Langkawi Skycab Diiktiraf Antara Sistem Kereta Kabel Terbaik Dunia


 
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.

Langkawi SkyCab iaitu sistem kereta kabel lebih 4,000-meter panjang yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang setinggi 708-meter telah disenaraikan sebagai antara 10 sistem kereta kabel terbaik dunia oleh sebuah laman sesawang pengembaraan antarabangsa.

LANGKAWI SKYCAB DIIKTIRAF ANTARA SISTEM KERETA KABEL TERBAIK DUNIA Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kereta kabel di Switzerland.

Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5-meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

PENGIKTIRAFAN Langkawi SkyCab telah menerima banyak pengiktirafan dan penghargaan bertaraf dunia setelah dikendalikan oleh PLSB seperti The Outstanding Tourism Product in Langkawi Tourism Industry Awards 2010/2011, The Malaysia Book of Records kerana mempunyai Kereta Mono-Cable bebas terpanjang dan First Stand Alone 360 ​​° Panorama Screen Dome Theatre serta Sijil Kecemerlangan oleh TripAdvisor pada tahun 2014 dan 2015.

PILIHAN GONDOLA Sebenarnya, setiap kali berpeluang ke Pulau Langkawi, AM mesti singgah untuk menaiki Langkawi SkyCab. Bagi AM setiap kali ke sini, AM rasa kagum dengan panorama indah dan memberikan pengalaman yang unik menerusi perjalanan kereta kabel merentasi hutan-hutan tebal yang berusia 550 juta tahun menuju ke bahagian tertua di Asia Tenggara iaitu gunung Machincang.

Terdapat Kereta kabel atau dipanggil Gondola yang akan membawa penumpang ke puncak gunung. Ada beberapa jenis gondola dengan harga yang berbeza iaitu: 

Gondola biasa – Mempunyai dua tempat duduk bertentangan. Boleh memuatkan 6 orang penumpang dengan berat maksima 480kg. 

Gondola Lantai Kaca – Mempunyai lantai kaca telus. Penumpang dapat melihat pemandangan sekeliling, atas dan bawah. Boleh memuatkan 6 orang penumpang. 

Gondola VIP – Gondola mewah dengan 3 ‘bucket seat’ untuk penumpang yang inginkan privasi. Turut menyediakan makanan, minuman dan muzik. Boleh memuatkan 3 orang penumpang sahaja. 
Gondola 360° - Produk terkini imana dinding kaca gondola digantikan dengan grill besi. Konsep ‘open air’ sesuai untuk anda yang pernah menaiki kereta kabel sebelum ini merasai kelainan dan pengalaman baru. Gondola ini Cuma boleh memuatkan 4 orang penumpang sahaja.


BERPELUANG MENAIKI GONDOLA LANTAI BERKACA AM seorang yang mudah gayat dan takkut akan ketinggian. Jadi untuk edisi kali ini, AM mencuba untuk mengatasi ketakutan AM terhadap ketinggian. Walaupun agak takut, AM rasa teruja bila dapat melihat pemandangan hutan dan gunung yang mempesonakan tepat di bawah kaki AM. Oleh kerana bahagian bawah gondola telus, AM dapat melihat pemandangan dengan lebih jelas.

Gondola tidak akan berhenti semasa melalui platfom. Pintu akan dibuka untuk menurunkan penumpang dari Stesen Atas. Ia akan bergerak perlahan-lahan. Jadi, kita perlu berhati-hati semasa ingin masuk ke dalam gondola. Kita perlu pegang pintu, langkah masuk dengan pantas dan terus duduk. Pintu akan ditutup secara automatik apabila meninggalkan platform. 

Setelah pintu ditutup, gondola akan bergerak meninggalkan platform perlahan-lahan. Laluan kereta kabel Langkawi dibahagian bawah agak landai dan tidak terlalu curam. 

AM rasa teruja bila dapat menikmati pemandangan Pulau Langkawi dan gugusan pulau-pulau termasuklah Telaga Harbor Park dan Kampung Oriental setelah menaiki Gondola untuk sampai ke puncak.

SKYGLIDE SkyGlide adalah jenis pengangkutan kabin yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap kecondongan tertentu. Secara umum, reka bentuk kabin adalah seperti lif dengan penamat panel kaca di semua sisi. Sebelum ini, AM tidak berpeluang menaiki SkyGlide. Jadi, kali ini AM tekad untuk sabar menunggu untuk merasai sendiri pengalaman menaiki SkyGlide.

Pada mulanya AM ke SkyBridge dengan berjalan kaki selama 10 minit melalui laluan hutan. Perjalanan singkat ini amat menyeronokkan tetapi agak mencabar terutama bagi golongan warga tua dan kanak-kanak. Setelah balik dari SkyBridge, baru AM berpeluang menaiki SkyGlide. 

