Lambakan Assignment Faktor Utama Pelajar Ipt Tertekan


SEMUA pihak perlu bersatu dan tegas dalam menghadapi masalah norma baharu dalam pembelajaran secara ODL.



SAUDARA PENGARANG,

NORMA baharu di musim pandemik memaksa pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) menjalani sesi pembelajaran secara jarak jauh (ODL). Walaupun canggung pada mulanya, kini pelbagai kaedah pembelajaran tersebut berjaya diaplikasikan oleh warga universiti.

Namun, kini timbul pula isu lain. Ramai pelajar universiti didapati tertekan dengan kaedah ODL. Terbaru, kita dikejutkan dengan pemergian dua pelajar universiti. Susulan itu, ibu bapa dan netizen membuat tanggapan lambakan tugasan yang membebankan dan tempoh penghantaran singkat adalah punca kematian tersebut.

Untuk makluman, setiap institusi pembelajaran mempunyai kaedah tertentu menilai tahap kefahaman dan kompetensi pelajar. Antara cara penilaiannya adalah dengan memberi tugasan, mengadakan peperiksaan dan kuiz serta menjalankan latihan amali atau industri.

Setiap tugasan pastinya ada dateline yang perlu dikejar. Memang begitulah situasi pembelajaran di universiti. Ada pelajar yang tidak tidur malam malahan rutin harian menjadi kacau bilau jika silap menguruskan masa. Semua ini akan berakhir dan membuahkan kejayaan serta kenangan pahit dan manis.

Di IPT, setiap pensyarah perlu menyediakan student learning time (SLT) bagi setiap subjek. Komponen SLT adalah jumlah masa mengajar secara bersemuka, jumlah masa pelajar di dalam makmal atau studio, jumlah masa penyeliaan secara bersemuka dan tidak bersemuka serta jumlah masa pelajar belajar secara kendiri seperti menyiapkan tugasan, laporan atau kuiz.

Dengan adanya SLT, para pensyarah merancang sesi pengajaran dan pemberian tugasan yang lebih efektif dan tidak membebankan. SLT ini selari dengan kalendar akademik universiti selama 14 minggu pada kebiasaannya. Jumlah jam kredit subjek juga dihadkan pada setiap semester supaya tidak melebihi kemampuan pelajar. Setiap SLT akan diaudit oleh pihak universiti.

Pensyarah tidak boleh sewenang-sewenangnya memberi tugasan berlebihan. Jadi, tidak timbul isu pensyarah memberi tugasan lebih daripada yang ditetapkan. Apakah isu sebenar yang perlu diberi perhatian?

Apabila berada di rumah terlalu lama, bukan pelajar sahaja tertekan. Pensyarah juga tidak terkecuali, bukan mudah untuk mengendalikan kuliah secara dalam talian Perlu ada pembahagian masa yang seimbang antara aktiviti pengajaran dan rutin harian di rumah.

Pada masa sama, pensyarah perlu bertolak ansur dengan keadaan pelajar. Ada pelajar terpaksa bekerja untuk membantu keluarga yang terjejas. Ada juga yang perlu menguruskan keluarga dan menghadapi masalah capaian internet kritikal.

Tidak kurang juga mereka yang tiada ada apa-apa tanggungjawab tetapi bertarung dengan pengurusan masa belajar, menyiapkan tugasan, masa tidur, bermain game, menonton filem sehingga larut malam.

Satu pemerhatian membuktikan pelajar gemar menyiapkan tugasan di saat-saat akhir. Pengurusan masa yang lemah menjadi punca utama kepada tekanan dialami pelajar.

Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Ada yang mengambil jalan singkat untuk berhenti belajar di hujung semester. Ada juga yang mengabaikan terus tugasan. Begitu juga kes penangguhan semester.

Di sinilah peranan ibu bapa atau penjaga diperlukan. Pelajar tidak boleh dibiarkan lalai. Ahli keluarga perlu ambil tahu jadual pembelajaran mereka. Mereka boleh berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti untuk mendapatkan bantuan, pandangan dan kaunseling. Pensyarah juga boleh dihubungi bagi berbincang tentang masalah pembelajaran pelajar.

Di samping itu, rakan boleh memainkan peranan dengan saling bertanya khabar jika dilihat kurang penglibatan ketika kelas online. Pemantauan di media sosial boleh dijadikan sebagai medium mengesan tanda awal kemurungan dalam kalangan rakan.

