kriteria Peralihan Fasa Ppn

Satu Lagi Negeri Akan Beralih Ke Pkp Fasa 2 Selepas Menepati Nilai Ambang Kriteria Peralihan Fasa Ppn

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 278 hits
Satu lagi negeri akan beralih ke Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2 selepas menepati nilai ambang kriteria peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara lapor Kementerian Kesihatan
Lebih Banyak Negeri Berpotensi Beralih Fasa 2 Ppn Kata Pm

Lebih Banyak Negeri Berpotensi Beralih Fasa 2 Ppn Kata Pm

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 239 hits
MALAYSIA NOW Beberapa negeri dikenal pasti menunjukkan perkembangan yang baik dalam mencapai nilai ambang peralihan PPN Tukang gunting rambut memotong rambut pelanggan sewaktu perintah kawalan pergerakan pemulihan tahun lalu Perdana Menteri...
Makin Ramai Wanita Terima Mesej Peribadi Dari Petugas Ppv

Makin Ramai Wanita Terima Mesej Peribadi Dari Petugas Ppv

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 246 hits
Annabelle LeeMemasukkan respons daripada JKJAV dan ProtectHealth mengenai tindakan tatatertib yang diambil terhadap petugas yang melanggar privasi Semakin ramai wanita tampil mengatakan mereka menerima pesanan teks yang tidak diingini darip...
Lapan Negeri Rekod Prestasi Pertumbuhan Lebih Baik Perangkaan

Lapan Negeri Rekod Prestasi Pertumbuhan Lebih Baik Perangkaan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 206 hits
AGENDA DAILY Jabatan Perangkaan Malaysia Prestasi ekonomi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan mencatatkan pertumbuhan negatif pada 2020 tetapi lapan daripadanya merekodkan kadar pertumbuhan yang lebih baik berbanding penyusutan 5 6 pe...
5 Negeri Penuhi Indikator Ppn Beralih Ke Fasa 2 Mulai Isnin

5 Negeri Penuhi Indikator Ppn Beralih Ke Fasa 2 Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 310 hits
MALAYSIA NOW Perlis Perak Kelantan Terengganu dan Pahang telah dikenal pasti memenuhi indikator PPN Sekatan pergerakan penuh dalam negara kini berpandukan rangka masa Pelan Pemulihan Negara yang menetapkan angka kes harian kapasiti hospital...
Nilai Semula Risiko Kes Covid 19 Ikut Negeri Daerah

Nilai Semula Risiko Kes Covid 19 Ikut Negeri Daerah

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 287 hits
Mengapa laksana juga PKP di Perlis walhal kes tertinggi di Selangor KUBANG PASU Kerajaan digesa menilai semula risiko penularan COVID 19 mengikut negeri dan daerah bukannya pukul sama rata di seluruh Malaysia Memberi contoh Perlis Yang Dipe...
Negeri Kes Terendah Bakal Dibebas Daripada Fasa Pertama Pkp 3 0 Ppn

Negeri Kes Terendah Bakal Dibebas Daripada Fasa Pertama Pkp 3 0 Ppn

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 408 hits
AGENDA DAILY Semua negeri boleh memperketat SOP Perintah Kawalan Pergerakan tetapi tidak boleh dilonggarkan Gambar Agenda Daily Kerajaan menjangkakan negeri yang merekodkan kes rendah harian Covid 19 akan dibebaskan daripada Fasa Pertama Pe...
Awani Borneo 13 07 2021 Kes Positif Naik Tiga Nilai Ambang Dakwaan Sarawak Report

Awani Borneo 13 07 2021 Kes Positif Naik Tiga Nilai Ambang Dakwaan Sarawak Report

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 367 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 13 Julai 2021 Kebenaran dine in di Sarawak ditarik balik Pelaksanaan Fasa Kedua PPN bukan keputusan tergesa gesa
Ppv Idcc Shah Alam Tutup Hari Ini Petugas Positif Covid 19

Ppv Idcc Shah Alam Tutup Hari Ini Petugas Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 219 hits
AGENDA DAILY Pusat Pemberian Vaksin di Ideal Convention Centre Shah Alam ditutup untuk sanitasi hari ini Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 menutup sementara Pusat Pemberian Vaksin di Ideal Convention Centre Shah Alam hari ini susulan kes p...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025