Dengan kepanjangan trek sejauh 94 meter, kabin SkyGlide dapat memuat sehingga 12 penumpang atau muatan seberat 1050-kilogram setiap perjalanan. Tak sampai 2 minit perjalanan SkyBridge ke stesen teratas. Tiket SkyGlide dijual secara berasingan dari tiket SkyCab biasa.

SKYBRIDGE (JAMBATAN GANTUNG) SkyBridge yang melengkung ini dibina diatas puncak Gunung Mat Chinchang. Ianya dihubungkan dari stesen puncak, jambatan gantung ini tergantung setinggi 82m dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100m.

SkyBridge ini unik kerana meskipun ianya tergantung tetapi ia hanya dipaut oleh tali-tali yang dinat kemas oleh sebatang tiang penahan. Selain itu, strukturnya yang melengkung dilereng puncak tanpa menjejaskan tumbuhan-tumbuhan semulajadi dibawahnya juga merupakan tarikan senibina cerdik (intelligent architecture) yang mengagumkan.
Panjang SkyBridge ini ialah 125m sekaligus menjadikan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang didunia.

Hanya 250 orang pengunjung sahaja boleh berada diatas jambatan pada satu-satu masa. Pada yang berminat untuk merasa debaran berada diatas jambatan gantung ini, tiket boleh didapati melalui kaunter tiket SkyBridge di Stesen Atas. Harga tiket dewasa ialah RM6 dan kanak-kanak RM4.

SEKALUNG PENGHARGAAN:

Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan disokong oleh KembaRojak.

Pakej Nature-Based Travelers 2MY diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.

Hubungi nombor/e-mel di bawah untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.

QTT GROUP PLT

Telefon: +60174079734 atau +60193036008

E-mel: [email protected]

Boleh mention Kod QTTNBT-01 untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/03/langkawi-skycab-diiktiraf-antara-sistem-kereta-kabel-terbaik-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 1108 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah seperti mana yang anda sedia maklum baru baru ini aku ada menyertai satu Familiarisation Trip ke Langkawi Banyak tempat tempat kami lawati dan singgah Untuk artikel kali ini aku nak ceritakan...
Pemimpin Dunia Selebriti Wartawan Antara Yang Memuji Keberanian Ucapan Pm Anwar Ibrahim

Pemimpin Dunia Selebriti Wartawan Antara Yang Memuji Keberanian Ucapan Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 128 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Jerman pada Isnin untuk lawatan rasmi beliau selama enam hari Pada sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin pada Isnin Anwar mengkritik negara Barat kerana gagal ...
Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

Hangouts Urban Eco Langkawi Jadi Pilihan Penginapan Terbaik Dan Punyai Keunikan Tersendiri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 275 hits
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak AM b...
E Dereg Sistem Pelupusan Kereta Lama Secara Online

E Dereg Sistem Pelupusan Kereta Lama Secara Online

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 242 hits
Baru baru ini kerajaan telah memperkenalka satu inisiatif atau sistem baru dikenali esbagai E Dereg untuk memudahkan proses membatalkan pendaftaran kenderaan Masalah lambakan kereta buruk yang diletakkan merata rata merupakan antar masalah ...
Antara Perkara Ajaib Dunia

Antara Perkara Ajaib Dunia

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 200 hits
Cbe IbrahimMasa nama dia padi semua nak harga mahal Bila dah bertukar gelaran orang panggil beras semua nak harga murah Itulah nasib pengusaha padi dan beras p s kalau takdak walaun insyaallah keajaiban ini tidak berlaku
Mengapa Sistem Imun Ialah Benteng Pertahanan Terbaik Anda Dan Bagaimana Untuk Menguatkannya

Mengapa Sistem Imun Ialah Benteng Pertahanan Terbaik Anda Dan Bagaimana Untuk Menguatkannya

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 298 hits
Sistem imun kita hanya diamanahkan satu tugas membantu badan kita mempertahankan diri dan pulih daripada penyakit Diet tidak sihat dengan kandungan kalori yang tinggi daripada gula daging dan produk tenusu lazimnya dikaitkan dengan masalah ...
Kereta Pencuri Kabel Terbabas Seorang Lelaki Diberkas

Kereta Pencuri Kabel Terbabas Seorang Lelaki Diberkas

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 154 hits
IPOH Tindakan dua pencuri kabel cuba melarikan diri gagal apabila seorang daripada mereka berjaya ditangkap selepas kereta yang dinaiki terbabas di Kampung Rapat Jaya di sini semalam Suspek berusia 58 tahun itu diberkas selepas dikejar angg...
Makan Kurma Butter Viral Berpada Pada Cara Terbaik Buat Kurma Butter

Makan Kurma Butter Viral Berpada Pada Cara Terbaik Buat Kurma Butter

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 267 hits
Sana sini share kurma butter viral Sedap katanya Tapi awas ya makan kurma butter ni haruslah berpada pada walaupun sedap Sedap memang sedap tapi tak patut diambil secara berlebihan Sebab apa Boleh baca dari perkongsian di facebook kredit Sh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah