Landasan Kereta Api Taiping Ke Port Weld


 Pada 1 Jun 1885, tercipta sejarah pembukaan landasan kereta api Taiping ke Port Weld (sekarang Kuala Sepetang), manandakan bermulanya perkhidmatan kereta api di Perak yang dikendalikan oleh Perak Railway. Landasan sejauh 13.28 kilometer itu dirasmi oleh Residen Parak, Sir Hugh Low. 
Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api yang pertama ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

Tujuan utama jalan keretapi itu dibina ialah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan kereta api itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dari pelombong ke tempat pekerjaan.
 
Port Weld sebelum itu dikenali sebagai Sapetang (sekarang Kuala Sepetang). Nama ‘Weld’ diambil daripada nama Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat, yang tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.
 
Pembinaan landasan kereta api itu dilihat satu kemajuan dan pencapaian besar kepada negeri Perak, namun daripada segi kewangan dan perniagaan ia lebih memberi keuntungan kepada perdagangan British di Tanah Melayu.
 
Pada peringkat awal pembinaannya ia menghadapi banyak kesulitan. Antaranya ialah modal yang tidak mencukupi dan keadaan muka bumi yang berpaya. Justeru banyak tanah terpaksa dibawa dari Taiping untuk tujuan penambakan.
 
Masalah lain ialah kekurangan tenaga kerja berpengalaman dan ketiadaan jurutera-jurutera yang mahir mengenai pembinaan landasan kereta api di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, kerajaan negeri Perak terpaksa membayar kepada kerajaan Ceylon untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
 
Usaha ini pada peringkat awalnya menerima banyak kritikan. Bagaimana pun apabila siap, terbukti ia adalah satu pelaburan yang menguntungkan dan menjadi sumber pengangkutan utama bagi hasil dalam negeri.
 
Sebelum adanya jalan kereta api, bijih timah diangkut melalui Sungai Larut dan terus ke Pulau Pinang. Menerusi Pelabuhan Pulau Pinang, bijih timah dieksport ke Britain.
 
Bagaimanapun, Sungai Larut kemudiannya didapati tidak lagi sesuai dengan jumlah bijih timah yang banyak. Perang Larut antara kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San menyebabkan pengangkutan Sungai Larut tidak lagi selamat. Muaranya juga semakin cetek untuk kapal-kapal masuk dan rapat ke tepian.
 
Maka, pembinaan landasan kereta api Taiping ke Kuala Sepetang dianggap langkah penting yang perlu dibuat kerajaan Inggeris.
Stesen Kereta Api Port Weld
Lokomotif yang diterima Perak Railway pada tahun 1881 kereta proses pembinaan landasan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2025/03/vfn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Oku Penglihatan Meninggal Selepas Jatuh Ke Rel Lrt Dan Dilanggar Kereta Api Di Titiwangsa

Lelaki Oku Penglihatan Meninggal Selepas Jatuh Ke Rel Lrt Dan Dilanggar Kereta Api Di Titiwangsa

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 10579 hits
Tragedi di Stesen LRT Titiwangsa Lelaki Cacat Penglihatan Disahkan Meninggal Dunia Pagi ini satu insiden malang berlaku di Stesen LRT Titiwangsa apabila seorang lelaki yang tidak dapat melihat telah jatuh ke atas landasan kereta api dan dil...
Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 1152 hits
Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang menjadi nadi pembangunan Pelabuhan Kelang yang baharu dibina Ia menjadi stesen kereta api tertua yang masih beroperasi sehingga sekarang Stesen Kereta Api Klang ini telah dibina pada sekitar tahun 1890 Lan...
Lelaki Warga Israel Dipenjara Tujuh Tahun Miliki Peluru Senjata Api

Lelaki Warga Israel Dipenjara Tujuh Tahun Miliki Peluru Senjata Api

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 253 hits
KAJANG 26 Feb Lelaki warga Israel dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 200 peluru dan enam senjata api Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh 39 mengaku ber...
Kerang Air Asam Gaya Santai Bawang Merah Cili Api Dan Tomato Hiris

Kerang Air Asam Gaya Santai Bawang Merah Cili Api Dan Tomato Hiris

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 273 hits
Resepi Kerang Air Asam Bahan bahan Bawang merah 1 2 biji cili api Tomato Daun ketumbar Belacan Asam jawa Air masak Nampla Limau nipis Cara penyediaan Rebus kerang sekejap lepas tu kopek dan asingkan dalam mangkuk lain Campurkan sedikit asam...
Bazar Ramadan Jadi Port Dadah 7 Lelaki Ditahan

Bazar Ramadan Jadi Port Dadah 7 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 201 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myBayan Baru Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di sini semalam Operasi yang dilakukan sep...
Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7 30 pagi Dua hari sebelumnya clock in jam 7 36 pagi Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa Nampak tak dia punya ba...
Roket Spacex Meletup Bawa Hujan Api Di Carribean

Roket Spacex Meletup Bawa Hujan Api Di Carribean

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 183 hits
Astro AwaniRoket SpaceX Starship ketika berlepas ke angkasa lepas di Starbase Texas Foto APROKET gergasi SpaceX Starship semalam berpusing dan meletup sejurus selepas dilancarkan dari Texas Amerika Syarikat menyebabkan penerbangan tergendal...
Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 1274 hits
Kalau korang sedang mencari kereta sewa di Airport Kota Bharu artikel ini memang untuk korang Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips dan trik untuk mendapatkan kereta sewa sekitar airport Kota Bharu dengan harga bajet supaya korang bole...
4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 457 hits
Setiap insan pasti mengimpikan keselamatan daripada azab neraka dan berharap mendapat tempat di syurga Allah Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Ibnu Hiban Rasulullah telah memberikan satu petunjuk yang jelas tentang g...
Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Tunku Azizah Has Never Offered Assistance Via Tiktok Pahang Palace

Blood Stained Journal Among Exhibits In Inquest Into Zara Qairina S Death

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Federal Court Maintains Oct 29 Hearing Date For Appeal Against Isa Samad S Acquittal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Packaging Marketing Material Cara Mudah Naikkan Imej Bisnes Anda

Customer Exp For Business Success

Roti Bakar Coklat Berkeju

Pindah Luar Negara Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk Nenek Sebelum Bertolak

Asyraf Wajdi Syukur Universiti Al Quran Pertama Dunia Bakal Direalisasi Di Pahang

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg