Anak Jj Gagal Dapat Kebenaran Rayuan Berhubung Isu Saham Lebih Rm1 Bilion


 

PUTRAJAYA - Anak bekas menteri Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka berhubung kemasukan saham Rantai Wawasan Sdn Bhd bernilai RM1.044 bilion dalam senarai harta pusaka bapa mereka.
Ikhwan Hafiz Jamaludin, 35, dan Nur Anis Jamaludin, 37, memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepada nenek mereka, Aminah Abdullah, untuk memasukkan tiga juta saham Rantai Wawasan dalam senarai harta pusaka bapa mereka.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan kebenaran merayu itu berserta kos RM30,000 dalam keputusan 2-1.
Abdul Rahman dan Rhodariah memutuskan keputusan majoriti manakala Nallini sebaliknya.
Dalam keputusan majoriti mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Abdul Rahman berkata kebenaran merayu ditolak kerana dua persoalan undang-undang yang pemohon mahu mahkamah putuskan adalah berkaitan dengan penemuan fakta oleh dua mahkamah sebelum ini.
Beliau berkata permohonan kebenaran mereka gagal memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Nallini dalam penghakimannya yang bertentangan mengatakan kebenaran harus diberikan kerana tiada penemuan fakta serentak oleh mahkamah sebelum ini.
Pada 3 Jan 2019, Aminah, 88, menyaman cucunya, mendakwa saham tiga syarikat iaitu saham Rantai Wawasan, enam juta saham Alpine Motion bernilai RM233 juta dan dua saham Ivory Insights bernilai RM80 juta, perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian harta pusaka anaknya.
Pada 13 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk pengisytiharan bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan Sdn Bhd dimasukkan dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan Aminah untuk pengisytiharan saham dua lagi syarikat.
Mahkamah Rayuan, pada 19 Ogos tahun lalu, menolak rayuan kedua-dua anak Allahyarham itu dan Aminah serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Ikhwan Hafiz dan Nur Anis kemudiannya memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah mengenai saham Rantai Wawasan.
Aminah, bagaimanapun, tidak memfailkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan mahkamah berkaitan saham Alpine Motion dan Ivory Insights.
Peguam Saheran Suhendran, Frank Wong dan Rodney Gan mewakili Ikhwan Hafiz dan Nur Anis manakala peguam Zainur Zakaria, Pawancheek Marican dan Suzilawati Ismail mewakili Aminah.
Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai JJ, merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terbunuh dalam nahas helikopter ketika dalam perjalanan dari Pekan, Pahang, ke ibu negara pada 4 April 2015. #sumber


http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2023/02/anak-allahyarham-jamaluddin-jarjis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Parah Jika Segala Macam Saham Di Beri Pada Anak Menantu

Lebih Parah Jika Segala Macam Saham Di Beri Pada Anak Menantu

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 178 hits
PM melantik anak sendiri tu tak pernah dibuat oleh mana mana PM sebelum ini kata Mahiaddin Betul ke Masa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM dia lantik menantunya KJ Aku lupa pula jawatannya Tapi KJ masa tu bukan siapa siapa pun Dapat jawatan itu...
Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 237 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Isu kes rasuah Timbalan Perdana Menteri yang dibicarakan di mahkamah antara menjadi soalan utama media antarabangsa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini ...
Kebenaran Gagal Memusnahkan Integriti Tun

Kebenaran Gagal Memusnahkan Integriti Tun

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 163 hits
Mana yang masih berpersepsi menuduh akan kekal sebagai fitnah untuk dihumban ke api neraka Sekian Mahathir Tak perlu saman kamu
Soal Isu Jabatan Gubernur Dihapus Gibran Kalau Bisa Seperti Sekarang Lebih Gayeng

Soal Isu Jabatan Gubernur Dihapus Gibran Kalau Bisa Seperti Sekarang Lebih Gayeng

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 151 hits
Gibran tak menampik jika pelaksanaan pilkada akan memakan anggaran yang besar Namun demikian lanjut dia yang lebih penting adalah partisipasi masyarakat
Dilapor Pindah Ke Kejiranan Lebih Elit Untuk Pendidikan Anak Ini Respon Yoo Jaesuk

Dilapor Pindah Ke Kejiranan Lebih Elit Untuk Pendidikan Anak Ini Respon Yoo Jaesuk

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 311 hits
Ibu bapa mana yang tidak mementingkan keselesaan anak anak mereka dalam pembelajaran kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru satu khabar angin berterbangan di YouTube mengatakan bahawa Yoo Jae suk telah berpindah ke kejiranan Daechi dong di mana ia d...
Anak Lebih Respect Rapat Dengan Ayah Buat Je Perkara Ni Boleh Nampak Kesannya

Anak Lebih Respect Rapat Dengan Ayah Buat Je Perkara Ni Boleh Nampak Kesannya

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 286 hits
Biasanya kita kaitkan anak lelaki ni dengan ibu Mereka lebih manja dan rapat dengan ibu berbanding ayah Anak perempuan pula dikatakan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan ayah Sebenarnya anak lelaki juga boleh bermanja dengan ayah jika...
As Umum Bantuan Senjata Lebih As 2 Bilion Untuk Ukraine

As Umum Bantuan Senjata Lebih As 2 Bilion Untuk Ukraine

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 151 hits
AS umum bantuan senjata lebih AS 2 bilion untuk Ukraine Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Feb 2023 7 00PM
Anak Buat Perangai Normal Tapi Jangan Lebih Lebih 5 Situasi Ini Berlaku Jangan Pandang Ringan

Anak Buat Perangai Normal Tapi Jangan Lebih Lebih 5 Situasi Ini Berlaku Jangan Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 263 hits
Ada masanya anak anak akan melalui fasa di mana mereka akan tantrum atau mengamuk setiap masa Memang itu antara perkara yang normal akan berlaku sepanjang proses tumbesaran anak Walaupun begitu jika ia berlanjutan atau menjadi semakin seriu...
Kaut Rm1 300 Tunjuk Gambar Anak Meninggal

Kaut Rm1 300 Tunjuk Gambar Anak Meninggal

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 130 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myLIANG lahad disiapkan untuk jenazah anak lelaki terbabit Kuala Lumpur Dengan bermodalkan gambar mayat di atas pengusung seorang lelaki sanggup menggunakan alasan anak lelakinya meninggal duni...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Big Stage Alpha 2025

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf