Lambat Lagi Pkp Pkpb Nak Berakhir


Lambat lagi PKP/PKPB Nak Berakhir.  Lama terbiar tak berupdate kat sini.  Mood menulis tenggelam ke laut dalam, jenuh nak bagi timbul. Ada bertajuk-tajuk entry tersadai tak tertulis, bersusun dalam draft.  Adakah kesan daripada PKP/PKPB yang berlarutan ni?  Tepu juga kadang-kadang tidak boleh ke mana.  Bila agaknya kerajaan nak bagi kelulusan rentas daerah dan negeri? 
Semalam keluar kejap cari barang rumah dan keperluan kak afiah untuk siapkan tugasannya.  Aduh penuh manusia di kedai buku dan kenderaan bersusun di atas jalan. Bila jarang keluar, suasana begini sangat tidak menarik. Rasa sesak dan semak.  Tak salahkan juga mereka yang keluar, banyak keperluan yang perlu dilunasi, tambahan tidak boleh merentas daerah, jadi apa sahaja premis perniagaan yang berada di daerah yang sama sudah tentunya menjadi tumpuan.  Cepat-cepat selesaikan mencari keperluan, terus kami bergegas balik.  Sampai sahaja di pagar rumah, lega rasa dapat tengok halaman rumah sendiri.  Rasa selamat dan tenang.  Kesan norma baru akibat Covid19 - keluar bila perlu, selebihnya eloklah berada di rumah sahaja.
Aktiviti Sepanjang PKP/PKPB Yang Boleh DibuatAda macam-macam aktiviti yang boleh dibuat supaya masa sentiasa terisi dan elakkan rasa jemu berada di rumah.  Macam-macam aktiviti untuk setiap peringkat usia, yang penting kena kreatif untuk pilih yang sesuai dengan minat.  Taklah asyik melayan gadget di tangan. Korang nak tahu apa aktiviti kami sekeluarga? Layan gambar-gambar ni yer. 



Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah ambil gambar.  Macam-macam gambar yang kami ambil samada akak sendiri ataupun en hubby.  Guna camera handphone je pun.  Bermula pkp 1 lagi banyak masa diluangkan kemas, bersih, buang barnag-barang sekitar rumah.  Gambar sang lebah sedang menghisap madu dari bunga mata kucing.  Seronok lebah-lebah ni sebab pokok mata kucing memang tengah galak berbunga.

Tak ketinggalan juga aksi sang rama-rama.  Pebagai warna yang singgah mencari makan.  Kalau ditangkap masukkan sarang yang sesuai, mesti menarikkan?

Kenal tak haiwan ni? Pokke anak-anak panggil. Sesumpah bertukar warna ikut persekitaran.  Dah lama tak nampak haiwan ni. Semenjak pokok-pokok sekitar rumah kembali terjaga elok, baru nampak bermain-main dicelah batang pokok.  Abang Irfan rajinlah tangkap haiwan ni, pernah dulu masa kecilnya jadikan spesis peliharaan.  Macam-macam ragam anak-anak.

Spesis rama-rama kuning pula. Cantik tengok ianya berterbangan di waktu pagi singgah dari satu kelompok bunga ke satu kelompok bunga yang lain. Ingat lagi masa akak kecil-kecil, buat sendiri penangkap rama-rama. Petang-petang dengan kawan-kawan bekejaran mencari rama-rama.  Bukan buat apapun, seronok-seronok beraktiviti.  Anak-anak dulu mana ada gadget di tangan, kena pandai mencari sendiri permainan yang boleh dimain. 
Jangan tanya akak bunga apa. Akak pun tak tahu. Tapi cantik berkembangan di tepi halaman. Nampak menyerlah di sekeliling pokok-pokok hijau. 

Antara saki baki pokok tin yang masih menghasilkan buah.  Kadang-kadang berebut dengan sang tupai.  Buah tin ni kena jaga elok kalau nak merasa makan.  Bila dah besar sikit, kena sarungkan supaya tidak dimakan tupai ataupun burung.  Sebelum ni ada beberapa pokok yang en suami tanam tapi sekarang tinggal 2 pokok sahaja yang hidup elok dan berbuah.  Kadang-kadang saja kami biarkan buah masak ranum di pokok supaya si tupai dan burung boleh singgah makan terutamanya di waktu pagi.

Bunga-bunga pokok mata kucing yang sedang rancak. Menyerlah di seluruh pokok.  Harap-harap banyaklah juga yang menjadi buah.  Musim panas ni bunga mudah luruh. Dah lama tak merasa makan hasil daripada pokok ini.  Mujur en suami usahakan semula bubuh baja dan jaga.  Mana tau ada rezeki untuk keluarga dan jiran-jiran juga nanti.

Satu-satunya spesis orkid yang masih ada kat rumah. Jangan ditanya namanya. Akak suka tengok bunganya sahaja. Ala-ala purple dan merah hati. Cantik tau! Dah lama terbiar tidak berjaga.  Tapi spesis orkid hutan tak perlu penjagaan sangat. Biarkan sahaja pun kadang-kadang boleh terus hidup subur.  Alang-alang masa pkpb ni bolehlah belek selalu bersihkan pasu dan berbaja semula. 

Satu ketika dulu, sekitar rumah kami memang penuh dengan pasu-pasu bunga kertas. Bila musim panas macam sekarang ni, meriah tengok pelbagai warna bunga kertas, asyik dan melekakan.  Lepas tu lama kami tinggalkan minat menjaga pokok bunga kertas ni.  Banyak yang terbiar, ada yang kami bagi pada kawan-kawan sahaja.  Baru-baru ni teringin semula untuk menaga pokok bunga kertas.  Cari yang dah ditrim tapi belum berbunga, murah sedikit harganya berbanding dengan pokok yang dah berbunga elok.  Balik rumah, beleklah semula pokok-pokok ni, carikan pasu yang sesuai, perelokkan trimming nya, bajakan semula...nampaklah makin elok.  Dapat sepasang macam ni letak di kiri kanan pintu masuk.  Sambil-sambil tu en suami cuba-cuba praktiskan semula ilmu tut/kahwin pokok bunga kertas ni. Manalah tahu berhasilkan.

Cubaan menanam daun seylom buat ulam.  Sebelum ni dah ada daun kunyit, cili padi, daun laksa, pokok ketumbar dan beberapa jenis lagi dan dah hidup elok.  Ini cubaan pertama menanam daun seylom.

Kelompok ke tiga tanaman keladi makan. Kami suka masak keladi. Jadi kenalah tanam sendiri, baru puas makan.  Kelompok pertama memang dah banyak beri hasil. Kelompok kedua lebih kepada nak menghias laman rumah.  Ini cubaan seterusnya menanam di tepi porch kereta.  Tanam cara begini kenalah rajin siram sebab sekeliling tiada tanah lembah. Sambil-sambil tu bersihkan juga kebun kecil nenas kami yang ditanam atas tanah.  Dah banyak yang mula berbuah.  

Antara bunga mata kucing yang dah lekat buahnya.  Ada rezeki juga nanti makan hasil mata kucing ni. Hmmm...teringat-ingat buahnya yang besar, manis dan tebal isinya.

Ini namanya tak ada kerja cari kerja.  Bila anak-anak belajar di rumah, dah tentu gadget selalu di tangan.  Kena juga cari aktiviti yang melekakan mereka terutama si kecil selepas seharian ber online class.  Dah lama teringin nak pelihara burung cantik, asalnya nak beli sahaja sangkar besar, tapi lepas survey beberapa kedai, mahal juga harganya.  Akhirnya en suami kata baik buat sendiri dengan harga yang sama kalau beli sangkar, kita boleh buat jauh lebih besar dan elok. Haa...maka tiga hari tiga malam jugaklah en suami mengadap sangkar baru untuk ahli baru rumah kami.  Buat bagi tinggi supaya nak masuk pun senang. Sangkar ini kami letak di hadapan rumah bersebelahan dengan rimbunan pokok-pokok hiasan untuk dapatkan suasana agak redup di situ. Pandang kiri kanan rasa macam banyak juga nak kena bersih dan kemaskan sekitarannya supaya nampak lebih elok. Takpa...pelan-pelan kita buat.

Ahli keluarga baru kami. Tiga pasangan burung cinta warna warni, burung merbok yang memang ada di rumah, dipindahkan juga di sini. Ada juga beberapa ekor merbah di bahagian bawah.  Eh!! Macam taman burung lah...tapi yang ni mini punya!  Kayu-kayu dalam sangkar tu kami ambil di sekitar hadapan rumah sahaja. Susun elok-elok supaya mudah sang burung terbang dan bertenggek di mana yang mereka suka.

Pasangan hijau ni cantik sangat.  Burung cinta ni suka duduk berpasang-pasang, mungkin sebab itu lah dipanggil  burung cinta kan. Warna-warna ceria, rasa hilang stress bila tengok depa ni.

Yang ni pasangan biru pula.  Pasangan ni lebih lincah dan riuh terutama di waktu pagi.  Memang ceria suasana rumah awal pagi dengan kicauan burung-burung ni.  Melihat mereka ni, leka dibuatnya.  Burung cintta nya antara spesis kakaktua tapi yang jenis kecil-kecil.  Biasanya sepasang ni agak mahal juga tapi en hubby beli dari kawan-kawan jadi dapatlah harga kawan-kawan.  

Riang sang rama-rama menghisap madu, begitulah riangnya hati kami sekeluarga walaupun tak ke mana-mana.  Ada hikmah juga pkp/pkpb ni. Dapat lebih masa untuk kemas rumah agar nampak lebih teratur dan sedap mata memandang.  Barulah selari dengan konsep Rumahku Syurgaku.  






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azirahman.com/2021/03/labat-lagi-pkppkpb-nak-berakhir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu Pkp Termakbul Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu Pkp Termakbul Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 470 hits
Apa yang selalu kita fikirkan atau doakan dengan Izin Allah SWT akan termakbul Begitu juga dengan perkara yang dilalui oleh Puan Athirah ketika dia berkongsi saat saat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta ketika sampai di hospital Puan...
Semakan Bantuan Sabah Covid 2021 Semasa Pkp Pkpb

Semakan Bantuan Sabah Covid 2021 Semasa Pkp Pkpb

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 488 hits
Semakan Bantuan Sabah COVID 2021 kepada kumpulan dan golongan b40 pelajar ipt pelajar sekolah ibu tunggal oku anak yatim Semasa PKP PKPB Nampaknya kes covid di Sabah masih lagi tinggi Ramai yang terkesan sebenarnya semenjak kes ini menjajah...
Sop Terkini Pkp Pkpb Pkpp

Sop Terkini Pkp Pkpb Pkpp

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 654 hits
SOP terkini PKP PKPB PKPPSOP terkini PKP PKPB PKPP Infografik
Tak Jadi Meeting Lambat Lagi Darurat Nak Selesai

Tak Jadi Meeting Lambat Lagi Darurat Nak Selesai

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 185 hits
Dah kata dah jangan percaya dgn khabar angin yang dibawa oleh Lokman Noor Adam tu Kan dah tak betul Sampai Mesyuarat pun tertangguh angkara PKP Lambat lagi la PKP nak habis ni Puasa dan Raya dlm PKP ke Wallahualam Persidangan Majlis Raja ra...
Ramai Nak Berniaga Musim Pkp Resipi Ni Boleh 15 Box Kek Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

Ramai Nak Berniaga Musim Pkp Resipi Ni Boleh 15 Box Kek Peniaga Tak Lokek Kongsi Resipi

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 380 hits
Musim PKP ini ramai yang mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sebagai pendapatan sampingan Ada juga yang ingin menjadikan perniagaan sebagai pekerjaan tetap Bagi anda yang baru terfikir fikir ingin memulakan perniagaan anda boleh ...
Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 308 hits
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama Ingat pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain Jadikan pengalaman mereka sebagai ...
Video Zarina Zainuddin Jadi Bomba Nak Panggil Bomba Takut Tak Sempat

Video Zarina Zainuddin Jadi Bomba Nak Panggil Bomba Takut Tak Sempat

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 260 hits
Saya terbau asap terbakar di belakang rumah nak panggil bomba takut tak sempat makin merebak Jadi saya dengan Bedah tadah air padam kebakaran Cuaca panas rumput rumput kering terbakar sendiri nasib baik kami sedar dan padamkan sebelum terus...
Ikut Hangpa La Nak Kaji Ka Macamana Pkr Tak Akan Terima Atok

Ikut Hangpa La Nak Kaji Ka Macamana Pkr Tak Akan Terima Atok

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 499 hits
Niat aku tidak untuk mengeruhkan keadaan Dari tahun lepas FB aku menulis berkali kali berkaitan urustadbir parti Amanah dan tindakan beberapa pemimpin yang cenderung untuk cuba dekati pengkhianat mega yang meruntuhkan kerajaan PH iaitu Atuk...
Amanah Nak Bertanding Pru Guna Lambang Sendiri Ke

Amanah Nak Bertanding Pru Guna Lambang Sendiri Ke

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 215 hits
Akar umbi AMANAH mahu kerjasama dengan PKR dikaji semulaFAZLI RADZIPimpinan AMANAH Kawasan Bukit Bintang menggesa pimpinan AMANAH Nasional supaya mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR dan kedudukan parti tersebut dalam Pakatan Harap...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pelakon Zulkifli Ismail Dedah Nafas Terhenti Ketika Tidur Jalani Sleep Test

Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar

7 Jenis Rezeki Yang Ramai Nak Tahu

Persediaan Bila Banjir

30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak