Langsung Diarah Parti Mp Sri Aman Kembali Sokong Dr M
Wartawan Malaysiakini
LANGSUNG | Apakah pergolakan politik yang berlaku sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan minggu lalu akan menghampiri penghujungnya? Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung. 
Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini
LANGSUNG
9 malam: Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengarahkan Anggota Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad.
Masir adalah anggota parlimen tunggal daripada parti itu.
Arahan itu sehari selepas Masir dalam satu rakaman video menafikan dia menyokong Mahathir sebagai perdana menteri.
"Majlis Presiden telah memutuskan bahawa kenyataan video oleh Masir Kujat, anggota parlimen Sri Aman, ditarik balik.
"PSB akan menyokong Mahathir dan PH sejajar dengan kehendak rakyat dalam PRU14. Kami percaya tindakan ini betul dan bermoral.
"Sebagai anggota majlis presiden, Masir telah bersetuju dengan keputusan ini," kata parti itu.
PSB  juga berkata, sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di  Dewan Rakyat perlu diuji ketika sidang dijadual bermula pada 9 Mac.
Muhyiddin  mengetuai kerajaan Perikatan Nasional dan mengangkat sumpah sebagai  perdana menteri pagi tadi, setelah seminggu kemelut politik yang membawa  kepada tumbangnya kerajaan PH.
PBS berkata lagi, walaupun ia  tidak semestinya setuju dengan PH dan tetap akan melawannya dalam  pilihan raya negeri nanti, mandat rakyat dalam PRU lalu perlu dihormati.
8.45 malam: Mufti  Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap Muhyiddin Yassin diberi  ruang untuk menguruskan negara sebagai perdana menteri yang baru,  setelah "tempoh krisis yang meresahkan rakyat."
Katanya, tidak wajar menentang pemerintahan baru yang belum melakukan apa-apa kesalahan dalam urus tadbirnya.
"Pandanglah  masa depan. Jika beliau berbuat zalim maka kita akan berperanan  membantah kezaliman. Jika tidak, kewajipan kita mentaati dan menyokong  usaha beliau," katanya di Facebook hari ini.
Beliau berharap  Muhyiddin akan melantik anggota kabinet yang berwibawa dan tidak  terpalit dengan kesalahan korupsi dan salah guna kuasa.
"Jauhi kepimpinan negara daripada anggota yang tercemar dengan rasuah dan salah guna kuasa," katanya lagi

8.30 malam: Di  tengah-tengah pertikaian sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin  mendapat sokongan majoriti anggota parlimen, bekas presiden Majlis  Peguam Ambiga Sreenevasan mencadangkan sidang Parlimen khas diadakan  untuk mengesahkan sokongan terhadapnya
"Saya ingin  menggesa perdana menteri memanggil sidang Parlimen tergempar minggu ini  untuk menyelesaikan isu ini secara memuaskan.
"(Sidang ini) bukan saja untuk kepentingannya, tetapi ia untuk kepentingan negara," katanya.
Menurut Ambiga, Aturan Mesyuara 11(3) menyatakan sidang khas boleh diadakan untuk kepentingan awam.
"Di  saat ketidaktentuan, penting untuk perdana menteri menguji majoriti  yang dimilikinya di Parlimen dengan memanggil satu sidang khas,"  katanya.
Semalam,  PH menunjukkan senarai 114 anggota parlimen yang dikatakan menyokong Dr  Mahathir sebagai perdana menteri. Majoriti mudah di Parlimen adalah  112.
Bagaimanapun sejak itu sekurang-kurangnya empat anggota  parlimen telah menarik balik sokongan atau pun menafikannya, menjadikan  jumlah anggota parlimen yang menyokong Dr Mahathir kepada 110 orang.
Mahathir  juga menyuarakan kebimbangan bahawa dengan kedudukan Muhyiddin sebagai  perdana menteri, lebih ramai yang akan ditarik untuk menukar sokongan
8.20 malam: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur - Himpunan "Selamatkan Malaysia" berakhir dengan aman.
Penganjurnya berkata himpunan itu akan terus diadakan pada masa akan datang.
"Ia  akan berlaku secara organik memandangkan rakyat tidak gembira dengan  cara kerajaan baru dibentuk," kata jurucakap Jawatankuasa Demonstrasi  Selamatkan Malaysia Amir Abdul Hadi.
Dia turut menyuarakan penghargaan kepada polis kerana memudahkan program itu.
Polis  membenarkan para peserta berarak ke Dataran Merdeka dari kompleks  membeli-belah Sogo, dengan syarat mereka tidak boleh mengangkat sepanduk  dan hanya menggunakan kaki lima

8 malam: Balik Pulau, Pulau Pinang - Anggota jawatankuasa PKR Balik Pulau John  Ooh membuat laporan polis terhadap individu yang menyerang naib presiden  Tian Chua.
Ooh berkata dia membuat keputusan untuk berbuat  demikian selepas menyaksikan insiden di ibu pejabat PKR di Petaling  Jaya, hari ini.
"Selepas perbincangan dengan anggota jawatankuas  lain, kami setuju untuk membuat laporan polis. Kami membantah sebarang  bentuk serangan fizikal," katanya.
Dia menggesa kepimpinan parti untuk melihat insiden itu secara serius kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Tian Chua adalah seorang pemimpin yang baik dan rekodnya menunjukkan dia sentiasa setiasa kepada perjuangan parti, kata Ooh
7.45 malam: Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan kenyataan untuk menafikan  satu gambar yang mendakwa esok diisytiharkan sebagai cuti umum
Ia selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pagi ini.
"JPM  dengan ini menegaskan bahawa berita yang sedang tular berkaitan  pengisytiharan cuti umum pada hari Isnin, 2 Mac 2020 sempena pelantikan  perdana menteri kelapan merupakan berita palsu dan semua pihak diminta  berhenti menyebarkannya serta-merta," katanya lagi.
SAMBUNGAN BERITA KILIK DI SINI 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/langsung-diarah-parti-mp-sri-aman.html