Pelajar Perlu Divaksin Sebelum Sesi Persekolahan Dibuka


Pelajar perlu divaksin sebelum sekolah dibuka - Rina Harun
Pastikan pelajar 12-17 tahun divaksin sebelum dibenar ke sekolah – Rina

PUTRAJAYA: Pelajar khususnya yang berumur 12 hingga 17 tahun perlu divaksin sebelum sesi persekolahan dijadual dibuka pada 1 September ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun.

Beliau berkata saranan itu sejajar dengan peningkatan jumlah kes dan penularan Covid-19 ketika ini, yang tidak mengenal mangsa termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah, justeru beliau berharap pihak berwajib dapat melaksanakan proses vaksinasi tersebut secepat mungkin.

“Mereka tidak terkecuali daripada Covid-19. Harap selepas selesai golongan dewasa mendapat vaksin, giliran kanak-kanak pula khasnya berumur 12 hingga 17 tahun. Saya harap perkara ini akan diputuskan dan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) secara berperingkat, mengikut nasihat pakar.

“Harus kita ingat, kanak-kanak dalam kumpulan ini masih bersekolah. Jadi diharap mereka dapat diberi vaksin sebelum atau ketika sekolah dibuka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan,” katanya selepas melawat Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, kira-kira 45 kilometer dari Ipoh hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan, kerajaan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun mulai 15 September ini.

RINA Mohd. Harun (tengah) ketika sidang akhbar akhbar hari ini. Menyentuh perkara sama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, vaksinasi itu akan dimulakan mengikut keutamaan iaitu remaja yang mempunyai masalah kronik diikuti tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

Pada 17 Julai lepas, Kementerian Pendidikan membuat ketetapan bahawa, sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka mulai 1 September ini.

Dalam pada itu, Rina berharap ibu hamil dengan kandungan 14 hingga 33 minggu, akan terus diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara.

“Bukan sahaja ibu, tetapi suami dan ahli keluarga perlu memainkan peranan penting, kerana ini kebaikan untuk semua termasuk anak dalam kandungan. Saya difahamkan, hampir 60 peratus daripada 150,000 ibu hamil telah mendaftar dan mendapatkan vaksin,” katanya.

Mengenai program hari ini, beliau berkata pihak kementerian telah menyumbangkan RM494,400 kepada badan bukan kerajaan, Pertubuhan Restu Amal Jasa Malaysia dalam memastikan pelaksanaan Projek Rintis Penyumberan Luar (ASD) di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, berjaya direalisasikan.

Katanya program julung kali diadakan ini merupakan kerjasama strategik antara kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dalam memfokuskan strategi baharu serta perkongsian amalan terbaik bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, khususnya membabitkan warga emas.

“Projek rintis ini di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di mana dari segi pengoperasian pihak kerajaan menyediakan fasiliti dari sudut infrastruktur, manakala dalam soal kakitangan, modul, penjagaan, operasi harian, pembangunan modal insan, ia diuruskan oleh NGO ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga berharap program yang akan dijalankan selama enam bulan bermula September depan itu, dapat meningkatkan kualiti dan perkhidmatan penjagaan terhadap 103 warga emas yang berada di institusi berkenaan.

“Kita akan lihat keberkesanan projek ini. Jika berjaya dan bertepatan dengan matlamat asal ASD diadakan, maka kita akan perluaskan di rumah seri kenangan ataupun di institusi lain di negara ini,” katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/pelajar-perlu-divaksin-sebelum-sesi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Semula Sesi Persekolahan Adalah Pada 3 Oktober 2021 Secara Berperingkat Dr Radzi Jidin

Pembukaan Semula Sesi Persekolahan Adalah Pada 3 Oktober 2021 Secara Berperingkat Dr Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 374 hits
Melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Negara Dr Radzi Jidin sebentar tadi pembukaan semula sesi persekolahan dilewatkan sedikit iaitu pada 3 Oktober 2021 secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan Sebelum ini KPM ...
Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

Jangan Buka Sekolah Sehingga Capai Imuniti Kelompok Pelajar Belum Divaksin Prabakaran

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 348 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran mempersoalkan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional yang ingin membuka semula sesi persekolah pada September ini Bagi beliau pembukaan semula sekolah akan mengundang padah yang buruk kerana para pelajar tida...
10 Sebab Mengapa Pembukaan Sesi Persekolahan Wajar Ditunda

10 Sebab Mengapa Pembukaan Sesi Persekolahan Wajar Ditunda

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 366 hits
10 sebab mengapa pembukaan sesi persekolahan wajar ditunda Lebih lima juta pelajar berdepan pelbagai risiko Covid 19 jika kerajaan nekad meneruskan pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran bersemuka ...
Kes Makin Meningkat Sesi Persekolahan September Ini Wajar Ditangguh Iguru

Kes Makin Meningkat Sesi Persekolahan September Ini Wajar Ditangguh Iguru

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 205 hits
Rangka pelan dan agenda jelas jika PdPR dilanjutkan ke hujung tahun BANGI Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan mengkaji semula pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada 1 September ini Gesaan itu dibuat e...
Harga Katak Politik Cecah Rm32 Juta Sebelum Parlimen Dibuka September Sindir Zahid

Harga Katak Politik Cecah Rm32 Juta Sebelum Parlimen Dibuka September Sindir Zahid

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 350 hits
Harga diri dan maruah Ahli Parlimen jadi taruhan dalam usaha mengumpul sokongan sekurang kurangnya 111 Ahli Parlimen menjelang undi percaya di Parlimen pada September ini PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi secara sinis berkongsi harga katak p...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 388 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Mahfud Md Sebelum Memutuskan Sebuah Kebijakan Semua Berdasar Masukan Masyarakat

Mahfud Md Sebelum Memutuskan Sebuah Kebijakan Semua Berdasar Masukan Masyarakat

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 375 hits
Mahfud mempertegas pemerintah tidak pernah melarang kritik Menurut dia yang dilarang adalah tindakan kriminal
Perusahaan Transportasi Jakarta Ikuti Tips Ini Sebelum Menyewa Mobil

Perusahaan Transportasi Jakarta Ikuti Tips Ini Sebelum Menyewa Mobil

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 323 hits
Mobil merupakan transportasi darat dengan mobilitas yang sangat tinggi di Ibukota Mobil dipilih lantaran mampu menampung penumpang dengan jumlah yang banyak dalam sekali perjalanan Tak heran jika sangat mudah untuk menemukan perusahaan tran...
7 Tips Dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka

7 Tips Dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 901 hits
7 Tips dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka7 Tips dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka Mask lumpur membantu menghilangkan kotoran yang ada pada pori kulit muka Tapi cara pakai clay mask tu betul ke Jom sema...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

The Profound Benefits Of Reading Books

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Keagungan Seni Kayu Patung Hidup Sumo Oleh Yasumuto Kamehachi

Fahamkan Separuh Masa Memahami Konsep Dan Kepentingannya Dalam Pengurusan Masa

Exchanger Berlesen Malaysia Kenapa Lesen Audit Penting Dalam Pelaburan Crypto

Hampir Makan Diri Pemain Bola Sepak Zambia Nyaris Patah Leher Rai Jaringan

Kelantan Guru Bujang Didakwa 11 Pertuduhan Luar Tabii Sentuh 9 Murid Lelaki