Hig Hotel Langkawi Hotel Islamik


Sewa Kereta di Langkawi
Bersambung kisah mabuk laut. Saya rasa sangat lega apabila feri mula merapat di Jeti Kuah. Rasa mual dan ketidakselesaan perut pun berkurangan. Tapi kepala masih rasa pening. Melihat keadaan saya yang tak sihat, encik suami tolong bawakan beg galas belakang saya

Keluar dari terminal feri, perkara pertama dibuat adalah ambil kereta sewa. Saya dah buat tempahan awal melalui Shopee dengan kadar RM80 / hari untuk kereta Axia. Bayar deposit RM50 di Shopee dan bakinya dibayar semasa kita ambil kunci kereta di kaunter Shah Kawi Holidays

Saya rasa sedikit kesal apabila pihak pemberi sewa tak bersihkan terlebih dahulu kereta sebelum menyerahkan kepada pelanggan. Kereta Axia yang kami terima tidak memuaskan dari aspek kebersihan. Antaranya, masih ada sampah tisu terpakai dan plastik jajan di tempat duduk kereta

Bab sewa kereta ni, kalau masa sampai di Langkawi baru nak cari pun boleh juga. Ramai yang akan mendekati kita dan menawarkan sewaan kereta. Ada yang menawarkan kepada kami serendah RM60 / hari

Lepas dapat kereta, kami menuju ke hotel penginapan iaitu HIG Hotel yang terletak tak begitu jauh dari Jeti Kuah. Sampai je di sana kami makan dahulu di medan selera berhadapan dengan bangunan HIG. Kemudian barulah daftar masuk hotel


HIG Hotel - Hotel Islamik
Sengaja kami pilih HIG Hotel ni sebab nak ambil pengalaman penginapan di Kuah. Satu malam di sini dan malam berikutnya di Pantai Cenang pula. Dapatlah merasa pengalaman berbeza

Bilik Deluxe Sea ViewInilah bilik penginapan kami - ada pilihan sama ada nak 2 single bed atau 1 double bed. Tapi bilik dengan double bed dah penuh, kami dapat bilik dengan 2 single bed. Staf hotel kata, rapatkan je dua katil ni. Oh ya, ni foto zoom out jadinya katil tu nampak lebih lebar berbanding katil sebuah lagi

Bilik ni sangat memuaskan - cukup luas, lengkap meja panjang, juga set kerusi meja untuk duduk bersantai. Paling utama, semuanya berada dalam keadaan bersih. Memang sangat selesa tidur di sini. Sesuailah untuk saya berehat pada petang tersebut, tak berjalan ke mana sebab masih pening kepala

Bilik air juga luas, bersih dan selesa digunakan. Saya suka rain shower tu dan juga ada paip yang sesuai untuk kita berwuduk

HIG Hotel Langkawi - “We are an Islamic Hotel”. Sebenarnya sebelum sampai sini saya tak tahu pun HIG Hotel ni merupakan hotel islamik. Saya cuma tahu ia hotel milik orang Islam iaitu Haji Ismail Group. Rasa seronok bila tahu ini adalah hotel islamik. Antara ciri-ciri hotel islamik - larangan membawa arak masuk ke hotel ni. Bagus sungguh kan? Saya pernah dapat bilik hotel dengan deretan tin arak di dalam peti sejuk mini, memang rasa tak selesa

HIG Hotel juga menyediakan sejadah dan telekung. Satu usaha yang baik dan memudahkan bagi tetamu hotel yang tertinggal atau terlupa bawa sejadah dan telekung sendiri

Al-Quran terjemahan turut disediakan. Bagus al-Quran ni diletakkan di paras yang tinggi

Kutipan bayaran warisan.Selain bayaran bilik hotel, kita turut dikenakan bayaran tambahan mengikut kategori hotel. HIG Hotel ni bertaraf 3 bintang, jadinya kami perlu bayar RM3 / malam

Panorama indah dari jendela bilik penginapan kami.Masya Allah cantik sungguh pemandangan lautan, gugusan pulau, kapal-kapal layar dan Menara MAHA yang berketinggian 138 meter. Terasa macam lihat pemandangan di luar negara pula. Mungkin disebabkan reka bentuk menara tersebut seakan-akan Menara Eiffel

Foto zoom in di atas saya ambil pada keesokkan paginya. Pada waktu malam, menara ini dipasang lampu yang bertukar-tukar warna. Boleh tonton video di bawah. Sebenarnya menara ni masih belum siap sepenuhnya dan belum dibuka kepada pengunjung. Bila tengok dari kejauhan dan kerlipan lampu pada waktu malam, saya sangkakan menara ni dah beroperasi

Keindahan Menara MAHA pada waktu malam

Selain bilik penginapan yang cukup memuaskan, hidangan sarapan pagi yang disediakan di sini juga memenuhi cita rasa saya. Walaupun tak banyak pilihan (sesuai dengan hotel bertaraf 3 bintang), tetapi semuanya sedap. Paling saya suka - Nasi Lemak Pandan (nasi berwarna hijau), cukup lemaknya dan sedap sambalnya

Apa lagi yang menarik bila kita menginap di sini? Hotel ni berada di bangunan yang sama dengan Kompleks HIG. Mudahlah kalau nak membeli-belah coklat dan lain-lain. Keluar je hotel, terus ke Kompleks HIG di sebelah. Sepanjang menginap di sini, dua kali kami masuk kompleks untuk membeli coklat sebagai kudapan. Kalau nak beli bawa balik kenalah tunggu hari terakhir di Langkawi

Insya Allah kalau ada ke Langkawi lagi, HIG Hotel yang terletak di Kuah ini akan menjadi pilihan saya. Kawasan yang tenang, bebas sesak dan mudah nak parkir kereta







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/07/hig-hotel-langkawi-hotel-islamik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Industry Urge Govt To Speed Up Approvals For Foreign Workers

Hotel Industry Urge Govt To Speed Up Approvals For Foreign Workers

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 186 hits
The labour shortage could see the hospitality sector being unable to fully capitalise on the influx of tourists say hotel associations PETALING JAYA The Malaysian Association of Hotels wants the government to expedite approvals for foreign ...
Mengiringi Dymm Sultan Selangor Di Majlis Resepsi Perkahwinan Di Hotel Majestik

Mengiringi Dymm Sultan Selangor Di Majlis Resepsi Perkahwinan Di Hotel Majestik

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 353 hits
Saya gembira bercampur risau bila mendapat tahu kami ditugas untuk mengiringi DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor di majlis perkahwinan anak besan kami iaitu Hafiz dan Natasya di Hotel Majestik Gembira kerana diberikan keper...
Zahid Denies Daughter Had Stake In Rm8 6m Bali Hotel Operator Buy

Zahid Denies Daughter Had Stake In Rm8 6m Bali Hotel Operator Buy

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 168 hits
Ahmad Zahid confirmed that funds in law firm Lewis amp Co s client account purportedly held on trust for the Yayasan Akalbudi charity had been used in 2016 to buy shares in hotel operator Ri Yaz Assets Sdn Bhd 8211 Bernama photo KUALA LUMPU...
Langkawi Diiktiraf Pulau Terbaik Di Asia Tenggara

Langkawi Diiktiraf Pulau Terbaik Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 203 hits
Langkawi diiktiraf pulau terbaik di Asia Tenggara Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Jul 2022 11 53PM
Langkawi Mangrove Tour Gua Buaya Gua Kelawar

Langkawi Mangrove Tour Gua Buaya Gua Kelawar

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 314 hits
Sambungan entri Encik Mahadi membawa bot kami keluar dari kawasan hutan bakau untuk ke lokasi seterusnya iaitu Gua Buaya Eh ada buayakah Perjalanan yang mempesona bot sedang melalui celahan tebing bukit batu kapur Di sepanjang perjalanan pa...
Membuka Akaun Emas Maybank Islamik

Membuka Akaun Emas Maybank Islamik

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 296 hits
1 Kalau suka beli emas atau kumpul emas aku cadangkan buka lah akaun MIGA 2 Maybank akan bertindak sebagai agen yang menjual membeli dan menyimpan emas 999 9 yang kita beli 3 Zaman sekarang ketidak tentuan dan inflasi yang tinggi elok lah s...
Siapakah Scammer Islamik

Siapakah Scammer Islamik

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 512 hits
1 Syarikat Travel UmrahTulis dalam iklan hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid Turun je lif jalan sikit dah sampai lantai putih Makcik pakcik yang tua tua ni sakit lutut baca iklan ni terus amek pakej Bila sampai nahhh Beratus meter Mu...
Langkawi Mangrove Tour Aktiviti Memerhati Helang Menelusuri Sungai Kilim

Langkawi Mangrove Tour Aktiviti Memerhati Helang Menelusuri Sungai Kilim

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 285 hits
Pada kunjungan kali ini saya meletakkan aktiviti Mangrove Tour di sebagai aktiviti utama Sekiranya sempat teringin juga nak naik SkyCab untuk ke SkyBridge Berdasarkan semakan ramalan cuaca berkemungkinan hujan pada pagi Isnin Sedangkan akti...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi