Semakin Ramai Ahli Pakatan Harapan Sokong Langkah Anwar Berkerjasama Dengan Umno


 

PETALING JAYA - Akar umbi parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyokong usaha menjalin kerjasama blok pembangkang itu dengan UMNO sebelum atau selepas pilihan raya umum, malah mendesak pemimpin parti masing-masing untuk melakukannya.
Sumber DAP mendedahkan, kebanyakan ahli parti itu menyambut baik perbincangan awal PKR dan UMNO, malah mahu kerjasama itu diperluaskan kepada PH bagi membolehkan pembentukan kerajaan majoriti.
Malah, kebanyakan pemimpin negeri yang menyokong idea itu dijangka memenangi pemilihan parti yang sedang berlangsung ketika ini.
“Kami meramalkan semua pemimpin DAP yang menyokong kerjasama dengan UMNO dan PKR akan menang pemilihan parti,” katanya.
“Inilah apa yang akar umbi rasakan ketika ini.”
Sementara itu, sumber PKR berkata rata-rata Ahli Parlimen setala dengan pandangan masyarakat yang mahu semua parti politik ketepikan perbezaan dan berganding bahu.
“Banyak Ahli Parlimen daripada pelbagai parti merasakan perlu bersatu untuk menentang pentadbiran yang semakin keterlaluan,” kata sumber itu yang juga seorang Ahli Parlimen.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rahman Dahlan, berkata parti Melayu itu dan Barisan Nasional terbuka kepada idea kerjasama dengan mana-mana pihak.
“Sudah tentu (kerjasama itu) tertakluk kepada parti lain harus terima wawasan UMNO dan tidak menjejaskan kepentingan kami,” katanya.
Bagaimanapun, Rahman berkata sebarang kerjasama UMNO dengan parti lain mungkin berlaku hanya selepas pilihan raya.
“Zaman bekerjasama sebelum pilihan raya sudah berlalu. Sebarang kerjasama mungkin berlaku selepas pilihan raya, seperti mana di negara lain,” katanya.
Rahman percaya UMNO dan BN akan muncul sebagai gabungan dengan kerusi terbanyak selepas PRU15.
“Kita tengoklah apa akan jadi selepas itu.”
Namun, beliau berkata sebagai parti yang besar, UMNO harus terbuka untuk berbincang dengan parti lain.
“Kita ada daya penarik. Tiada orang mahu bercakap dengan kamu kalau kamu lemah,” katanya.
Seorang lagi pemimpin UMNO berkata idea kerjasama dengan PKR mula dilontar pada hujung tahun lalu, tetapi ia “dibincangkan secara serius sebulan lepas.”
“Ya memang ada beberapa perbincangan sedang berjalan tapi belum ada keputusan muktamad,” kata sumber itu kepada FMT.
Sumber berkata kerjasama UMNO-PH itu berupaya membuahkan sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
“Perbincangan semakin rancak,” katanya.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Utusan Malaysia mengesahkan beberapa pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin UMNO, dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu”.
Anwar berkata, hasilnya “positif” namun menegaskan sebarang kerjasama bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/makin-ramai-ahli-pakatan-harapan-sokong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sources Pakatan Set To Follow Anwar S Lead If Overtures Towards Umno Work In Pact S Favour

Sources Pakatan Set To Follow Anwar S Lead If Overtures Towards Umno Work In Pact S Favour

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 261 hits
Even as Datuk Seri Anwar Ibrahim dropped the bomb that there are steps towards a possible cooperation between PKR and Umno several sources within Pakatan Harapan said no such serious discussion has been made at the top level However they to...
Raja Petra Dakwa Umno Dan Pakatan Harapan Sudah Jalin Hubungan Bersatu Ketika Ini

Raja Petra Dakwa Umno Dan Pakatan Harapan Sudah Jalin Hubungan Bersatu Ketika Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 320 hits
PETALING JAYA UMNO dan Pakatan Harapan didakwa sudah menjalin kerjasama politik antara dua parti komponan terbesar itu ketika ini kata penulis blog Raja Petra Kamarudin Sudah disahkan Anwar Najib dan Zahid telah mencapai kesepakatan mengena...
The Media Push For A Umno Pakatan Harapan Marriage

The Media Push For A Umno Pakatan Harapan Marriage

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 412 hits
Mak Khuin Weng We have been bombarded with numerous articles of a possible working relationship between Umno and Pakatan Harapan Even Lim Sian See a pro Najib online personality has returned to social media after a few years of absence to i...
Anwar Ibrahim Dan Pakatan Harapan Sudah Sesat

Anwar Ibrahim Dan Pakatan Harapan Sudah Sesat

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 326 hits
Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sudah sesat jalan Perjuangan mereka bukanlah lagi untuk negara dan rakyat tetapi hanyalah untuk memenuhi kepentingan peribadi mereka Apa sudah jadi kepada Deklarasi Rakyat pada tahun 2008 Agenda Reformasi p...
Ahli Parlimen Umno Bn Diminta Sokong Pn Sehingga Parlimen Bubar

Ahli Parlimen Umno Bn Diminta Sokong Pn Sehingga Parlimen Bubar

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 303 hits
PONTIAN Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional telah diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Ahmad Maslan Beliau berkata sokongan itu penting untuk memastik...
5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 519 hits
Seramai lima ahli Parlimen pembangkang menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengadakan perbincangan dengan Umno 5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan UmnoDalam satu kenyataan bersama R...
Terkini Pakatan Harapan Ahli Parlimen Pembangkang Ke Parlimen Pada I

Terkini Pakatan Harapan Ahli Parlimen Pembangkang Ke Parlimen Pada I

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 237 hits
Ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin depan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Presiden PH beberapa perkara penting se...
Kerjasama Umno Pakatan Harapan Kenapa Perlu Tunggu Sehingga Pru15

Kerjasama Umno Pakatan Harapan Kenapa Perlu Tunggu Sehingga Pru15

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 241 hits
Khalid Abd Samad Malaysiakini Sekian lama bagi yang telah bersama dengan pembangkang Umno adalah epitome atau lambang politik rasuah penyelewengan salah guna kuasa dan perkauman Ramai yang bersama pembangkang dan tidak bersama kerajaan yang...
Sediakah Umno Jadi Pengikut Pakatan Harapan

Sediakah Umno Jadi Pengikut Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 271 hits
SEKIAN lama bagi yang telah bersama dengan pembangkang Umno adalah epitome atau lambang politik rasuah penyelewengan salah guna kuasa dan perkauman Ramai yang bersama pembangkang dan tidak bersama kerajaan yang dibentuk Umno atas sebab itu ...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Wajah Sebenar Pas Terdedah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear