Lampu Hijau Untuk Jk Khas Parlimen Bincang Isu Elaun Khidmat Kritikal Mp


MALAYSIAKINI




Isu potongan bayaran insentif perkhidmatan kritikal bakal dibincangkan dalam jawatankuasa pilihan khas parlimen mengenai belanjawan, menurut anggota jawatankuasa itu Noor Amin Ahmad.

"Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas telah beri lampu hijau untuk membincangkan isu potongan elaun kritikal yang saya bangkitkan.

"Saya tidak pernah menulis setuju dengan potongan ini. Dalam kerangka lebih besar satu taklimat menyeluruh perlu diberikan agar ahli-ahli Parlimen khususnya Jawatankuasa berkaitan lebih maklum dan memberi pandangan balas sama ada ia keutamaan yang tepat," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran itu, Amin turut mengongsikan tangkap layar pesanan WhatsApp yang menunjukkan pengerusi jawatankuasa itu, Mustapha Mohamed berkata akan mengusahakan mesyuarat jawatankuasa pada pertengahan Januari depan.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK) kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah dip

Menerusi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember, BIPK merupakan satu daripada sembilan elaun yang dihentikan kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris.

Menurut soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling JPA, jumlah elaun perkhidmatan kritikal antara 5 hingga 15 peratus berdasarkan gaji asas penerima, dengan jururawat mendapat jumlah tertinggi (15 peratus).

Antaranya pegawai perubatan, ahli farmasi dan pensyarah di kedua bidang ini menerima kadar rata RM750.

Amin dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah tersebut mungkin sebahagian daripada langkah konsolidasi fiskal yang perlu dilakukan dan kerajaan perlu segera mengaturkan taklimat mengenai langkah itu, termasuk di peringkat jawatankuasa khas parlimen.

Beliau berkata langkah konsolidasi fiskal dinyatakan dalam laporan ekonomi saban tahun yang mana kerajaan cuba mengecilkan defisit belanjawan dan menjadikan belanjawan mengurus lebih mapan.

"Sejak lebih lima tahun lalu, corak belanjawan negara menunjukkan antara 95-99 peratus hasil negara digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Ini menjadikan perbelanjaan pembangunan secara berterusan bergantung kepada hutang," katanya.

Menyifatkan isu itu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati, beliau berkata kerajaan pernah cuba memperkenalkan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada 2012 tetapi ditarik balik selepas respons negatif di kalangan penjawat awam.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/lampu-hijau-untuk-jk-khas-parlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potong Elaun Jawatankuasa Khas Parlimen Akan Bincang

Potong Elaun Jawatankuasa Khas Parlimen Akan Bincang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 187 hits
Jawatankuasa pilihan khas parlimen mengenai belanjawan bakal membincangkan isu potongan bayaran insentif perkhidmatan kritikal Ahli jawatankuasa itu Noor Amin Ahmad berkata lampu hijau telah diberikan untuk isu potongan elaun kritikal yang ...
Anwar Gesa Kerajaan Bincang Semula Keputusan Hapuskan Elaun Kritikal Perkhidmatan Awam

Anwar Gesa Kerajaan Bincang Semula Keputusan Hapuskan Elaun Kritikal Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 437 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat mahu kerajaan mempertimbangkan semula keputusan menghapuskan elaun perkhidmatan kritikal bagi 33 skim perkhidmatan awam tahun hadapan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Anwar yang juga merupakan ah...
Anwar Gesa Pemansuhan Elaun Khidmat Kritikal Dibincang Semula

Anwar Gesa Pemansuhan Elaun Khidmat Kritikal Dibincang Semula

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 295 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kabinet membincangkan semula keputusan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada penjawat awam profesional yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan Beliau berkata ia b...
Mansuh Elaun Kritikal Bermotif Politik

Mansuh Elaun Kritikal Bermotif Politik

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 249 hits
Tindakan tak rasional merumitkan banyak perkaraBANGI Tindakan kerajaan menamatkan pemberian insentif perkhidmatan kritikal bukan satu tindakan rasional tetapi lebih kepada memangsa melemah dan merumitkan banyak perkara Ketua Dewan Pemuda PA...
Satu Lagi Kongres Bincang Isu Jawi Diteruskan Ahad

Satu Lagi Kongres Bincang Isu Jawi Diteruskan Ahad

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 227 hits
Biarpun kongres membincang isu pengajaran tulisan jawi yang ingin dianjurkan oleh persatuan pendidikan Cina Dong Jiao Zong dibatalkan hari ini namun satu lagi kongres membincangkan isu sama akan diteruskan esok Penyelaras Jawatankuasa Khas ...
Elaun Kritikal Jpa Menteri Ph Tolong Berhenti Berdrama Annuar

Elaun Kritikal Jpa Menteri Ph Tolong Berhenti Berdrama Annuar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 475 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas kerjaan Pakatan Harapan berikutan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam baru baru ini untuk memansuhkan beberapa jenis elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ...
Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan Bipk Tahun 2020

Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan Bipk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 606 hits
SOURCE appeared first on Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan BIPK Tahun 2020 Dahulu ramai yang mahu bergelar kakitangan awam dek kerana beberapa keistimewaan yang ditawarkan dalam sektor awam Dalam pada masa yang sama terdapat elaun yang ...
Mca Akan Bincang Dialog Isu Jawi Dengan Pas Kata Setiausaha Agung

Mca Akan Bincang Dialog Isu Jawi Dengan Pas Kata Setiausaha Agung

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 360 hits
MCA akan bincang dialog isu Jawi dengan PAS kata setiausaha agung Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Dec 20
Elaun Menteri Menteri Banyak Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan

Elaun Menteri Menteri Banyak Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 463 hits
Dikalangan netizen sekarang ni sedang hangat perdebatan tentang isu elaun elaun yang diberikan kepada menteri menteri yang tak la masuk akal jumlahnya dan apatah lagi sekarang isu elaun krikital penjawat awam akan dimansuhkan Semua orang te...
218 Fibonaci

Pentingnya Muhasabah Diri

Persediaan Awal Haji

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Malaysia Asserts Claim For Portion Of Goldman Sachs Fines In 1mdb Case

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Jangan Pandang Belakang 2

Bukan Sekadar Penyeri Masakan Ini Potensi Daun Sup Untuk Kesihatan

Andika Mahesa Feat Dodhy Kangen Band Dimana Perasaanmu Chord

Boss Level A Bmw R100 Caf Racer With Carbon Leaf Spring Suspension

The 5 Best Electric Tea Kettles Of 2024

Hitung Hari Bersalin Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau