Langsung L Mahkamah Gagal Pertimbang 94 Alasan Rayuan Shafee


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Feb 21, 2023 8:58 AM
Perbicaraan berhubung permohonan semakan Najib Razak untuk membatalkan keputusan bersalahnya, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan bernilai RM42 juta, hari ini memasuki hari ketiga.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, dijangka terus mendengar hujahan lisan daripada peguam bela utama bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah.
Muhammad Shafee Abdullah (tengah)Malaysiakini membawa kepada anda liputan itu secara langsung.

Rosmah, Nooryana juga di mahkamah

9.37 pagi: Isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, yang berbaju merah memasuki kamar mahkamah.

Dia duduk di galeri awam bersebelahan anak perempuannya Nooryana Najwa. Beberapa pegawai dari Penjara Kajang turut berada di galeri awam.

Bekas perdana menteri Najib mengikuti hujahan lisan yang dikemukakan oleh peguam bela utamanya Muhammad Shafee Abdullah dari kandang tertuduh.

Shafee dakwa mahkamah gagal pertimbang 94 alasan rayuan

9.20 pagi: Peguam Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini - yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat - gagal mempertimbangkan mana-mana daripada 94 alasan rayuan yang dibangkitkan oleh Najib Razak.
Abdul Rahman SebliShafee memberitahu mahkamah tertinggi lima anggota sekarang, yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli - bahawa ini kerana Najib pada tahun lalu mempunyai peguam yang tidak berkesan.

Shafee merujuk kepada perbicaraan sebelum ini yang menafikan peguam bela Najib ketika itu Hisyam Teh Poh Teik daripada menarik diri semasa perbicaraan semakan kes SRC pada Ogos tahun lepas.
Hisyam Teh Poh TeikKetika itu, Hisyam memohon untuk melucutkan diri kerana mahkamah tertinggi negara menolak permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhkan pendengaran rayuan selama tiga hingga empat bulan supaya mereka boleh membuat persediaan untuk rayuan kes SRC.

Mahkamah Persekutuan mula bersidang

9:05 pagi: Panel lima orang Mahkamah Persekutuan mula bersidang, dengan bekas perdana menteri Najib Razak mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Peguam bela utma Muhammad Shafee Abdullah memulakan hujahan lisannya.

Pasukan pendakwaan mula tiba

8.35 pagi: Timbalan ketua pendakwa raya (DPP) V Sithambaram dan DPP lain mula kelihatan di bilik mahkamah, menunggu prosiding bermula.
V SithambaramIni kemudiannya disusuli oleh pasukan peguam bela yang mewakili Najib Razak.

Permohonan semakan rayuan SRC Najib: Hari ke-3

8.30 pagi: Semalam, Mahkamah Persekutuan antara lain diberitahu bahawa bekas peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik “dipaksa” terus mewakili bekas perdana menteri itu dalam rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, walaupun dia memohon untuk menarik diri.

Shafee berhujah bahawa Hisyam telah memaklumkan kepada mahkamah pada 18 Ogos 2022 hasrat untuk menarik diri daripada prosiding rayuan SRC International, atas alasan tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan.

Pada 26 Julai lalu, Najib menamatkan dengan serta merta perkhidmatan Messrs Shafee & Co daripada mewakili beliau dalam rayuan kes SRC itu, dan kemudiannya melantik Hisyam daripada Messrs Hisyam Teh sebagai peguam utamanya dan rakan kongsi ZIST, Liew and Rueben sebagai peguam cara baharu.
Hisyam Teh (kiri) bersama Najib RazakHisyam sebelum itu telah memohon untuk menangguhkan kes berkenaan bagi tempoh tiga atau empat bulan untuk membolehkan dia membuat persediaan kes itu, namun Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah menolak permohonannya.

Shafee berkata susulan keputusan itu, Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili Najib, dan mahkamah turut menolak permohonan itu.

Selain Abdul Rahman, anggota panel yang bersidang sama adalah hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Abu Bakar dipilih untuk berada di bangku simpanan berdasarkan Perkara 122 (2) Perlembagaan Persekutuan, demi kepentingan keadilan.
V Sithambaram (kiri) bersama HisyamTimbalan Pendakwa Raya ad hoc V Sithambaram bertindak sebagai pihak pendakwaan utama.

Shafee, semalam juga membuat kesimpulan bahawa Najib tidak diberikan perbicaraan yang adil semasa rayuan terakhir tahun lepas.

Najib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Panel hakim Persekutuan yang sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum iniIni adalah percubaan terakhir Najib, 69 melalui prosiding mahkamah untuk mengetepikan keputusan itu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga telah memfailkan petisyen memohon pengampunan diraja atas sabitan beliau dalam kes SRC International.

Selain itu, Najib juga melalui Tetuan Shafee & Co pada 5 Jan memfailkan petisyen di kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD).

Petisyen itu difailkan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva melalui penghujahan digital dan dia memohon pembebasan atau perbicaraan semula berikutan pendengaran rayuan Mahkamah Persekutuan yang didakwanya mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa.

Selain semalam dan hari ini, mahkamah juga menetapkan esok untuk pendengaran permohonan semakan Najib.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/langsung-l-mahkamah-gagal-pertimbang-94.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Mahkamah Tergesa Gesa Dalam Kes Rayuan Src Najib

Peguam Mahkamah Tergesa Gesa Dalam Kes Rayuan Src Najib

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 122 hits
malaysiakini comMahkamah Persekutuan tergesa gesa semasa perbicaraan rayuan kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan RM42 juta oleh Najib Razak tahun lalu dakwa peguam utama bekas perdana menteri itu Muhammad Shafee Abdullah m...
Anak Jj Gagal Dapat Kebenaran Rayuan Berhubung Isu Saham Lebih Rm1 Bilion

Anak Jj Gagal Dapat Kebenaran Rayuan Berhubung Isu Saham Lebih Rm1 Bilion

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 98 hits
PUTRAJAYA Anak bekas menteri Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015 gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka berhubung kemasukan saham Rantai W...
Ini Alasan Perusahaan Harus Berinvestasi Pada Teknologi Sd Wan

Ini Alasan Perusahaan Harus Berinvestasi Pada Teknologi Sd Wan

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 126 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Dalam mengelola kebutuhan suatu bisnis pada perusahaan yang semakin berkembang tentunya hal ini membutuhkan biaya Artikel pertama kali dipublikasikan di
Perkeso Tolak Permohonan Saya Mangsa Kemalangan Kesal Haknya Sebagai Pencarum Dinafikan Atas Alasan Bukan Bencana Kerja

Perkeso Tolak Permohonan Saya Mangsa Kemalangan Kesal Haknya Sebagai Pencarum Dinafikan Atas Alasan Bukan Bencana Kerja

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 93 hits
Hasrat seorang lelaki yang menjadi mangsa kemalangan pada Ogos tahun lalu untuk mendapatkan bantuan daripada Perkeso tidak kesampaian apabila pihak berkenaan menolak permohonannya nbsp Menurut Hazreeq dalam kejadian yang berlaku pada 10 Ogo...
7 Alasan Kenapa Ngekos Sendiri Lebih Baik Daripada Berbagi Kamar Dengan Teman

7 Alasan Kenapa Ngekos Sendiri Lebih Baik Daripada Berbagi Kamar Dengan Teman

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 112 hits
Niatnya ngekos bareng temen karena ingin hemat budget tapi kok Duh lebih baik ngekos sendiri deh daripada nyesel
Thariq Halilintar Ungkap Alasan Putus Dari Fuji Beda Prinsip Bukan Restu Keluarga

Thariq Halilintar Ungkap Alasan Putus Dari Fuji Beda Prinsip Bukan Restu Keluarga

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 118 hits
Bukan karena cinta terhalang restu tapi Thariq ungkap kalau ada perbedaan prinsip antara dia dan Fuji
Rasuah Guna Alasan Tolong Bumiputera Tak Boleh Diteruskan Anwar

Rasuah Guna Alasan Tolong Bumiputera Tak Boleh Diteruskan Anwar

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 144 hits
Menteri Kewangan Anwar Ibrahim menegaskan kementeriannya telah menetapkan proses tender lebih telus Menurutnya amalan rasuah dengan menggunakan alasan menolong bumiputra tidak boleh diteruskan
Kerajaan Pertimbang Perketat Undang Undang Elak Rakyat Jadi Mangsa Tipu Kata Pm

Kerajaan Pertimbang Perketat Undang Undang Elak Rakyat Jadi Mangsa Tipu Kata Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 165 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperketat undang undang bagi mengelak rakyat Malaysia daripada diperdaya sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara Beliau berkata orang ramai menjadi ma...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Airasia Santan Menu Baru Harga

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins

Dating Dengan Suami Di Ikea Cheras