Aminuddin Jadi Taruhan Bn Lawan Anwar Peja Di Tambun


 
FMT Reporters -October 23 , 2022 Ketua Umno Tambun Aminuddin Md Hanafiah mungkin jadi taruhan BN untuk menentang Anwar Ibrahim dan Ahmad Faizal Azumu di Parlimen Tambun. (Gambar Facebook Umno Online)PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Tambun Aminuddin Md Hanafiah dicadangkan Umno Perak untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun yang akan ditandingi dua calon heavyweight dari Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, Aminuddin bakal berdepan dengan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.
“Untuk calon BN di Parlimen Tambun, nama yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri ialah Datuk Aminuddin iaitu ketua Umno bahagian (Tambun) yang juga setiausaha perhubungan Umno negeri,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Aminuddin adalah bekas ADUN Hulu Kinta yang kalah kepada calon PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad pada PRU14.
Dalam pada itu, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan percubaan PH untuk menawan Perak pada PRU15 apabila mempertaruhkan Anwar bertanding di Parlimen Tambun.
Menurutnya, sebagai negara demokrasi, tentunya mana-mana calon yang ingin bertanding, bebas untuk bertanding, sama ada seseorang itu ahli biasa atau pun presiden sesebuah parti.
“Perak adalah tempat, kubu kuat BN, namun, kalau mana-mana parti mahu mencuba, kita mengalu-alukannya percubaannya,” katanya.
Pada Konvensyen PH di Ipoh kelmarin, Anwar mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun dan akan menentang Faizal yang juga penyandang kerusi Parlimen itu.
Anwar dilaporkan berkata, beliau bertanding dengan keyakinan untuk merampas Parlimen Tambun dan negeri Perak.
Mengenai Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang digantung keahlian dalam Umno, Zahid berkata, sama ada bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi itu akan bertanding pada PRU15 atau sebaliknya, akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilih parti untuk membuat keputusan.
“Begitu juga Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau), saya serahkan kepada Jawatankuasa Pemilih parti,” katanya.
Sebelum ini Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.
Namun, setakat ini Khairy mengakui beliau belum ada kawasan yang akan ditandingi pada PRU15.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/aminuddin-jadi-taruhan-bn-lawan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

Pru15 Umno Dijangka Letak Ketua Bahagian Di Tambun Lawan Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 414 hits
PRU15 Umno dijangka letak ketua bahagian di Tambun lawan Anwar Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Oct 2022 11
Tambun Kubu Terakhir Anwar Menuju Putrajaya

Tambun Kubu Terakhir Anwar Menuju Putrajaya

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 160 hits
Sejak disingkirkan daripada koridor kuasa lebih dua dekad lalu impian Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sering kali gagal Selepas pilihan raya umum pada 2018 Anwar Ibrahim kelihatan sebelah kakinya sudah berada di pejabat paling b...
Anwar Lari Ke Tambun Kerana Takut Ditolak Pengundi Melayu Dakwa Azmin

Anwar Lari Ke Tambun Kerana Takut Ditolak Pengundi Melayu Dakwa Azmin

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 138 hits
freemalaysiatoday com October 27 2022 8 15 AMAnwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan bertanding di Parlimen Gombak sebelum mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 PUTRAJAYA Pengerusi Pakatan H...
Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

Riwayat Politik Anwar Akan Berakhir Di Tambun Kata Pengarah Komunikasi Bn

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 337 hits
agendaily com25 10 2022Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Tindakan berani Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil risiko bertanding di Parlimen Tambun bakal mengundang padah kata Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah Pengarah Komunikasi Barisan Nasi...
Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

Saya Tetap Tidur Lena Walaupun Anwar Tanding Di Tambun Kata Saarani

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 239 hits
Menteri Besar sementara Perak Saarani Mohamad berkunjung ke rumah keluarga K Devagi di Sungkai sempena Deepavali TANJUNG MALIM Umno dan Barisan Nasional Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Hara...
Saya Tinggal 7 Tahun Di Kuala Kangsar Kata Anwar Jawab Sindiran Peja

Saya Tinggal 7 Tahun Di Kuala Kangsar Kata Anwar Jawab Sindiran Peja

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 220 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas balik sindiran Datuk Seri Faizal Azumu yang mendakwa beliau tidak dapat membezakan 8216 ayak 8217 dengan 8216 ayor 8217 dengan berkata beliau tinggal tujuh tahun di Kuala Kangsar Perak 8220 Ini je level men
Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

Pru15 Kerusi Panas Tambun Berjayakah Anwar Tawan Kubu Kuat Bn

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 275 hits
Selama beberapa dekad Tambun terkenal dengan buah limau bali manis dan bukit bukau berbatu kapur Walau bagaimanapun dalam beberapa minggu akan datang Tambun akan menjadi gelanggang pertempuran politik utama Penyandang kerusi parlimen Tambun...
Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 237 hits
MB NS yakin Anwar menang di Tambun kuasai PerakPosted By on October 24 2022Jasa mantan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang selamanya oleh para pengundi dan akan dibekalkan doa untuk bertarung di medan baharu pa...
Aziz Bari Lega Anwar Dinamakan Di Tambun

Aziz Bari Lega Anwar Dinamakan Di Tambun

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 272 hits
malaysiakini comKetua pembangkang di DUN Perak Abdul Aziz Bari pada awalnya bercadang bertanding di Parlimen Tambun tetapi kini berasa lega kerana presiden PKR Anwar Ibrahim akan mengambil alih kedudukan itu Beliau adalah orang nombor satu ...
The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar

Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Kanak Kanak Menghidap Sakit Jantung

Saham2u Unveils Upgraded Platform To Simplify Share Financing For Malaysian Investors

5 Artis Bercerai Setelah Menikah Lama Realita Kelam Di Balik Pernikahan Sempurna

Bekas Pemimpin Mca Ti Lian Ker Salahkan Umno Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siri 1 2025

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat