Hanya Rm10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan Jalan Japan One City Skypark


hai assalammualaikum
Murah Betul!! Hanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan Jalan Japan One CityHanya RM10 Untuk 3 Plastik Baju Di Tapau Sab Event Jalan-Jalan Japan - Dah lama nad nak pergi Jalan Jalan Japan  ni, sebab ramai cakap barang dia semua murah. Semua barang ada, dari pakaian wanita, lelaki, kasut, sampai la ke barang baby. Barang yang ada dekat Jalan Jalan Japan ni, barang bundle, tapi sekarang ramai je yang suka bundle kan, asalkan barang tu elok dan masih boleh dipakai. Haritu nad pergi ke Jalan Jalan Japan untuk Tapau Sab event dekat One City. Tapau Sab event ni merupakan jualan akhir bulan yang diadakan pada Hari Sabtu sahaja. Menariknya Tapau sab ni, korang boleh dapat berpuluh baju dengan hanya RM10 untuk 3 plastik tau..hah!!!..best kan..Tapau sab ni berada dekat tingkat ats di kedai Jalan Jalan Japan.

3 Plastik 26 Helai Baju Hanya RM10
Hah!!, ni nad nak tunjuk 3 plastik ni, nad muatkan 26 helai baju ok..hahaa. Harga untuk 3 plastik dengan 26 helai baju hanya RM10..Percaya tak..hahaa..Kadang nad pun tak percaya, hebat juga nad masukkan 26 helai baju dalam 3 palstik kecik ni..hehee. Kena pandai lipat,pandai isi dalam plastik, jangan sampai terkoyak. Satu plastik boleh masukkan dalam 15 ke 20 plastik.

Tapau Event Jalan Jalan Japan
Tak percaya, nah nad kasi tunjuk harga dia..hehee. RM5 untuk 1 plastik, RM10 untuk 3 plastik. Korang pilih je baju yang disediakan ( hanya kawasan tertentu yang telah disediakan untuk Tapau Sab ), pilih seberapa banyak korang nak. Ada baju untuk wanita dan kanak-kanak. Semestinya baju kanak-kanak jadi perhatian. Tapi nad pun ambil baju nad tau..hahaa. Pengalaman pilih baju dekat Tapau Sab memang best walaupun penat. Nasib mr mafia layankan je isteri dia pilih baju, malah dia tolong cakap, " sayang tu ada baju baru di letak "..hah cepat-cepat isteri pergi tengok. Staff dekat situ akan topup baju mana yang dah kurang..hehe.

Pilih Baju weii..nasib ada pembantu..anak dara tu
Mujur ada anak yang baik hati, tolong mommy dia masukkan baju dalam bakul..hahaa. Mommynya ke sana, dia ikut ke sana tolak bakul, mommynya ke sini, dia ikut juga..hahaaa. good d

Banyak pilihan baju
Skirt..tapi semua pendek
Ni pun pendek..Tapi ada beli juga seluar pendek cantik..pakai dekat rumah je..hehe
Cari baju je la..lengan panjang
Pening nak pilih..hahaa
Pelbagai jenis baju ada tau dekat sini. Lengan panjang, lengan pendek, baju sejuk, baju kasual, baju tidur, eh macam-macam la. Kalau korang cari betul-betul, dapatlah baju yang elok dengan corak yang menarik dan berkualiti. Lagi kalau korang datang awal, lagi banyak baju cantik korang boleh dapat. Nad pun sampai dalam pukul 11 lebih. Nasib masa tu tak ramai orang lagi dan pilihan baju banyak. Kebanyakan baju nad tengok banyak lengan panjang, skirt pulak skirt pendek,..sayang sangat. Nad ambil la baju lengan panjang, untuk anak pun lengan panjang, buat baju jalan atau pakai rumah. Saiz pulak ada macam-macam jenis saiz.

Dah pilih, masukkan sebanyak mungkin baju dalam bakul tu..hahaa. Nak penuhkan bakul tu sampai menggunung pun boleh..

Hah masa untuk melipat
Lipat kecik-kecik..beg plastik kecik je
Baju biru semestinya amik..ehhee
Ni pun cantik..ambil..hahaha
Dah rasa puas pilih baju, dah puashati dengan baju yang ada, bawa ke meja, letak dan mulakan lipatan..hehee. Hah!!, part ni memang kena pandai ye, sebab nak masukkan dalam plastik sebanyak yang boleh. Lipat sekecil-kecilnya ok. Kalau baju budak tu memang boleh lipat kecil giler. Dapatla satu plastik masuk dalam 15 helai baju. Memang nad lipat sekecil boleh..hahaa.

Ok masukkan dalam plastik
Sumbat elok,elok..
Ok ngam..sumbat lagi ada ruang tu
Lepas dah siap lipat, mintak plastik dekat staff yang jaga dekat situ. Hah, dia cakapla nak berapa. Semestinya nad ambil 3 plastik. Tak cukupla satu plastik ok..Hah, nampak tak berusaha nad sumbat bagi banyakkan baju diisi dalam satu plastik. Gigih nak isi semua baju yang nad ambil dalam plastik tu..heheeheh.

Yeah dapat tiga plastik..26 helai baju ok
Yeahh, muka seronok sebab dapat 3 plastik baju ni. Dalam ni ada 26 helai baju..hahaha. Kita suka, kita suka.. Baju yang nad pilih pulak cantik-cantik..hahaa.


Lepas tu, korang bawak plastik ni ke kaunter pembayaran untuk bayar. Layan video nad masa dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memng pening nak pilih..ahaha.

Tips Untuk TapauSab Event
- Jualan akhir bulan pada Hari Sabtu, datang awal untuk dapatkan baju yang cantik
- Pergi ke Tingkat atas.
- Ambil bakul yang disediakan
- Pilih baju yang berkenan di hati, masukkan dalam bakul seberapa banyak yang boleh.
- Lipat baju sekecilnya untuk memuatkan lebih 10 baju dalam satu plastik.
- Pastikan dapat 3 plastik sebab harga murah giler, cuma RM10 sahaja.
- Pergi ke kaunter pembayaran dan bayar..1 plastik RM5 dan 3 plastik RM10..

Budak-budak ni happy jela datang  Jalan Jalan Japan
Tengok satu bakul dia punya
Ya kasut ni dia pilih
Budak berdua ni pau mommy dia mainan. Sebab diaorang behave, mommy belanja..hehee. Ala, kalau tak pun, mommy beli, sebab harga dia murah betul..hehee.

Dua plastik besar bila balik..Berat oii sampai kaki jengket
Tengok, 2 plastik besar nad bawak balik. Memang berhantu betul Jalan Jalan Japan ni. Patutla orang ramai datang sini. Harga barang dalam ni murah sangat. Walaupun preloved, tapi ada barang yang dalam keadaan baik.

Ni dia baju yang nad rembat dekat Tapau Sab
Tadaaa...kasi susun elok-elok baju yang and pilih. Nampak kan, semua baju lawa. Dapatla ambil baju untuk anak-anak, seluar dan baju untuk mommy. Fuh..semua baju ni harga RM10..so percayalahhh!!!..

OOTD pertama
OOTD kedua..baju ni cantik
OOTD 3 saja amik jaket..ahhaa
OOTD empat..dengan anak pulak..dia nak juga..tu baju budak nad ambil..baju nad tu tshirt seklai hoodie
OOTD kelima..anak beranak..nad jaket, Fariza baju tshirt, adik baju berbulu. Ni semua dekat Tapau Sab.
Nad kasi OOTD nad pakai baju yang and grab dekat Tapau Sab Jalan Jalan Japan One City. memang baju dalam keadaan elok semuanya dan cantik. Sesuai dipakai waktu jalan atau di rumah. Pandai nad pilih kan..hehee. Untuk anak-anak pun muat. Ada yang seluar longgar tapi disebabkan cantik kita ambil la..ehhee. Boleh je letak getah nanti. Nad ada ambil seluar dengan skirt, tapi pendek so tak tunjukla. Letak gambar je dekat atas tu. Boleh pakai dekat rumah.

Korang yang suka baju preloved, nad sarankan datang ke Tapau Sab event ni setiap hari Sabtu akhir bulan. Dahla murah, banyak baju yang korang boleh dapat.

Nak tengok apa yang ada dekat Jalan Jalan Japan dengan barang apa nad rembat selain baju boleh cek dekat highlight ig story Jalan Jalan Japan nad ok.

Nak tau lebih lanjut berkenaan Jalan Jalan Japan ni boleh layari
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : https://www.jalanjalanjapan.com.my/
Facebook : https://ms-my.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Instagram :  https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmy/







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/02/hanya-rm10-untuk-3-plastik-baju-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantai Kaca Di Skypark One City

Lantai Kaca Di Skypark One City

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1308 hits
hai assalammualaikumLantai Kaca Di Skypark One City Haritu pertama kali nad datang ke One City Shopping Mall dekat Puchong Nad dah lama tau pasal tempat ni cuma nak pergi tu kena tunggu mr mafia free Then hari Sabtu haritu kebetulan dia fre...
Habis Seluar Baju Tertanggal Hanya Tinggal Selimut

Habis Seluar Baju Tertanggal Hanya Tinggal Selimut

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 298 hits
STATUS Kilafairy berkaitan baju tidur yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya mencuri perhatian netizen Kilafairy berkata dia tidak boleh memakai baju tidur berlengan dan seluar panjang berikutan baju berkenaan akan hilang pada ...
Moeldoko Sebut Jokowi Bawa Pulpen Saat Debat Cegah Kebiasaan Pegang Lengan Baju

Moeldoko Sebut Jokowi Bawa Pulpen Saat Debat Cegah Kebiasaan Pegang Lengan Baju

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 185 hits
Wakil Ketua Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Moeldoko mengatakan pulpen tersebut adalah pulpen biasa Menurut dia pulpen itu adalah saran dari tim kampanye agar Jokowi mengurangi kebiasaan yang selalu memegang sesuatu saat tampil di ...
Cara Nak Kitar Semula Baju Raya Lama Supaya Berwajah Baru

Cara Nak Kitar Semula Baju Raya Lama Supaya Berwajah Baru

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1995 hits
Dah pertengahan bulan Febuari Tak lama lagi dah nak masuk march Insya Allah Bulan Mei kita akan menyambut bulan ramadhan lepas ramdhan dah tentu syawal menjelma Alah takkan tak paham kot kalau dah masuk syawal tu bermakna raya la kan Nak sa...
Ici Baju Melayu Rasmi Sekolah

Ici Baju Melayu Rasmi Sekolah

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 334 hits
Ici Baju Melayu Rasmi Sekolah Baju Melayu Rasmi Ici dah siap Hari ni dia dah dapat pakai untuk ke sekolah Encem tau Botol susu ngan pikachu memang tak lepas jugak Ambik kesempatan jap posing ngan ici Layan icimemalu pulak diawe alldah nyoro...
Baju Malu Apa Bossku Laku Keras Peniaga Raih Rm5 000 Sehari

Baju Malu Apa Bossku Laku Keras Peniaga Raih Rm5 000 Sehari

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 608 hits
Kehangatan PRK Semenyih semakin terasa sehingga terdapat peniaga mengambil peluang meraih keuntungan dengan menjual baju dengan slogan Malu Apa Bossku T Shirt dengan slogan yang dikatakan haram itu dipopularkan bekas PM Datuk Seri Najib Raz...
Pakai Baju Warna Apa

Pakai Baju Warna Apa

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 439 hits
haishh boleh percaya ke ni Tapi bila tengok semula jadual tu semalam dengan sendirinya terpakai uniform ofis warna putihhari ni pulak teragak nak pakai baju kurung purple tudung nude pink hari ni Mama Yan penuh kasih sayang mencintai dan pe...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api