Lapan Lelaki Ditahan Polis Johor Bongkar Sindiket Macau Scam


Oleh Bernama Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang akhbar di IPK Johor hari ini./ Gambar Polis Johor. POLIS menahan lapan lelaki dan membongkar satu sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang baru beroperasi seminggu, dalam tiga serbuan berasingan sekitar bandar raya Johor Bahru dan Kulai pada 15 dan 19 Okt lepas. 
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang berumur antara 21 dan 43 tahun itu, disyaki berperanan sebagai pelatih pekerja baharu, yang mengajar teknik penipuan dengan menyamar sebagai pegawai penguatkuasa. 
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mempunyai jaringan antarabangsa, dan ia aktif dalam merekrut serta memberikan latihan, sebelum individu itu diberi peranan sebagai operator di pusat panggilan ‘Macau Scam’ di dalam dan luar negara termasuk di Kemboja, Dubai dan Emiriah Arab Bersatu.
“Selain sebagai pengajar, mereka juga dipercayai berperanan menjadi ejen, operator pusat panggilan, pengurus akaun dan penulis skrip yang berpusat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.
“Mereka diberi tawaran gaji RM3,000 sebulan dan komisen tiga peratus bagi setiap hasil penipuan yang berjaya dilakukan. Kita percaya sindiket ini baharu beroperasi dan yang mereka menjadi ahlinya tidak sempat menerima bayaran gaji seperti yang ditawarkan,” tambahnya.
Ayob Khan berkata hasil siasatan mendapati pekerja baharu yang dilatih akan ditempatkan di beberapa buah unit banglo di bandar raya ini dan Kulai dalam tempoh sebulan, sehingga mereka mahir menyamar sebagai pegawai penguatkuasa.    
Beliau berkata pihaknya sedang berusaha mengesan dua lelaki iaitu Su Hao Shou, 33, yang beralamat di Taman Stulang, di sini dan Mohamad Khairuddin Syah, 25, yang beralamat di Taman Damai Jaya, Skudai, dipercayai menjadi dalang kepada sindiket berkenaan.
Mengulas mengenai kes pemalsuan dokumen surat aku janji melibatkan nama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Ayob Khan berkata polis sedang mengesan dua beranak iaitu M. Parameswaran, 64, dan P. Kuganathan, 34, yang beralamat di Taman Sibilin, Ipoh, Perak bagi membantu siasatan.
“Kita sudah mengambil keterangan daripada tiga individu, tetapi dua individu ini masih belum dapat dikesan, kedua-duanya mendakwa pernah berkhidmat di Istana Johor,” katanya sambil menambah mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kesemua lelaki yang dicari itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pada 10 Okt lepas, Ayob Khan memaklumkan polis telah mengambil keterangan seorang wanita yang mengaku ‘Datuk Seri’ dan seorang peguam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen surat aku janji, bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing dengan menggunakan nama Tunku Ismail. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/lapan-lelaki-ditahan-polis-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cubaan Seludup Dua Sindiket Ditumpaskan Kastam Johor

Cubaan Seludup Dua Sindiket Ditumpaskan Kastam Johor

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 287 hits
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor menumpaskan dua sindiket penyeludupan alat ganti kenderaan mewah dan minuman keras di negeri itu Pengarahnya Sazali Mohamad berkata dua sindiket itu membabitkan cukai berjumlah lebih 2 6 juta ringgit SUB...
Ford Ranger Disodok Traktor 3 Ditahan Polis

Ford Ranger Disodok Traktor 3 Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 285 hits
Ford Ranger disodok traktor 3 ditahan polis TELUK INTAN Polis menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan kes khianat dan ugutan jenayah membabitkan kejadian pelanggaran sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger menggunaka...
Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid

Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 312 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR AHMAD ZAHID HAMIDIPETALING JAYA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya sekiranya tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia masih wujud sudah pasti negara dapat membasmi kebanyakan sindiket dadah sekali...
Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 289 hits
Oleh POLIS Diraja Malaysia menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tangkapan seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup dadah jenis heroin ke negara tersebut Pengarah Jabatan Siasa...
Politik Johor Sangat Menarik Jika Umno Tidak Bersama Pn

Politik Johor Sangat Menarik Jika Umno Tidak Bersama Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 328 hits
Jika Umno bertanding secara solo tanpa melibatkan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 15 maka suasana politik Johor akan sangat menarik Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik komposisi parti parti politik di Johor ...
Hsr Kl Johor Akan Bawa Kerugian Besar Kata Pakar

Hsr Kl Johor Akan Bawa Kerugian Besar Kata Pakar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 209 hits
Kajian mengenai projek HSR Kuala Lumpur Johor telah selesai dan akan diserahkan kepada Jemaah Menteri menurut kerajaan PETALING JAYA Seorang pakar pengangkutan menjangkakan kerugian besar dalam jangka panjang jika Projek Rel Berkelajuan Tin...
Johor To House Mercedes Benz Asia Pacific Logistics Centre

Johor To House Mercedes Benz Asia Pacific Logistics Centre

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 237 hits
The Mercedes Benz logistics centre will create high value jobs for Malaysians and enhance the country s position as a supply chain and distribution hub says Mida JOHOR BAHRU Mercedes Benz AG has chosen Malaysia as its regional parts logisti...
Johor And Terengganu Move To Nrp Phase 4 On Monday

Johor And Terengganu Move To Nrp Phase 4 On Monday

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 255 hits
Johor and Terengganu will be upgraded to Phase 4 of the National Recovery Plan beginning Oct 25 This was announced by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob after chairing the Covid 19 Pandemic Management Special Committee Meeting today The rem...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majoriti Sedang Melihat Kelaku Minoriti

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Kerap Kencing Bila Ambil Ubat Dapagliflozin

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan