Langgar Syarat Semua Permit Syarikat Bas Nahas Gerik Dibatalkan Serta Merta



KUALA LUMPUR: Semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran beberapa syarat permit.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS.
"Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan.
"Ini melanggar syarat. Apabila mereka diminta serahkan laporan GPS, mereka tak dapat (serahkan) sebab GPS pun tak diaktifkan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Loke menegaskan, tiada peluang rayuan diberikan kepada syarikat pengendali bas ini, manakala pembatalan permit adalah kekal dan tidak berubah.
"Tidak ada rayuan lagi. Walaupun ada proses rayuan yang dia boleh buat, tapi saya mahu nyatakan tidak akan dilayan rayuan dia, akan dibatalkan serta merta. Kerana ini menunjukkan kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.
"Pertama dia melanggar syarat, pajakan (bas kepada pihak ketiga). Maknanya dia tak bertanggungjawab ke atas bas itu. Kedua, syarat sangat penting, ada GPS dia tak pasang dan aktifkan. Ini menunjukkan pemilik ini tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata, sungguhpun pemandu bas berkenaan mendakwa kononnya brek kenderaan itu tidak berfungsi, sehingga menyebabkan kemalangan maut, itu hanya sekadar kenyataan saja
Siasatan forensik akan tentukan dakwaan brek rosak
"Kita akan buat siasatan terperinci, forensik dan sebagainya untuk melihat sama ada betul atau tidak dakwaan itu. Tapi daripada rakaman 'dashcam' pengguna jalan raya lain, amat jelas ketika itu bas memotong dengan laju, memecut dan akhirnya dia terbabas.
"Daripada aspek ini, memang kita akan buat siasatan yang lebih terperinci. Sudah tentu kita akan membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan pendakwaan seterusnya," katanya.
Pangkalan data semua pemandu bas ekspres, pesiaran
Dalam pada itu, Loke berkata, dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi, dipersetujui langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membina satu pangkalan data, yang mana ia akan memuatkan rekod semua pemandu sama ada bas ekspres atau bas persiaran.
Katanya, pangkalan data itu akan dibangunkan APAD, supaya mana-mana pemandu yang ada rekod lampau boleh disenaraihitamkan.
"Sekarang dalam sistem kita belum ada pangkalan data yang menghimpunkan semua pemandu, kita hanya ada pelesenan. Sama ada mereka ada rekod atau tidak, syarikat menggaji mereka tidak ada rujukan. Dalam sistem itu, kalau pemandu yang buruk itu, dia didapati menjalankan tanggungjawab dengan baik atau dipecat dari syarikat A, dia mungkin pergi ke syarikat B.
"Dalam pasaran juga mungkin ada pemandu yang berwibawa. Jadi kita mahu bangunkan satu pangkalan data untuk pemandu bas khususnya yang ada rekod lampau untuk jadi rujukan pengendali dan syarikat operasi," katanya sambil menjelaskan Jemaah Menteri juga sudah mengarahkan MOT supaya memberikan penekanan tegas terhadap isu penguatkuasaan dan latihan serta penilaian kepada pemandu. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/langgar-syarat-semua-permit-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nahas Bas Upsi Apad Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat

Nahas Bas Upsi Apad Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 120 hits
KUALA LUMPUR Agensi Pengangkutan Awam Darat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding Gerik yang mengorbankan 15...
Nahas Pelajar Upsi Jpj Mahu Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

Nahas Pelajar Upsi Jpj Mahu Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 94 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka kertas siasatan untuk membawa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ke mahkamah Menurut Harian Metro Menteri Pengangku
Nahas Bas Jpn Kedah Diarah Pantau Keadaan Kebajikan Pasangan Guru Fadhlina

Nahas Bas Jpn Kedah Diarah Pantau Keadaan Kebajikan Pasangan Guru Fadhlina

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 124 hits
NIBONG TEBAL 10 Jun Kementerian Pendidikan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memantau keadaan dan kebajikan pasangan guru yang terlibat kemalangan melibatkan bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik Perak s...
Kemalangan Bas Ngeri Pelajar Upsi Di Gerik Perak

Kemalangan Bas Ngeri Pelajar Upsi Di Gerik Perak

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 141 hits
Al Fatihah untuk semua mangsa kemalangan Kemalangan bas ngeri pelajar UPSI di Gerik Perak memang tular Ramai yang berduka dan tak kurang juga menyuarakan pendapat masing masing Pengalaman menaiki bas Masa belajar di UUM dulu ada seorang dri...
Lagi Kemalangan Melibatkan Bas 13 Pelajar Antara 28 Penumpang Terselamat Nahas Bas Di Lpt

Lagi Kemalangan Melibatkan Bas 13 Pelajar Antara 28 Penumpang Terselamat Nahas Bas Di Lpt

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 126 hits
BernamaPolis berkata semua 28 penumpang masing masing seorang pemandu bas dan treler serta kelindan tidak cedera dalam kemalangan itu Keadaan bas ekspres selepas melanggar belakang sebuah treler di KM161 5 Lebuhraya Pantai Timur arah timur ...
Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 90 hits
Tangisan yang tak pernah reda Rindu yang tak pernah padam Pemergian anak tersayang bagaikan mimpi ngeri yang tak sudah Namun di sebalik semua duka itu seorang bapa memilih untuk redha dan memaafkan walau jiwanya remuk dan hati tak terubat B...
Hiburan Pihak Kami Dah Bersedia Pemandu Bas Nahas Pelajar Upsi Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital

Hiburan Pihak Kami Dah Bersedia Pemandu Bas Nahas Pelajar Upsi Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 138 hits
Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik pada Isnin lalu telah ditahan oleh polis memetik Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan bahawa lelaki berus...
Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 188 hits
Melalui laporan Berita Harian laporan awal memaklumkan kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di jalan Gerik Jeli pada Isnin lalu menunjuk tiada bukti kegagalan sistem mekanikal pada bas tersebut Bas dal...
Nahas Upsi Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas Mungkin Faktor Manusia Atau Jalan Anthony Loke

Nahas Upsi Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas Mungkin Faktor Manusia Atau Jalan Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 125 hits
Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat Gerik mendapati tiada bukti menunjukkan kegagalan sistem mekanikal pada bas berkenaan Menteri Pengangkutan ...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

What New York S Mamdani Can Teach Malaysia S Madani

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Terus Dari Kilang China Rahsia Untung Besar Tanpa Orang Tengah

Penebusan Baucar Buku Guru Madani 2025 Hadiah Ilmu Untuk Guru Bermula 1 Julai 30 September 2025

Bahagianya Hidup Ini

5 Kesilapan Kecil Yang Buat Hutang Semakin Menjadi Jadi Ramai Tak Sedar

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Belajarlah Redha Walau Dalam Keperitan