Langkah Tambun Pertarungan Anwar Tak Semudah Dibayangkan


malaysiakini.com
Kow Gah Chie
Diterbitkan: Oct 23, 2022 9:00 AM
Selama beberapa dekad, Tambun terkenal dengan buah limau bali manis dan bukit bukau berbatu kapur. Walau bagaimanapun, dalam beberapa minggu akan datang, Tambun akan menjadi gelanggang pertempuran politik utama.

Penyandang kerusi parlimen Tambun dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu akan dicabar oleh Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Penganalisis umumnya menyifatkan langkah ini sebagai berisiko untuk Anwar tetapi potensi ganjarannya terlalu sukar untuk dilepaskan.

Sarjana sains politik Wong Chin Huat menjelaskan pencalonan Anwar di Tambun - kawasan majoriti Melayu di selatan Ipoh dan dianggap kubu kuat Umno - adalah isyarat kepada pengundi bahawa PH serius untuk kembali menguasai Perak.
“Dengan adanya calon perdana menteri gabungan itu bertanding di Perak, Pakatan Harapan menghantar isyarat kuat bahawa Perak adalah negeri barisan hadapan.

“Bukan sahaja dia (Anwar) akan berkempen dengan lebih kerap di kerusi-kerusi lain yang berdekatan, tumpuan nasional yang dibawanya ke Tambun dan Perak akan menghasilkan ‘Hawthorne Effect’, bahawa pengundi tempatan merasakan mereka penting dan menjadi lebih bersemangat mengenai pilihan raya dan lebih berkemungkinan akan mengundi dia.

“Ia juga mungkin menghasilkan ‘coattail effect’, menyebabkan sokongan yang dinikmatinya melimpah kepada calon DUN Pakatan Harapan di bawah Tambun dan calon lain di Perak,” katanya.

Kesan Hawthorne ialah istilah sains politik yang digunakan untuk menerangkan sejenis tindak balas tingkah laku individu yang menyesuaikan perbuatan mereka akibat diperhatikan atau dipantau.
Pendekatan ini digunakan untuk menjelaskan bagaimana PH berjaya menembusi Johor pada 2018 hanya selepas meletakkan beberapa pemimpin DAP kebangsaan seperti Lim Kit Siang ke negeri itu pada 2013 untuk membangunkan asas terlebih dahulu.

Rakan penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Dr Awang Azman Awang Pawi (gambar, atas) menjelaskan bahawa Lim juga telah diletakkan sebagai calon untuk kerusi "berisiko" Gelang Patah pada 2013 dan strategi itu akhirnya membuahkan hasil untuk gabungan itu.

Untuk strategi yang sama dapat dilaksanakan di Perak, kata Awang, parti komponen PH juga perlu mengambil risiko yang sama.

“Langkah Anwar ini sememangnya memberi mesej kepada PKR dan sekutunya, jika Anwar sebagai presiden parti berani mengambil risiko sedemikian, kenapa leftenannya dan pemimpin sekutunya, termasuk DAP dan Amanah," soalnya.

Jelas Awang Azman, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

"Presiden Amanah Mohamad Sabu atau timbalannya juga mesti bertanding di kerusi yang lebih berisiko," katanya.

Pada PRU14 kerusi Tambun menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS. Faizal menang kerusi itu atas tiket PH hanya dengan 44.5 peratus undi manakala calon BN Ahmad Husni Hanadzlah yang sebelum ini memegang parlimen itu di tempat kedua.

Sebelum ini, Husni berjaya mengekalkan kerusi BN dengan meraih 56.2 peratus undi pada 2013.
Walaupun aliran pengundian pada masa lalu menunjukkan kemungkinan tipis untuk Anwar menang, namun penganalisis politik Jeniri Amir (gambar, atas) percaya PH dan PKR telah menilai dengan secukupnya risiko yang diambil.

Jeniri berkata mempunyai calon dengan karisma dan ketokohan Anwar sahaja mampu untuk menarik undi.

“Tidak mungkin Pakatan Harapan mahu pemimpin tertingginya disembelih oleh BN atau PN,” katanya.

"Jika begitu, itulah pengakhiran kerjayas politik Anwar... Saya percaya pengundi di sana akan mengundi Anwar. Mereka pastinya tidak mahu membunuh seorang wira," katanya.

PH raih 10 peratus undi Melayu

Menawarkan pandangan yang lebih pesimis, penganalisis politik Phoon Wing Keong tidak yakin bahawa Anwar boleh menarik sokongan undi Melayu yang diperlukan untuk menang di Tambun dan Perak.

"Dia mungkin merangsang pengundi Cina keluar mengundi dan boleh meningkatkan peluang memenangi beberapa kerusi DUN dengan margin sokongan tipis di Perak," katanya.

“Bagaimanapun, tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2009 menyaksikan kerajaan negeri dikuasai oleh blok politik yang menang dengan majoriti kecil, justeru pentadbiran negeri tidak boleh bertahan sehingga penggal penuh.

“Parti pembangkang sentiasa kekurangan kepimpinan Melayu yang kuat dan berprestij di Perak,” kata Phoon.
Sejak 2008, Perak menyaksikan empat menteri besar berbeza dilantik. Satu-satunya yang bertahan bagi penggal penuh ialah Zambry Abdul Kadir dari BN (2013-2018).

Phoon memberi amaran PH berkemungkinan hanya meraih 10 peratus undi Melayu semasa pilihan raya Johor pada Mac dan dengan itu cabaran gabungan itu supaya langkah Tambun membuahkan hasil adalah untuk meningkatkan kadar keluar mengundi pengundi Melayu.

“Pertarungan Anwar tidak semudah yang dibayangkan oleh sesetengah pihak,” kata Phoon.

"Dengan beberapa veteran dan pemimpin lama bersara serta kekurangan pendatang baru, terdapat kekurangan perhatian umum dan perbincangan hangat mengenai PRU15.

"Tindakan Anwar untuk mengalihkan pangkalan pilihan raya ke Perak mungkin satu strategi untuk mewujudkan perbincangan hangat itu," katanya.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/langkah-tambun-pertarungan-anwar-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 255 hits
Selama beberapa dekad Tambun terkenal dengan buah limau bali manis dan bukit bukau berbatu kapur Walau bagaimanapun dalam beberapa minggu akan datang Tambun akan menjadi gelanggang pertempuran politik utama Penyandang kerusi parlimen Tambun...
Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 188 hits
MB NS yakin Anwar menang di Tambun kuasai PerakPosted By on October 24 2022Jasa mantan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang selamanya oleh para pengundi dan akan dibekalkan doa untuk bertarung di medan baharu pa...
Aminuddin Jadi Taruhan Bn Lawan Anwar Peja Di Tambun

Aminuddin Jadi Taruhan Bn Lawan Anwar Peja Di Tambun

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 166 hits
October 23 2022 Ketua Umno Tambun Aminuddin Md Hanafiah mungkin jadi taruhan BN untuk menentang Anwar Ibrahim dan Ahmad Faizal Azumu di Parlimen Tambun PETALING JAYA Ketua Umno bahagian Tambun Aminuddin Md Hanafiah dicadangkan Umno Perak un...
Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 396 hits
PRU15 Umno dijangka letak ketua bahagian di Tambun lawan Anwar Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Oct 2022 11
Tujuan Anwar Beralih Ke Tambun Kuatkan Ph Sebelah Utara

Tujuan Anwar Beralih Ke Tambun Kuatkan Ph Sebelah Utara

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 179 hits
Anwar beralih ke Tambun kuatkan PH sebelah UtaraPosted By on October 22 2022Keputusan mengejut Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Tambun sebagaimana diumumkan semalam di...
Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 217 hits
Menteri Besar sementara Perak Saarani Mohamad berkunjung ke rumah keluarga K Devagi di Sungkai sempena Deepavali TANJUNG MALIM Umno dan Barisan Nasional Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Hara...
Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 309 hits
agendaily com25 10 2022Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Tindakan berani Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang padah kata Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengarah Komunikasi Barisan Nasi...
Aziz Bari Relieved To See Anwar In Tambun Trusts Voters

Aziz Bari Relieved To See Anwar In Tambun Trusts Voters

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 125 hits
Abdul Aziz Bari opposition leader in the outgoing Perak state assembly originally considered running in himself but is now relieved that PKR president Anwar Ibrahim will lead the charge He s Pakatan Harapan s number one with the calibre and...
Aziz Bari Lega Anwar Dinamakan Di Tambun

Aziz Bari Lega Anwar Dinamakan Di Tambun

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 192 hits
malaysiakini comKetua pembangkang di DUN Perak Abdul Aziz Bari pada awalnya bercadang bertanding di Parlimen Tambun tetapi kini berasa lega kerana presiden PKR Anwar Ibrahim akan mengambil alih kedudukan itu Beliau adalah orang nombor satu ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya