Langgar Peraturan Kuarantin Lelaki Maut Ketuk Ketampi 300 Kali



SEORANG lelaki Filipina yang didapati melanggar peraturan kuarantin meninggal dunia selepas diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 300 kali oleh polis sebagai hukuman, dakwa keluarga mangsa.
BBC melaporkan, Darren Manaog Penaredondo didakwa ditahan oleh pihak berkuasa semasa membeli air selepas pukul 6 petang waktu tempatan di wilayah Cavite, Khamis lalu.
Dia kemudiannya pengsan keesokan harinya dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Cavite dekat pulau Luzon sedang menjalani perintah berkurung ketat dalam usaha kerajaan menangani penularan Covid-19.
Ketua Polis General Trias City, Marlo Solero berkata, tiada hukuman fizikal dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan perintah berkurung melainkan diberikan nasihat oleh pihak berkuasa.
Katanya, jika anggota penguatkuasa didapati mengenakan hukuman, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan tindakan itu.
Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa, Adrian Lucena mengumumkan kematian Penaredondo di Facebook.
Dakwanya, Penaredondo dan beberapa individu lain didapati melanggar peraturan perintah berkurung dan diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 100 kali secara serentak.
Jika gagal katanya, mereka perlu mengulangi latihan itu sekali lagi dan kumpulan itu akhirnya menyelesaikan denda tersebut setelah melakukan 300 kali ketuk ketampi.
Kata abangnya, Penaredondo pulang ke rumah pada pukul 6 pagi Jumaat dalam keadaan kesakitan.
Rakannya, Reichelyn Balce berkata, Penaredondo mengalami kesukaran untuk bergerak sepanjang hari Jumaat itu.
“Sepanjang hari itu, dia sukar berjalan dan hanya merangkak. Namun saya tidak memandang serius perkara itu kerana dia mendakwa hanya sakit badan biasa,” katanya.
Keesokan harinya dia pengsan dan berhenti bernafas. Balce kemudiannya meminta tolong jiran untuk membantu Penaredondo namun mangsa mati tidak lama kemudian.
Sementara itu, Datuk Bandar General Trias City, Ony Ferrer berkata, beliau telah mengarahkan ketua polis Bandar melakukan siasatan menyeluruh.
Katanya, kejadian itu merupakan satu penderaan dan beliau telah berhubung dengan keluarga Penaredondo.
Awal bulan ini, Human Rights Watch memberi amaran pesalah peraturan perintah berkurung di Filipina telah dianiaya.
Dakwanya, terdapat kes yang mana polis dan anggota penguatkuasa tempatan mengurung pesalah di dalam sangkar anjing ketika pesalah lain dipaksa duduk di bawah terik matahari. Utv
Warga Filipina belasah lelaki hingga patah 7 gigi dicekup

The post Langgar peraturan kuarantin, lelaki maut ketuk ketampi 300 kali appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/06/langgar-peraturan-kuarantin-lelaki-maut-ketuk-ketampi-300-kali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dihukum Melakukan Squat 300 Kali Lelaki Ini Meninggal Selepas Kekejangan

Dihukum Melakukan Squat 300 Kali Lelaki Ini Meninggal Selepas Kekejangan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 384 hits
DIHUKUM MELAKUKAN SQUAT 300 KALI LELAKI INI MENINGGAL SELEPAS KEKEJANGAN Seorang lelaki warga Filipina ditangkap kerana melanggar perintah berkurung dan dihukum melakukan squat sebanyak 300 kali Darren Manaog Penaredondo meninggal dunia pad...
Rider Maut Motosikal Bersepai Gara Gara Driver Lori Langgar Lampu Merah

Rider Maut Motosikal Bersepai Gara Gara Driver Lori Langgar Lampu Merah

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 331 hits
268 total views 268 views today Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut setelah terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 55 pagi Sabtu 3 April 2021 berham...
Pekerja Redicare Maut Di Rempuh Oleh Lori Langgar Lampu Isyarat Di Temerloh Pagi Tadi

Pekerja Redicare Maut Di Rempuh Oleh Lori Langgar Lampu Isyarat Di Temerloh Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 254 hits
TEMERLOH Gara gara sebuah lori yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh lori berkenaan di persimpangan lampu isyarat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di kilometer 121 Jalan Kuala Lu...
Pedagang Bitcoin Memindahkan Btc Bernilai Hampir 300 Juta Ke Dompet Lain

Pedagang Bitcoin Memindahkan Btc Bernilai Hampir 300 Juta Ke Dompet Lain

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 193 hits
Sebahagian besar pedagang Bitcoin telah memindahkan BTC bernilai hampir 300 juta pada minggu ini pedagang besar bitcoin mula secara aktif memindahkan aset kripto mereka secara besar besaran Mereka secara berkala dilihat melakukan transaksi ...
Video Tak Lepas Memotong Bertembung Treler Empat Sekeluarga Maut Pulang Dari Kenduri Kahwin

Video Tak Lepas Memotong Bertembung Treler Empat Sekeluarga Maut Pulang Dari Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 239 hits
Empat sekeluarga termasuk dua kanak kanak yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Bentong Raub awal pagi tadi sedang dalam perjalanan pulang ke Morib Selangor selepas menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu Kelantan...
Pokok Keluarkan 300 Buah Mangga Berbeza

Pokok Keluarkan 300 Buah Mangga Berbeza

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh KOSMO Pokok mangga dengan 300 jenis mangga berbeza itu merupakan pencapaian terbaik Kalimullah BCCLNEW DELHI Seorang petani di India menghasilkan pokok mangga yang mengeluarkan 300 jenis buah mangga berbeza lapor portal berita Oddity C...
Pemandu Nyaris Maut Myvi Terbang 50m Rempuh Pokok

Pemandu Nyaris Maut Myvi Terbang 50m Rempuh Pokok

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 309 hits
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di muka dan tangan serta kakinya tersepit PETALING JAYA Seorang pemandu Perodua Myvi nyaris maut apabila kenderaannya hilang kawalan ketika melalui Bulatan Jalan Indah dekat Taman Bukit ...
Kem Terbakar 5 Maut 20 000 Pelarian Rohingya Melarikan Diri

Kem Terbakar 5 Maut 20 000 Pelarian Rohingya Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 353 hits
Sejumlah pondok di kem pelarian etnik Rohingya di tenggara Bangladesh dilaporkan terbakar pada Isnin menyebabkan lima orang terbunuh dan sekurang kurangnya 20 000 lagi penduduk Rohingya melarikan diri Difahamkan kebakaran itu merupakan keba...
Makam Lama Tok Raja Hulubalang Ali Berusia Lebih 300 Tahun Ditemukan

Makam Lama Tok Raja Hulubalang Ali Berusia Lebih 300 Tahun Ditemukan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 318 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD BATU nisan unik dipercayai milik Tok Raja Hulubalang Ali ditemukan di Kampung Jengka Batu 13 Maran Pahang UTUSAN SALEHUDIN MAT RASADMARAN Sebuah makam lama berusia lebih 300 tahun yang dipercayai milik Tok Raja Hulu...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life