Lantai Hingga Kuning Bau Najis Sedih Warga Emas Sebatang Kara Didakwa Diabai Saudara Sendiri
Pengorbanan serta keikhlasan kedua ibu bapa kita dalam menjadikan kita sebagai insan yang berguna tiada tolok bandingnya.
Sebagai anak yang berguna, kita seharusnya menjaga kedua ibu bapa kita kerana jika sudah terlambat, menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah diberi oleh Allah S.W.T.
Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Khairul Afiq ini, dia ada berkongsikan tentang kisah warga emas yang didakwa hidup seorang diri serta diabaikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Cerita yang sebenar. Ada orang datang klinik bagi tahu ada pesakit tak boleh bangun. Saya dan partner ma chu naik motor pergi meninjau ke rumah pesakit.
Bila sampai, pesakit warga emas tinggal seorang diri dalam keadaan yang teruk dan kurus. Makanan basi, najis, air kencing bertaburan dan mengalir di sekitar lantai serta berbau sangat syahdu.
Tu yang di lantai ada la kekuningan bertakung dalam seluar. Boleh tak boleh kena beraksi. Nak terus naik ambulan nanti kena cuci dalam ambulan.
Jadi balik klinik dulu pakai PPE bawa sabun semua. Shower time mandikan wangi-wangi gosok sana sini, seluk apa yang patut dah selesai baru minta ambulan amik. Segar muka uncle kena air. Kami ingat uncle ni tiada sedara mara.
Rupanya tengah-tengah mandi, datang anak sedara dia. Dia datang pun sebab ade orang cakap, ade orang nak meracun depan rumah pakcik dia.
Sangat kesian begitu sekali warga emas dibiarkan. Kehidupan ini berkarma satu hari kita akan tua. Dan bagaimana pula nasib kita nanti.
Sumber: Khairul Afiq
The post Lantai Hingga Kuning & Bau Najis, Sedih Warga Emas Sebatang Kara Didakwa Diabai Saudara Sendiri appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/29/lantai-hingga-kuning-bau-najis-sedih-warga-emas-sebatang-kara-didakwa-diabai-saudara-sendiri/