Lantai Kaca Di Skypark One City
hai assalammualaikum
Lantai Kaca Di Skypark One City - Haritu pertama kali nad datang ke One City Shopping Mall dekat Puchong. Nad dah lama tau pasal tempat ni, cuma nak pergi tu kena tunggu mr mafia free. Then hari Sabtu haritu kebetulan dia free, nad ajak la datang sini. Sebelum tu plan nak nad ajak dia pergi ke Jalan Jalan Japan, kedai preloved barangan Japan yang ada dalam One City Shopping Mall ni. Kmeudian baru pergi ke Lantai kaca dekat rooftop Skypark One City ni. Tarikan nak ke sini sebab lantai kaca tu je..hehehhe
Macam nad pertama kali datang sini, jadi tengok tempat dia luas dan besar. Kedai macam tak banyak, tapi katanya ada tempat pagung wayang, tak sure pulak belah mana. Lepas tu bahagian ats ada pelbagai tempat makanan. Apa lagi terus tanya pak guard macam mana nak pergi ke atas , lantai kaca tu. Pak Guard tu suruh naik lif, tekan " R"..dekat rooftop. Terus naik lif, dah sampai atas..Masa nad pergi panas gila..hahaa.
Tapi tak kisah,nak juga bergambar dekat lantai kaca ni..hehe. Angin dia sepoi-sepoi bahasa ok..sedap je..walaupun panas, dapat angin macam ni, jadi sejuk..hehehee. Ajak anak-anak sekali bergambar..Diaorang follow je apa mommy diaorang suruh..hehee. Lantai ni kecik je, takde besar mana, tapia da dua tempatla. Masa nad pergi tak ramai orang pun
Ala kaca je, takdela cuak mana..hahaa..( bayangkan macam dalam video youtube yang tiba-tiba dia buat corak retak, mau tak terkejut..hahaa)..Masa t tengahari, tak berapa nampak bahagian bawah, nampak escalator je..Kalau tunduk lagi, baru nampak bawah..hahaaa.
Anak kita siap cakap, "mommy,mommy ade oyang (orang) "..ahhahaa..Selamba je tengok bawah..Boleh nampak ground floor tu.
Dekat atas ni banyak tempat makanan dia. Area atas ni bukan setakat untuk makan-makan dan lepak, malah boleh buat event dekat sini, macam majlis kawin, majlis dinner ke..apa-apa jela.
Dekat atas ni best, sebab banyak pokok..hahaa..Rasa nyaman je..Dekat-dekat belakang bokok tu la ada kedai..ala, korang lalu je nampak banyak kedai makanan
Pemandangan dari atas ni, nampakla kereta dan bangunan-bangunan..Ok la dah merasa naik ke atas ni..hehee..Best juga tempat dia. Kalau datang malam mesti lagi menarik
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/02/lantai-kaca-di-skypark-one-city.html