Langkah Kamikaze Umno Terengganu Dah Fikir Panjang Ke



Bagaimana jika disebabkan berlaku tiga penjuru maka DAP-PH berjaya mendapat majoriti mudah? Agaknya mereka mahukah lagi ambil Umno sama-sama jadi kerajaan? Mr Iskandar Zulqarnaen, 1Media
‘MASIH bau kedai’ lagi tersebarnya VIDEO PENUH (bukan video sekerat) teleconference dalam talian antara Umno Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Terengganu yang mengisytiharkan untuk Umno bertanding bersendirian di Negeri Terengganu dalam PRU-15.
Turut berucap di dalam program ‘live’ ini ialah Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said sementara Umno Pusat pula diwakili oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Malah Ahmad Zahid dan Asyraf dalam video itu dengan penuh semangat dan gembira mengucapkan selamat berjaya malah melahirkan rasa yakin bahawa mereka akan dapat merampas negeri Terengganu daripada PAS.
Restu rasmi Umno Pusat di dalam program itu untuk Umno Terengganu menentang PAS di negeri Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sendiri memang memberikan petunjuk dan mesej yang jelas apa sebenarnya yang ada dalam hati perut Umno sekarang.
Pada hal baru sahaja berlaku mesyuarat jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) yang dikatakan berlaku dalam keadaan paling mesra dengan kedua-dua pihak membuat ikrar untuk saling menjaga agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh melukakan hati sahabat.
Bagi penulis sebenarnya ia umpama satu isyarat bahawa akan berlaku perpecahan dalam kalangan parti-parti orang Melayu pada PRU-15 akan datang. Walau pun setakat ini hanya berlaku di Terengganu, namun tidak mustahil ia boleh berjangkit dan merebak ke negeri-negeri lain.
Dan sekiranya berlaku ‘perang’ tiga penjuru melibatkan parti-parti Melayu ini maka peluang semua parti Melayu ini untuk jadi pembangkang di peringkat Persekutuan memang cerah dan tinggi! Mungkin DAP dan PH akan berkuasa semula!
Nasib negeri-negeri dikuasai PAS, Umno, Bersatu
Pada asasnya sesetengah kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh PAS, Umno, Bersatu dan sekutu-sekutunya ini mungkin tidak terjejas sangat dengan PRU-15 sekiranya mereka tidak ikut membubarkan DUN negeri-negeri ini. Yang bakal menjadi masalah ialah di peringkat Persekutuan.
Sekiranya dengan berlakunya pertandingan tiga penjuru ini maka DAP-PH akan memerintah di peringkat Persekutuan. Di negeri yang kita berkuasa di peringkat negeri akan jadi negeri pembangkang. Itu kesan yang pertama.
Sekiranya PAS dan Bersatu kekal dalam PN sementara Umno dan BN tidak bersekutu dengan PN, negeri Terengganu dan Kelantan kekal di bawah PAS-PN. Negeri Pahang dan Perlis akan kekal di bawah BN. Negeri Kedah juga mungkin kekal bersama PAS-PN kerana ia tetap mempunyai majoriti dengan Adun Umno-BN hanya dua orang sahaja.
Namun begitu adakah Johor, Perak, Melaka dan Sabah akan boleh kekal seperti sekarang? Sekiranya terpisah antara PAS, Bersatu dan Umno di negeri-negeri ini maka kemungkinan besar kerajaan negeri-negeri ini akan runtuh. Ini kesan kedua.
Bersediakah Umno jadi pembangkang semula?
Apa yang lebih penting ialah sebenarnya apakah pemimpin dan ahli Umno akar umbi sudah bersedia untuk menjadi pembangkang semula? Bagi negeri-negeri yang dikuasai Umno sendiri tidak mengapa. Ada juga kerajaan negeri untuk bergayut dan bergantung hayat.
Bagaimana dengan Umno di negeri-negeri yang tidak dikuasai Umno? Sudahlah tiada kerajaan di Pusat, di negeri pun tiada kerajaan. Maka wakil-wakil rakyat Umno di situ akan jadi ‘yatim piatu’ seperti apa yang pernah berlaku selepas PRU-14 dahulu.
Adakah wakil-wakil rakyat dan pimpinan-pimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian mampu melaluinya? Adakah pengalaman selama 22 bulan sebagai pembangkang sudah cukup memberi ilmu di dada untuk Umno sekali lagi menjadi pembangkang?
Lupakah Umno dahulu selepas PRU14 mereka mati kutu bila tiada lagi peruntukan wakil rakyat dan JKKK? Lupakah Umno yang mereka meraba-raba mencari lokasi untuk mengadakan mesyuarat agung cawangan kerana dahulu semasa menjadi kerajaan mereka lupa untuk menyediakan dewan-dewan milik sendiri kerana leka dengan fasilitis kerajaan yang mereka miliki sebelum itu.
Jamuan mihun untuk makan tengah hari
Lupakah Umno mereka pernah buat program dengan hidangan mihun goreng sebagai makan tengah hari semasa jadi pembangkang dahulu? Walau pun pemimpin Umno kaya dan multi-millionaire tetapi mereka tidak mahu keluar duit peribadi untuk program parti!
PAS tidak ada masalah untuk jadi pembangkang semula. Berpuluh tahun PAS menjadi pembangkang. Malah PAS lebih biasa jadi pembangkang berbanding jadi kerajaan.
Umno tidak. Umno sudah termanja dengan jawatan dan peruntukan kerajaan sejak dahulu. Umno tak boleh bergerak tanpa jawatan dan peruntukan kerajaan!
Semua orang tahu Umno mati kutu masa jadi pembangkang dulu. Pemimpin Umno menyorok dalam rumah, bukan sekadar takut jumpa rakyat, malah takut jumpa ahli sendiri. Takut kena pau!
Cuma kita tak pasti jika memang Umno sudah ada ‘plan’ untuk bergabung dengan DAP-PH selepas PRU15 nanti. Itu pun kalau DAP-PH pun tak cukup kerusi. Bagaimana jika disebabkan berlaku tiga penjuru maka DAP-PH berjaya mendapat majoriti mudah? Agaknya mereka mahukah lagi ambil Umno sama-sama jadi kerajaan?
Cuba ahli-ahli Umno bayangkan
Bagi penulis sebenarnya kita kasihankan Umno sahaja. Takut-takut mereka membuat tindakan yang akan memusnahkan diri mereka sendiri. Kita sayang Umno sebagai saudara seIslam.
Jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan Umno-BN dapat majoriti jadi kerajaan tak ada masalahlah. Dan sudah pasti mereka tidak akan ajak PAS dan Bersatu. Umno selamat.
Jika PAS-Bersatu (PN) menang dengan majoriti mudah tapi Umno-BN kalah pun, Umno tetap akan selamat. Pasti PAS-Bersatu (PN) akan menjemput Umno dalam kerajaan itu nanti.
Tapi, bayangkan jika kita bertanding tiga penjuru maka kita semua parti-parti Melayu akan jadi pembangkang. Bayangkan DAP-PH pun menang dengan majoriti mudah dan tak mahu pula ajak Umno jadi kerajaan.
Bayangkan Umno jadi pembangkang tanpa kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Bayangkan… Bayangkan… Bayangkan…
Umno tak seramkah jika jadi pembangkang semula? Dah fikir panjang ke nak bertanding tiga penjuru? Tanya saja….
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/22/langkah-kamikaze-umno-terengganu-dah-fikir-panjang-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Nak Langgar Umno Di Terengganu Kan Aku Dah Kata

Bersatu Nak Langgar Umno Di Terengganu Kan Aku Dah Kata

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 251 hits
March 11 2021 BERSATU NAK LANGGAR UMNO DI TERENGGANU KAN AKU DAH KATA Baru kelmarin aku respon kenyataan Ds Anwar Kalau nak kerjasama dengn parti UMNO Aku memegang pendirian bersama dengan DAP dan itulah pendirian Tg Nik Aziz Tidak ada kerj...
Tengking Marah Bukan Langkah Bijak Kesan Jangka Panjang Pada Otak Anak Tenang Tenang Saja

Tengking Marah Bukan Langkah Bijak Kesan Jangka Panjang Pada Otak Anak Tenang Tenang Saja

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 348 hits
Adatlah kita manusia yang banyak berdepan dengan pelbagai masalah Anaklah kebiasaannya menjadi mangsa dek kerana kepenatan dan kekusutan yang kita alami Jangan biasakan hal ini kerana anak tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan Marah dan t...
Semakin Ramai Ahli Pakatan Harapan Sokong Langkah Anwar Berkerjasama Dengan Umno

Semakin Ramai Ahli Pakatan Harapan Sokong Langkah Anwar Berkerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Akar umbi parti komponen Pakatan Harapan menyokong usaha menjalin kerjasama blok pembangkang itu dengan UMNO sebelum atau selepas pilihan raya umum malah mendesak pemimpin parti masing masing untuk melakukannya Sumber DAP mend...
Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 333 hits
Adam Abu BakarKUALA LUMPUR Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mendakwa tiada istilah muafakat di negeri berkenaan antara partinya dengan PAS walaupun di peringkat pusat kedua dua parti Melayu Islam itu secara rasmi menjalinkan kerjasama m...
The Problem In Terengganu Is That Umno Has A Gangster As Its Head

The Problem In Terengganu Is That Umno Has A Gangster As Its Head

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 254 hits
As long as Ahmad Said is head of Umno Terengganu he will never cooperate or work with Perikatan Nasional He will make sure Umno Terengganu is independent just like Umno Sabah And by nature Ahmad Said will fight with anyone and everyone just...
No More Muafakat Nasional In Terengganu Says Umno Leader

No More Muafakat Nasional In Terengganu Says Umno Leader

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 282 hits
Terengganu Umno chief Ahmad Said says there is no such thing as muafakat between the party and PAS in the state despite both parties being partners at the national level through Muafakat Nasional since September 2019 Ahmad said this was evi...
Pas Terengganu Bungkus Jika Tidak Tunai Janji Bertembung Umno Pru 15

Pas Terengganu Bungkus Jika Tidak Tunai Janji Bertembung Umno Pru 15

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 336 hits
Cadangan Pengerusi Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang ditemui di Perhimpunan Agung Umno semalam bahawa Pas dan Umno perlu bertanding secara mesra bagi menentukan parti manakah yang lebih disukai rakyat untuk memerintah Terengganu pa...
Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk

Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 443 hits
Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk Bersatu bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu kata Pengerusinya Razali Idris Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar untuk m...
Di Mana Kerusi Umno Di Situ Kita Akan Lawan Bersatu Terengganu

Di Mana Kerusi Umno Di Situ Kita Akan Lawan Bersatu Terengganu

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Mar 2021 9 04 amBersatu bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu kata Pengerusinya Razali Idris Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar untuk mem...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa