Langkah Baik Disukai Rakyat


ULASAN 

Langkah baik yang disukai rakyat.TANPA diduga hari ini berlaku pertemuan tiga pemimpin pembangkang dalam PH, Presiden Keadilan Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu (Amanah) dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam, tanpa ada apa-apa desas desus dan spekulasi sebelumnya. Ini menjadikan pertemuan itu seperti eksklusif.

Pertemuan sebelum kabinet baru dilantik menimbulkan sedikit tanda tanya apakah pembangkang akan dibawa masuki ke dalam kabinet
Satu kenyataan bersama yang ditanda tangani tiga pemimpin pembangkang dengan perdana menteri itu dikeluarkan. Antara lain kenyataan itu menyebut tiga mauduk yang dipersetujui untuk diatasi. Antaranya:
* Memberi tumpuan untuk jaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi

* Mencari persetujuan bersama memperkasakan fungsi parlimen, sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urusan eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat, dan
* Menjaga kepentingan kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tata kelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan lebih kondusif untuk rakyat negara dalam konteks keluarga Malaysia.

Sesungguhnya pertemuan itu menyenangkan. Apabila gambar pertemuan itu tular, para netizen menyambutnya dengan berbagai reaksi. Banyak memuji langkah keempat-empat pemimpin itu sebagai membuka dimensi baru. Walaupun Ismail Sabri adalah naib presiden Umno tetapi ia dianggap sebagai pertemuan dengan presiden Umno.

Bolehlah dianggap Ismail Sabri mewakili partinya. Kebetulan pula ketika ini Presiden Umno, Zahid Hamidi sedang berihat dalam ward kerana keuzuran. Namun kita percaya pertemuan itu atas inisiatif Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Walaupun pertemuan itu tidak membincang tindakan lanjut, kerjasama dalam kabinet tetapi ia cukup membahagiakan mata memandang. Setelah kesekian lama pemimpin pembangkang menjarakkan diri dengan kerajaan khas PM, inilah pertama kali ketiga mereka jejak Putrajaya

Terutama buat Ismail Sabri yang dilantik dengan majoriti tipis berasa lega apabila Anwar dalam kenyataanya kepada wartawan yang pihaknya tidak akan mempersulitkan untuk Ismail Sabri mendapat undi percaya di parlimen sekiranya perdana menteri itu mengambil langkah-langkah yang pro kepada rakyat.   

Kesediaan pemimpin PH berjumpa dengan perdana menteri baru itu seolah-olah meperli bekas PM ke 8 Mahiaddin Yassin yang sebelum ini menawarkan kerjasama tetapi ditolak. Mungkin timbul rasa kecil hati Mahiaddin apabila menyaksikan keadaan hari ini. Tetapi beliau tidak boleh salahkan sesiapa kalau ketiga mereka berbuat begitu kerana mengenang apa yang beliau (Mahiaddin) lakukan kepada mereka sebelum ini merampas kerajaan PH.

Bagi saya apa yang berlaku hari ini suatu perkembangan sihat dan dialu-alukan, dari konteks politik semasa negara dalam keadaan sangat memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung Covid, memulihkan ekonomi negara dan menstabilkan politik negara untuk disaksikan oleh pelabur luar.

Sesungguhnya apa yang berlaku hari ini, permulaan yang sangat baik sesuai sebagai menyahut titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru orang politik menghentikan perbalahan dan menumpukan kepada pemasalahan negara.

Saya yakin dan percaya, ramai yang suka melihat perkembangan positif ini melainkan mereka yang terhakis nilai kemurnian, semangat kebersamaan dan mahu bergasak sepanjang masa. Mereka yang cuak, cemburu dan sengaja menimbulkan persepsi buruk dengan pertemuan hari ini, tidak perlu diikuti. Jangan layan mereka. Mereka tidak ada setitik keinsafan pun melainkan mahu bergasak sepanjang masa.
Sudah tentu penganalisa politik yang tidak pernah bersangka baik dan tidak pernah sunyi daripada untuk melaga-laga antara satu puak dengan puak lain, membuat berbagai tafsiran dan analisa mengenai pertemuan itu. Mungkin mereka sedang mengira untung dan rugi kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya dalam situasi hari ini tidak ada siapa yang untung dan rugi daripada langkah berani dan harmoni itu. Sebaliknya yang berasa gembira tentulah rakyat semuanya yang sudah letih kerana diheret kuda hitam politik sejak kebelakangan ini.

Semua mempercayai pertemuan hari ini bukan titik perdamaian, melainkan hanya sebagai cease fire sementara menunggu Piraum ke-15. Bila tiba pilihan raya nanti mereka bergasak balik seperti sedia kala.

Sekali lagi dikalungkan tahniah kepada keempat-empat pemimpin negara itu, setidak-tidak mereka berani memulakan langkah baharu dan sedia dikritik demi untuk mencapai sesuatu yang baik. [wm.kl.10:19 om 25/08/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/langkah-baik-disukai-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Ismail Permulaan Baik Untuk Dewan Rakyat September Ini

Tawaran Ismail Permulaan Baik Untuk Dewan Rakyat September Ini

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 236 hits
Tawaran Ismail permulaan baik untuk Dewan Rakyat September ini Tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid 19 adalah permulaan ...
Jangan Berebut Nama Dan Tpm Baik Jaga Rakyat Sama Sama Sembelih Ayam Curi Ke

Jangan Berebut Nama Dan Tpm Baik Jaga Rakyat Sama Sama Sembelih Ayam Curi Ke

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 295 hits
Berebut pulak dah nama kerajaan Pak Mail kata kerajaan Umno sebab Umno tiada kaitan dengan PN Abah cow pulak perasan kerajaan tebuk atap 2 0 sekarang ini adalah kerajaan PN yang gagal tu Kalau tanya lebai Hadi dia mesti kata ini kerajaan ya...
Ph Tolak 7 Tawaran Muhyiddin Yakin Boleh Beri Lebih Baik Kepada Rakyat

Ph Tolak 7 Tawaran Muhyiddin Yakin Boleh Beri Lebih Baik Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 216 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Haraoan yakin mereka mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik untuk menangani pandemik COVID 19 menghidupkan semula ekonomi dan menyelamatkan rakyat Justeru Majlis Presiden PH meno...
6 Langkah Untuk Sukses Jalani Kehidupan Dengan Baik Yang Terbukti Berkesan

6 Langkah Untuk Sukses Jalani Kehidupan Dengan Baik Yang Terbukti Berkesan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 285 hits
Anda tentu inginkan sukses dan jalani kehidupan dengan baik Semua orang nak macam tu Saya kongsikan artikel ni sebagai panduan yang sangat berkesan dan padu untuk anda ambil sebagai pedoman Keputusan yang terbaik pernah saya buat dalam hidu...
Letak La Nama Kerajaan Khianat Rakyat Atau Mudah Sekali Kerajaan Bangsat

Letak La Nama Kerajaan Khianat Rakyat Atau Mudah Sekali Kerajaan Bangsat

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 328 hits
Berebut pulak dah nama kerajaan Pak Mail kata kerajaan Umno sebab Umno tiada kaitan dengan PN Abah cow pulak perasan kerajaan tebuk atap 2 0 sekarang ini adalah kerajaan PN yang gagal tu Kalau tanya lebai Hadi dia mesti kata ini kerajaan ya...
Sultans Should Not Interfere With Rakyat S Electoral Decisions Says Bakri Musa

Sultans Should Not Interfere With Rakyat S Electoral Decisions Says Bakri Musa

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 247 hits
M Bakri Musa Imagine the head of a company picking the first officer of the flight crew that had just crashed its jet to be the new captain Idiotic would not begin to describe such a stupid action Yet that is what the Agung in cahoots with ...
Woiiiiii Dah Berebut Lak Dah Jawatan Ingat Nak Jaga Rakyat

Woiiiiii Dah Berebut Lak Dah Jawatan Ingat Nak Jaga Rakyat

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 432 hits
Jawatan TPM patut diberi kepada Bersatu kata pemimpin parti August 21 2021 Timbalan Perdana Menteri wajar dilantik dari Bersatu namun keputusannya terpulang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kata bekas pengerusi Bersatu Johor Mazla...
Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 248 hits
MALAYSIAKINIIsmail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan awam pertamanya sebagai perdana menteri hari ini menyeru semua ahli Dewan Rakyat untuk bersatu dan menggembleng tenaga sebagai keluarga Malaysia untuk memulihkan semula negara Ismai...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti