Langkah Menuju Ketenangan Mengintegrasikan Mengaji Al Quran Dalam Hidup Sehari Hari


Proses saya memahami dan mengetahui bahawa seorang umat Islam perlu tahu makna ayat Al Quran yang dibaca setelah berusia 30 tahun ke atas. Bermula dengan berasa keperluan untuk berniaga produk barangan islamik, seperti jam azan, tasbih, Al Quran dan banyak lagi. Rupanya sudah pelbagai produk saya cuba ceburi. 
Sebut sahaja rasanya sudah ada yang pernah diniagakan sebelum ini. 
Pakaian muslimah seperti sweater muslimah pun ada tahu. 
Subhanallah, tabarakallah. 
Kini saya sepenuhnya fokus kepada menjual Al Quran versi digital, ini kerana bagi saya, ianya sesuatu yang lengkap bagi seorang umat Islam yang ingin mendekatkan diri dengan membaca dan memahami Al Quran. 
Diizinkan Allah swt, sebenarnya kisah saya mula berjinak hanya fokus kepada barangan islamik setelah menyertai kelas FAV Academy oleh Tuan Kawaras Yahya, rasanya sekitar tahun 2016. Ketika saya mengandung anak ke empat. 
Kemarahan dan kepenatan menguruskan rumah, anak-anak dan tanggungjawab sebagai isteri amat melelahkan. Tahun di mana, tiga anak di atas masih kecil, bermain tanpa henti, rumah yang bersepah, tugasan master yang masih belum selesai dan mengandung pula, subhanallah. 
Yang faham tentu faham bukan

Allah membantu tepat pada waktunya apabila memberi jalan menyertai kelas Terapi Diri dari FAV Academy. Syukur dengan bantuan Allah, atas niat ingin merubah diri sebagai ibu dan insan yang lebih baik ini diberikan jalan keluar dari kemelut diri yang terlalu toksik. 
"Pandang nikmat hilanglah bala"
"Disebalik sesuatu itu siapa?"
Sesungguhnya hanya Allah dan Allah sahajalah tempat kita bersandar, memohon dan berhajat. 
Lahawlawala quwwata illah billah
Saya mula memahami kemarahan, kekecewaan dan melepaskan takdir kepada urusan Allah swt, tiadalah yang maha merancang kecuali Allah. 
Kemudian bermula episod menjual produk barangan islami, bermula dengan jam waktu solat, kemudian sebagai penjual Al Quran Terjemahan dari Sahabat Enuur dan Al Quran Digital dari Al Qolam

Apa Itu Tadabbur Al Quran?Sefaham saya, tadabbur Al Quran ialah proses kita untuk memahami apakah makna yang Allah sampaikan dalam ayat kitab suci. Bukan sekadar membaca makna, tetapi mengambil kira apakah kita jelas, faham, tahu, apakah arahan, larangan, nasihat dan kisah yang disampaikan. 
Tadabbur ialah usaha kita mencari makna di sebalik sesuatu yang jelasKalimah tadabbur juga digunakan untuk setiap usaha mendalami hakikat sesuatu perkaraKesimpulannya, tadabbur Al-Quran adalah usaha untuk menghayati makna dan mesej yang disampaikan oleh Allah melalui ayat-ayat Al-Quran.
Sebenarnya saya juga baru-baru memahami istilah-istilah di dalam cubaan memahami kitab suci Al Quran. Antara istilahnya ialah;
Istilah Al-Quran
Tadarrus
Tadabbur
Tafakkur
Tazakkur
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif di dalam al-Quran
Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makna berfikir, antaranya ialah; tafakkur, ta’akul, ta’abbur, tazakkur dan tadabbur. Manakala terdapat juga istilah asalnya sebagai pancaindera tetapi yang membawa umat Islam supaya berfikir, antaranya ialah bashara, nadzara dan sami’a

tafakkur (memikirkan)
“Katakanlah : “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku. Dan tidak aku mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak juga menngatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepada ku”. Katakanlah : ”Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?” maka apakah kamu tidak memikirkannya. (Al-An’am : 50)
ta’akul (mengguna akal)
“Mengapakah kamu suruh orang lain berbuat baik, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu mengguna akal ”

(Al-Baqarah : 44)
ta'abbur (memerhati dengan teliti)
“…maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan”. (Al-Hasyr : 2)
tazakkur (mengambil peringatan)
“”Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata” Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku.” Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah kecuali di kala Tuhanku menghenddaki sesuautu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan?” (Al-An’am : 80)
tadabbur (mempertimbangkan)
“Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam al-Quran ” (An-Nisa’ : 82)
bashara (memperhatikan)
“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa Kami menghalau (awan yang mengandungi) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya menjadi makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan”. (As-Sajdah : 27)
nadzara (melihat)
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan”. (Al-Ghasyiah : 17)
sami’a (mendengar)
“dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, beberapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?”
(As-Sajdah : 26)
Kita mungkin tiada ilmu, tiada background sekolah agama, tiada ilmu-ilmu khas pendidikan agama kan, tetapi tidak bermakna diri kita tiada peluang untuk mendampingi Al Quran. 
Saya doakan agar pembaca semua dikurniakan rezeki mendampingi, membaca, memahami isi kandungan Al Quran. Insya Allah.
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2024/01/langkah-menuju-ketenangan-dengan-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Meraih Ketenangan Hidup Di Era Digital Mengelola Media Sosial Dengan Bijak

Tips Meraih Ketenangan Hidup Di Era Digital Mengelola Media Sosial Dengan Bijak

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 202 hits
Terlalu sering kita tergoda dengan gambaran kebahagiaan di social media tanpa menyedari bahawa itu mungkin hanya sebahagian kecil daripada diary kehidupan seseorang Maka adalah penting bagi kita untuk merenung tentang erti bersyukur dan car...
Langkah Dubai Polis Kl Terima 13 Laporan Hari Ini

Langkah Dubai Polis Kl Terima 13 Laporan Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 121 hits
BERNAMAKuala Lumpur Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan Langkah Dubai yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen...
4 Hari Menuju Ke Tahun 2024

4 Hari Menuju Ke Tahun 2024

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 280 hits
nbsp Assalamualaikum Selamat Pagi Boleh kira dengan jari hari ini 28hb tinggal lagi 3 hari sahaja kita nak masuk tahun 2024 Tahun baru semangat baru Nieyl yang masih bercuti ni pun dalam kepala otak ni macam macam yang nieyl plan Dalam hidu...
Think Quran Langkah Pertama Untuk Empelajari Ahasa Rab

Think Quran Langkah Pertama Untuk Empelajari Ahasa Rab

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 278 hits
Jika hari ini kita boleh membaca Al Qur 8217 an dengan baik beserta tajwid yang betul tingkatkan juga penguasaan pembacaan dengan mengenal kalimah kalimah Al Qur 8217 an untuk mengetahui maknanya Kaedah mudah belajar bahasa Arab al Quran me...
Perompak Menangis Jadi Hamba S Ks Pemilik Salon Dengan Hanya Diberikan Makan Ubat Pengeras Batang Selama 3 Hari

Perompak Menangis Jadi Hamba S Ks Pemilik Salon Dengan Hanya Diberikan Makan Ubat Pengeras Batang Selama 3 Hari

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 314 hits
Russian man identified as Viktor who allegedly stormed into a hair salon in the town of Meshchovsk waving a pistol and demanding money The owner of the shop was a delicate 28 year old woman by the name of Olga When Viktor tried to take her ...
La Meridien Kl 2 Hari 1 Malam 28 Sept 2023 29 Sept 2023

La Meridien Kl 2 Hari 1 Malam 28 Sept 2023 29 Sept 2023

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 219 hits
Azam 2024 makcik berjanji akan sentiasa memastikan blog ini berupdate INSYAALAH ha ha ha teringin nak rajin update mcm mula2 makcik berblog tahun Pada waktu tu kebanyakan post2 makcik banyak berkisar kisah anak2 takpun masak2 alah masak mae...
Dito Mahendra Jalani Sidang Perdana Kasus Pistol Ilegal Hari Ini

Dito Mahendra Jalani Sidang Perdana Kasus Pistol Ilegal Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 108 hits
Sidang tersebut nantinya akan dipimpin oleh hakim ketua Dewa Budiwastara
Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian

Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan Pemilik Kafe Tak Jadi Gulung Tikar Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Why Shouldn T Young Malays Reject Equal Rights