Lambat Tangani Covid 19 Ph Cuba Alih Kesalahan Dr Muhamad Zuhaili


PH cuba alih kesalahan mereka yang lambat tangani COVID-19 kepada Kerajaan PN (Perikatan Nasional)

PH tidak sedar diri apabila gelombang pertama COVID-19 berlaku adalah pada zaman PH memerintah. Malah, kesan sikap PH yang meremehkan wabak COVID-19 dan berterusan membenarkan pelancong dari China masuk ke negara sedangkan telah disahkan wabak berpunca dari China terutama Wilayah Wuhan.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu seakan angkuh dengan menganggap mempunyai pengalaman berhadapan wabak seumpama COVID-19. Malah Menteri Kesihatan ketika itu juga meremehkan pengumuman dari WHO yang kononnya ia boleh buat panik. 

Begitu juga, sikap ADUN Seri Serdang yang sinis menyindir kebimbangan rakyat terhadap wabak COVID-19 dengan menunjukkan kononnya keseriusan terhadap penyakit denggi adalah lebih wajar, bukannya COVID-19.

Kenyataan Dangkal PH
Lihat sahaja kenyataan-kenyataan dangkal pemimpin PH yang tidak serius malah ada yang menyindir dalam hal ini antaranya:
(1) Kerajaan lambat dalam menyekat kedatangan pelancong dari China secara bertegas, itu pun setelah didesak dan diasak oleh semua pihak termasuk pembangkang, NGO serta rakyat umum. Pada 21 Februari, TPM ketika itu Dato’ Seri Wan Azizah menjelaskan Kerajaan sekali lagi menyatakan tidak akan menghalang kemasukan pelancong dari China kecuali dari bandar-bandar yang ditutup oleh Kerajaan China.(2) Kenyataan Dr Dzulkefly pada 12 Februari 2020 menyatakan KKM khuatir kenyataan Pengarah WHO cetus kebimbangan rakyat. Sedangkan WHO telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020. Namun keseriusan dalam tangani dan mengurangkan pelancong China masih tiada.(3) Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng yang memandang rendah terhadap kesan risiko COVID-19 dengan menyatakan Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan, pada kenyataannya bertarikh 6 Februari 2020.(4) Siaran media sosial Dr Mariah, ADUN Seri Kembangan yang membuat perbandingan kes COVID-19 dengan denggi pada tarikh 29 Januari 2020 yang menyindir kenapa rakyat perlu nak panik terhadap COVID-19.Kesemua ini menunjukkan bagaimana sikap pemimpin PH yang ketika itu memerintah namun tidak serius dan tidak bertegas dari awal kerana memandang enteng kesan dari COVID-19 ini. Kesannya apabila sudah ada pembawa wabak ini maka ia menjadi penularan yang sukar dikesan.

Apa yang dilakukan PN?Apa yang dilakukan PN selaku Kerajaan Persekutuan sekarang ini adalah amat baik dan cepat mengikut tempoh garis masa:
(1) Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 kemudian dilanjutkan 14 April 2020.(2) Pengumuman Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) Rakyat bagi membantu rakyat khususnya yang terkesan dari sudut ekonomi.(3) Mewujudkan kluster sebagai fokus penting terhadap sesuatu kes yang disyaki bagi fokus dan tangani pantas seperti Kluster Tabligh ekoran perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari – 1 Mac lepas.(4) Menteri Pertahanan mengumumkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia membantu pihak polis bagi menjayakan PKP bermula 22 Mac 2020 supaya lebih serius memastikan rakyat tidak berada di luar rumah melainkan hal yang mustahak.(5) Pengumuman penolakan gaji Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bagi 2 bulan dan disumbangkan untuk bantuan krisis COVID-19 ini.PH semua hendak dibangkang, sehingga kebajikan rakyat pun hendak dipertikaiSetelah ‘tergamam’ seketika pimpinan PH dan cybertroopers mereka berikutan pengumuman Pelan Pakej Rangsangan (PRIHATIN) Rakyat sebanyak RM250 bilion maka PH cuba bermain polemik seperti:
(1) Dari mana Kerajaan PN memperolehi dana sebesar itu?(2) Bagaimana sistem agihan, jangan sampai ada yang ‘rompak’ di tengah jalan – naratif supaya nampak negatif pada Kerajaan PN.(3) Kerana jasa PH sebelum ini berjimat maka sebab itu Kerajaan PN hari ini dapat guna peruntukkan besar – naratif supaya kononnya PH yang hero.Dan beberapa lagi dengan memanipulasi analogi kisah Mak Cik Kiah dalam pengiraan penerimaan sumbangan kebajikan yang bakal rakyat terima. Kononnya ‘jangan tertipu’ menjadi naratif jahat agar tidak percaya pada Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh PN pada hari ini.Sewajarnya dalam isu sekarang ini, sepatutnya kematangan pembangkang ditunjukkan kerana sekarang ini isu:
(1) Nyawa menjadi fokus utama dalam langkah PKP dan keselamatan.(2) Ekonomi yang melibatkan ramai rakyat khususnya sektor swasta, perniagaan sendiri, sektor pelancongan dan perhotelan, peniaga kecil dan lain-lain.Ucapkanlah terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan dengan angka yang cukup besar iaitu RM250 bilion sedangkan zaman PH hanya tahu ‘memotong’ dan ‘mencantas’ seperti cadangan menghapuskan elaun Insentif Khidmat Kritikal (BIPK) yang akhirnya menimbulkan kemarahan kalangan doktor dan perubatan.

Utamakan isu nyawa dan kebajikan Pimpinan PH wajar utamakan isu nyawa dan kebajikan ini dari sibuk bermain sentimen politik, lakukan hal sebegini:
(1) Ucapan terima kasih.(2) Sama-sama membantu ekonomi rakyat.(3) Tunjukkan teladan potong gaji untuk sama-sama bantu rakyat khususnya di bawah Parlimen mereka.Ini tidak, diajaknya bahas dalam Parlimen pula peruntukan tersebut dan mendesak untuk sidang Parlimen diadakan segera. Cukuplah dipulang semula kata-kata Maszlee Malik sebelum ini iaitu:“Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan Kerajaan!”Terbukti PH hanya layak sebagai pembangkang, bukan Kerajaan lagiSejak PH kembali menjadi pembangkang dilihat pimpinannya ‘rajin membuat kerja’ seperti provokasi, membangkang melulu semua perkara, kenyataan media yang kerap dengan idea-idea ‘solusi masalah’ kononnya dan macam-macam lain. Namun sewaktu berada di tampuk pemerintahan, banyak sekali idea-idea dan manifesto yang gagal dilaksanakan.Rakyat sudah kenal dan tidak mahu lagi tertipu dengan PH yang merupakan parti politik yang hanya ‘membebel idealisme’ sehingga terawang-awangan yang sendiri pun laksanakan sendiri seperti mana manifesto mereka seperti PRU14 yang lalu.Cukuplah dengan teori-teori bombastik dalam mengaburi pemikiran rakyat sebelum ini walhal gagal melaksanakannya bila memerintah. Malah apabila gagal melaksanakannya, PH hanya tahu menyalahkan Kerajaan lama sebelum ini. Itu sahaja. Waktu memerintah, PH menyalahkan Kerajaan lama. Sewaktu menjadi pembangkang hanya menyalahkan Kerajaan semasa.Justeru, memang sesuailah PH ini dengan jiwa pembangkang. Eloklah menjadi pembangkang kerana walau 22 bulan memerintah telah terbukti gagal. Krisis dalaman tidak berkesudahan menyebabkan negara menghadapi kemelut politik negara.Jadi pembangkang elok dah, cuma amalkanlah Politik Matang dan Sejahtera, jadi pembangkang yang bijak dan rasional agar dalam sistem demokrasi ini wujud suasana semak dan imbang (check and balance) yang baik. Bukannya jadi pembangkang yang meroyan berterusan tanpa kesudahan yang rakyat pun jemu, muak dan memualkan.Disediakan oleh:
USTAZ DR MUHAMAD ZUHAILI DR HJ SAIMAN
Pengerusi
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat –
(Disunting dari: PH Meroyan 'Kerajaan Pintu Belakang'.. Dr Muhamad...)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/lambat-tangani-covid-19-ph-cuba-alih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rs Pertamina Jaya Rekrut Ratusan Tenaga Medis Tangani Pasien Covid 19

Rs Pertamina Jaya Rekrut Ratusan Tenaga Medis Tangani Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 242 hits
Secara keseluruhan RS milik BUMN memiliki 6 ribu hingga 8 ribu tenaga medis Setengah dari jumlah tersebut diperuntukkan sebagai penangan pasien corona atau yang kira kira berjumlah 3 ribu tenaga kesehatan
Berjayakah M Sia Tangani Covid 19 S Pura Terpaksa Ikut

Berjayakah M Sia Tangani Covid 19 S Pura Terpaksa Ikut

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 256 hits
KITA berjaya melaksanakan 47 723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1 452 ujian bagi setiap sejuta penduduk Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun Ia juga jauh meninggalkan neg...
Tidak Perlu Bawa Pakar Luar Tangani Covid 19

Tidak Perlu Bawa Pakar Luar Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 154 hits
By 7 April 2020Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican KUALA LUMPUR Cadangan kerajaan untuk membawa masuk pakar pakar luar bagi menangani swabak Covid 19 di negara ini bukan satu keperluan Sebaliknya pengalaman lepas berdepan dengan pelbagai krisis ...
Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid 19

Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 285 hits
Malaysia hampir menjadi negara pertama berjaya tangani COVID 19Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini Kerjasama KPT dan MOS...
Korban Termuda Covid 19 Wanita 23 Tahun Lambat Ke Hospital

Korban Termuda Covid 19 Wanita 23 Tahun Lambat Ke Hospital

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 334 hits
PUTRAJAYA Korban COVID 19 paling muda iaitu wanita berusia 23 tahun dilaporkan lambat mendapatkan rawatan di hospital Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keadaan pesakit yang mempunyai penyakit Tiroid itu sudah be...
Pemprov Dki Tangani 639 Kasus Pemakaman Dengan Sop Covid 19

Pemprov Dki Tangani 639 Kasus Pemakaman Dengan Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 186 hits
Kami tidak bisa memilah apakah positif covid atau ODP yang menyatakan itu hanya dari rumah sakit Kami hanya menjemput dan memakamkan jelasnya
Ui Sediakan Guest House Untuk Tenaga Medis Yang Tangani Covid 19 Di Rsui

Ui Sediakan Guest House Untuk Tenaga Medis Yang Tangani Covid 19 Di Rsui

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 159 hits
Ini merupakan bentuk apresiasi dan rasa terima kasih kami bagi para tenaga medis yang bekerja di RSUI ungkapnya
Elak Penularan Covid 19 Di Penjara Banduan Bagi Kesalahan Tidak Serius Perlu Dibebaskan Awal Lim Kit Siang

Elak Penularan Covid 19 Di Penjara Banduan Bagi Kesalahan Tidak Serius Perlu Dibebaskan Awal Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 214 hits
Banduan yang tidak mempunyai kesalahan serius perlu dibebaskan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara demikian cadangan pemimpin DAP Lim Kit Siang Beliau berkata demikian mengulas mengenai permintaan Jabatan Penjara yang meminta mah...
470 Tenaga Medis Baru Disiapkan Tangani Covid 19 Di Jawa Timur

470 Tenaga Medis Baru Disiapkan Tangani Covid 19 Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 206 hits
Dari sekitar 570 pelamar yang belum diterima ia menyatakan telah berkoordinasi dengan Direksi RSUA untuk kembali melakukan seleksi sebanyak 470 orang sebagai tenaga medis baru
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut