Lambakan Makanan Tambahan Tiruan Di Platform E Dagang Ppim Berita Harian 28 08 2025




KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa platform e-dagang dibanjiri produk makanan tambahan tiruan dipercayai boleh menjejaskan tahap kesihatan jika diambil terlalu lama.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata pihaknya kerap mendapat aduan daripada pengguna berkenaan penjualan produk sedemikian sejak beberapa tahun ini.
Malah katanya, ada juga penjual yang berani menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mempromosikan produk tiruan yang dijual.
"Masih ramai tidak tahu yang sebenarnya terlalu banyak produk makanan tambahan yang dijual menerusi platform e-dagang adalah tiruan kerana ia berjaya ditiru dengan baik.
"Jadi sebagai langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli sebarang makanan tambahan menerusi platform e-dagang terutama dari penjual yang menjual pelbagai jenis barangan.
"Ini bagi mengelak daripada kesihatan terjejas kerana kita tidak tahu apa isi kandungan makanan tersebut dan di mana ia dibuat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau percaya, tindakan penjual yang menjual produk makanan tambahan tiruan adalah untuk mendapatkan wang yang mudah kerana kebanyakan produk yang dijual tidak berkualiti dan dijual dengan harga lebih murah daripada asal.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan mungkin juga ada segelintir penjual yang tidak tahu produk dijual ada tiruan.
"Justeru, saya minta supaya agensi berkaitan mengambil tindakan dalam mengatasi isu ini segera kerana ia sudah lama dan membabitkan isu kesihatan," katanya.
Sementara itu, wakil syarikat pengeluar minyak ikan, Datuk Dr Rajen Manicka, berkata dua minggu lalu pihaknya mendapat aduan daripada pengguna berkenaan produk tiruan yang dijual di platform e-dagang.
Katanya, tanpa membuang masa pihaknya membeli produk berkenaan yang dijual dengan harga RM38 berbanding harga asal antara RM74 hingga RM101 dan menjalankan ujian di makmal untuk mengetahui isu kandungannya.
"Apa yang mengejutkan, hasil ujian mendapati isi kandungan dalam kapsul yang dijual di platform e-dagang itu mengandungi minyak susu soya dan tiada langsung minyak ikan.
"Minyak susu soya mempunyai kandungan toksin yang tinggi dan jika diambil terlalu lama, boleh menyebabkan keradangan, kolesterol dan kanser," katanya yang sudah membuat laporan polis semalam.
Rajen berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang menjual produk tiruan lengkap dengan Pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Katanya, produk syarikatnya memang disahkan mempunyai Pensijilan Halal JAKIM dan pengguna tidak perlu ragu-ragu.
"Bagaimanapun, produk tiruan berkenaan sudah pasti menggunakan logo palsu dan tidak diketahui isi kandungannya selain tidak tahu di mana ia dibuat.
"Saya percaya pihak yang membuat produk tiruan ini bukan syarikat kecil kerana berjaya menghasilkan produk yang hampir saya dengan produk kami," katanya.
Katanya, pihaknya juga sudah membuat aduan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil untuk mengetahui siapa dalang di sebalik pembuatan produk tiruan itu.
Selain itu katanya, pihaknya juga sudah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Jadi saya berharap, orang ramai tidak lagi membeli produk minyak ikan dari platform e-dagang dan hanya membelinya dari farmasi di seluruh negara bagi mengelak sebarang masalah kesihatan," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
LAMBAKAN MAKANAN TAMBAHAN TIRUAN DI PLATFORM E-DAGANG - PPIM
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/08/1439234/lambakan-makanan-tambahan-tiruan-di-platform-e-dagang-ppim#google_vignette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/08/lambakan-makanan-tambahan-tiruan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Nafi Ada Kaitan Dengan Gabungan E Hailing Malaysia Sinar Harian 27 08 2025

Ppim Nafi Ada Kaitan Dengan Gabungan E Hailing Malaysia Sinar Harian 27 08 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 4555 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gabungan E Hailing Malaysia seperti yang cuba didakwa oleh pihak tertentu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata w...
Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 6639 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menegaskan pihaknya tiada kaitan dengan Gabungan E Hailing Malaysia seperti heboh diperkata sejak kebelakangan ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata GEM pernah bernaung di bawah PPI...
Aktiviti Majlis Pelancaran Platform Orphan Society Ensany Global Berhad Ppim 04 09 2025

Aktiviti Majlis Pelancaran Platform Orphan Society Ensany Global Berhad Ppim 04 09 2025

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 4795 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Platform Orphan anjuran Ensany Global Berhad di Al Rawsha Restaurant Kuala Lumpur
Trm Dipindah Milik Kepada Syarikat Bukan Bumiputera Ppim Gesa Siasatan Harian Metro 29 08 2025

Trm Dipindah Milik Kepada Syarikat Bukan Bumiputera Ppim Gesa Siasatan Harian Metro 29 08 2025

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4175 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung pemindahan tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera yang didakwa berlaku di negeri Perak Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan ...
Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 6026 hits
Sekitar Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Tanah Rizab Melayu Perak Bocor Ke Tangan Bukan Bumiputera Ppim Desak Polis Bertindak The Merdeka Times 29 08 2025

Tanah Rizab Melayu Perak Bocor Ke Tangan Bukan Bumiputera Ppim Desak Polis Bertindak The Merdeka Times 29 08 2025

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 6255 hits
Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan siasatan awal mendapati tanah milik sebuah agensi kerajaan di dua kawasan di Perak telah dipindahkan dalam bentuk saham kepada dua syarikat bukan Bumiputera Lebih mengejutkan sebahagian besar ta...
Podcast Zoom Kejadian Buli Semakin Hari Semakin Parah Ppim 03 09 2025

Podcast Zoom Kejadian Buli Semakin Hari Semakin Parah Ppim 03 09 2025

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4815 hits
Podcast Zoom Kejadian Buli Semakin Hari Semakin Parah Seolah Olah Tiada Noktah Yang Mampu Menghentikan Apa yang dahulunya dianggap sebagai gurauan kecil kini telah berubah menjadi satu bentuk jenayah sosial yang meragut maruah mencederakan ...
Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 4233 hits
21 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Datin Paduka Rahilah Rahmat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu...
Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 4527 hits
20 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Seminar Kewangan bertajuk Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future di Dewan Saksama Bangunan BHEUU Putrajaya Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran awa...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Strawberry Smoothie

Padang Besar Here We Come Part 1

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ungu Prinsa Mandagie Laguku Chord

Doa 1 November 2025

Retrocross Another Effortlessly Cool Yamaha Xt500 From Pbm

Thailand Umumkan Berkabung 1 Tahun Turis Wajib Taati Peraturan Ini

Ole Ole Dari Segamat

Jetblue Flight Makes Emergency Landing In Tampa After Losing Altitude