Ini bukanlah masa untuk menuding jari. Bersamalah kita bergandingan membantu generasi pembelajaran di era Covid-19 yang penuh dengan cabaran.

NUR ANIZA MOHD. LAZIM dan ANDRIALIS ABDUL RAHMAN, Jabatan Fotomedia Kreatif, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Puncak Alam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/lambakan-assignment-faktor-utama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Ini Tenang Ditvduh Ac4h Jadi Mk K Clique Mana Ada Saya Try Hard Dah Memang Muka Macam Ni

Pelajar Ini Tenang Ditvduh Ac4h Jadi Mk K Clique Mana Ada Saya Try Hard Dah Memang Muka Macam Ni

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 580 hits
SEKADAR menghasilkan video secara suka suka pelajar ini sama sekali tak menyangka namanya akan menjadi perhatian ramai Menurut Mohamad Hilmi Mohd Ishak 22 dia membaca segala komen yang ditinggalkan dan menerimanya dengan hati yang terbuka I...
Pelajar Uitm Ini Balik Ranau Dan Dedah Asal Usul Keluarga Menoreh Getah Jadi Kemestian Tapi Kenapa Ada Yang Tak Percaya

Pelajar Uitm Ini Balik Ranau Dan Dedah Asal Usul Keluarga Menoreh Getah Jadi Kemestian Tapi Kenapa Ada Yang Tak Percaya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 413 hits
Cassey bersyukur dengan segala pengalaman masa lalu biarpun mengakui ia bukanlah satu kehidupan yang mudah VIDEO memaparkan seorang gadis yang sedang menoreh getah meraih hampir 300 000 tontonan di aplikasi TikTok Selain memuji rupa paras s...
15 Termasuk Pelajar Dicekup Berpesta Dadah

15 Termasuk Pelajar Dicekup Berpesta Dadah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 156 hits
Suspek yang ditahan berpesta di kondominium mewah di Seksyen 7 Shah Alam awal pagi tadi SHAH ALAM Keseronokan 15 individu termasuk pelajar dipercayai berpesta dadah hampir lima jam berakhir apabila dicekup dalam kejadian di sebuah kondomini...
Vaksinasi Covid 19 Untuk Pelajar Di Kabupaten Tangerang Tembus 20 Ribu

Vaksinasi Covid 19 Untuk Pelajar Di Kabupaten Tangerang Tembus 20 Ribu

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 257 hits
Pemerintah Kabupaten Tangerang telah melakukan vaksinasi terhadap 20 ribu lebih warga usia 12 tahun ke atas Mereka divaksin di sekolah sekolah yang tersebar di wilayah tersebut
Pelajar Cari Liputan Internet Maut Dilanggar Lari

Pelajar Cari Liputan Internet Maut Dilanggar Lari

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 185 hits
The ReporterSeorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti Ketika kejadian kedua dua pelajar terbabit sedang mencari liputan internet di ...
Pelajar Indonesia Raih Medali Emas Bidang Poster Pada Festival Seni Internasional

Pelajar Indonesia Raih Medali Emas Bidang Poster Pada Festival Seni Internasional

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 240 hits
Pelajar Indonesia Naisyilla Nurina Rahmawati meraih medali emas untuk bidang poster pada International High Schools Arts Festival ke 22 Ajang ini diselenggarakan International Foundation for Arts and Culture secara daring di Tokyo Jepang pa...
Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 263 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini Bagi beliau pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tida...
153 Pelajar Di Kudat Terima Komputer Riba Sempena Program Baik

153 Pelajar Di Kudat Terima Komputer Riba Sempena Program Baik

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 222 hits
BANTUAN Hajiji menyampaikan komputer riba kepada Muhd Azman di Kampung Landung Ayang Kudat KUDAT Seramai 513 pelajar kurang berkemampuan dari beberapa sekolah di daerah ini kini boleh menarik nafas lega selepas terpilih untuk menerima kompu...
Pelajar Perlu Divaksin Sebelum Sesi Persekolahan Dibuka

Pelajar Perlu Divaksin Sebelum Sesi Persekolahan Dibuka

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 319 hits
Pelajar perlu divaksin sebelum sekolah dibuka Rina Harun Pastikan pelajar 12 17 tahun divaksin sebelum dibenar ke sekolah Rina PUTRAJAYA Pelajar khususnya yang berumur 12 hingga 17 tahun perlu divaksin sebelum sesi persekolahan dijadual dib...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa