Mn Makin Rapuh Pas Terus Main Tarik Tali Mat Taib


 



February 20, 2021 UMNO perlu bersiap sedia untuk bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya Pas berterusan bermain tarik tali dalam memuktamadkan kerjasama Muafakat Nasional (MN).
Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau melihat Pas sukar memberikan komitmen menjayakan koalisi MN yang turut disertai UMNO kerana parti itu lebih memikirkan kepentingan semasa berbanding kepentingan masa hadapan.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin Pas sebenarnya menyedari manfaat besar yang akan tercapai sekiranya koalisi MN dijayakan, namun mereka seolah-olah tidak memikirkan kepentingan jangka masa panjang iaitu PRU15.
“Daripada awal, Pas dapat melihat kejayaan dicapai MN termasuk menang beberapa pilihan raya kecil (PRK) berturut-turut.
“Kalau Pas-UMNO memuktamadkan kerjasama politik, gabungan MN akan membentuk pakatan bersama paling kuat dalam sejarah.
“Bagi saya, situasi Pas dalam MN diibaratkan ‘kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih’,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Muhamad Khir Toyo yang mendakwa koalisi MN kini di ambang ‘perceraian’.
Terkini, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Pas menyatakan pendirian sama ada mahu terus bersama MN atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15.
Muhammad yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata, di sebalik kesukaran Pas memuktamadkan kerjasama dengan UMNO, beliau berpandangan pucuk kepimpinan UMNO masih beranggapan MN wujud.
Menurutnya, UMNO masih menunggu jawapan Pas sehingga tibanya PRU15 kerana parti itu sedar koalisi MN adalah satu kekuatan besar yang harus direalisasikan.
“Dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya, pemimpin Pas sendiri pun tahu formula terbaik mengenainya.
“Mereka tahu antara UMNO dan PN, siapa yang lebih kuat, mempunyai akar umbi dan jentera kukuh.
“Saya nasihatkan Pas jangan benda senang hendak dijadikan susah kerana yang rugi nanti adalah parti-parti Melayu sendiri,” katanya.

Antara keputusan PRK dimenangi gabungan BN-Pas
PRK Parlimen Cameron Highlands
Ramli Mohd Nor (BN) 12,038
Manogaran Marimuthu (PH-DAP) 8,800
Salehuddin Haji Abdul Talib (Bebas) 314
Wong Seng Yee (Bebas) 276
PRK DUN Semenyih
Zakaria Hanafi (BN) 19,780
Muhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu) 17,866
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) 847
Kuan Chee Heng (Bebas) 725
PRK DUN Rantau
Mohamad Haji Hasan (BN) 10,397
Dr Streram Sinnasamy (PH-PKR) 5,887
Malar Rajaram (83)
Mohd Nor Yassin (79)
PRK Parlimen Tanjong Piai
Dato’ Wee Jeck Seng (BN-MCA) 25,486
Karmaine Sardini (PH-Bersatu) 10,380
Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707
Prof Dato Ir Hj Badrulamin (Berjasa) 850
Ang Chuan Lock (Bebas) 380
Farah Aryani (Bebas) 32
PRK Kimanis
Datuk Mohamad Alamin (BN) 12,706
Datuk Karim Bujang (Warisan) 10,677






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/mn-makin-rapuh-pas-terus-main-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khaled Tempelak Annuar Musa Cuba Main Tarik Tali Dengan Umno

Khaled Tempelak Annuar Musa Cuba Main Tarik Tali Dengan Umno

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 283 hits
February 9 2021 Saya merujuk kepada penyataan tekad Anuar Musa yang menyatakan dia tidak akan mengalah dengan pendiriannya bahawa Umno perlu bekerjasama dengan semua parti Melayu sekali pun jika dipecat parti Alasan Annuar kerana dia percay...
Pesanan Mat Taib Pada Pas

Pesanan Mat Taib Pada Pas

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 325 hits
Malaysiakini Dilihat gagal memberikan komitmen penuh kepada Muafakat Nasional seorang veteran Umno menasihatkan PAS agar berfikir dengan mendalam dan tidak menyukarkan keadaan Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhd Taib berkata PAS kelihata...
Mat Sabu Nafi Dakwaan Hadi Rundingan Pas Umno Selepas Amanah Ditubuhkan

Mat Sabu Nafi Dakwaan Hadi Rundingan Pas Umno Selepas Amanah Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 325 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menafikan dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya rundingan kerjasama Pas dengan Umno berlaku selepas penubuhan AMANAH Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata AMANAH ditubuhkan selepa...
Pas Tak Rugi Main Dua Kolam Anak Pj Pas Sekolahkan Pengerusi Umno

Pas Tak Rugi Main Dua Kolam Anak Pj Pas Sekolahkan Pengerusi Umno

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 336 hits
Susulan kenyataan Pengerusi Umno Perak Datuk Saarani Mohamad yang membidas Pas sebagai sebuah parti yang rugi apabila main dua kolam anak Pesuruhjaya Pas Perak Muhammad Rif aat Razman tampil menyekolahkan Menteri Besar Perak itu Menurut ana...
Pas Nafi Ambil Kesempatan Bila Main Dua Kolam

Pas Nafi Ambil Kesempatan Bila Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 257 hits
February 18 2021 Pas menafikan cuba mengambil kesempatan bagi mendapatkan kuota pembahagian kerusi apabila kekal dalam dua gabungan parti politik iaitu Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi...
Khabar Angin Masih Khabar Angin Tapi Makin Ramai Pemimpin Pas Nafi

Khabar Angin Masih Khabar Angin Tapi Makin Ramai Pemimpin Pas Nafi

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 387 hits
N Faizal Ghazali Lagi pemimpin kanan PAS tampil menafikan wujud gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah dakwaan itu mula bermain di media sosial sejak minggu lalu Walaupun masih tiada bukti konkrit dikemukakan buat m...
Bukan Setakat Tampal Banyak Kelebihan Main Sticker Pelbagaikan Kreativiti Macam Ni Baru Anak Makin Bijak

Bukan Setakat Tampal Banyak Kelebihan Main Sticker Pelbagaikan Kreativiti Macam Ni Baru Anak Makin Bijak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 591 hits
Selain membelikan anak mainan jangan lupa memberikan anak mainan yang dapat menguji minda mereka Salah satu aktviti yang dapat menguji kemahiran motor halus anak adalah bermain dengan sticker Bukan hanya menampal bahkan aktiviti semacam ini...
Annuar Nafi Kerjasama Umno Bersatu Dan Pas Rapuh

Annuar Nafi Kerjasama Umno Bersatu Dan Pas Rapuh

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 453 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menyanggah ramalan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kerjasama antara Umno PAS dan Bersatu sebagai rapuh dan akan terurai semasa pilihan raya umum akan datang Kata Annuar mema...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah

Zambry Kadir Bagi Hint Rombakan Kabinet Tak Lama Lagi Masa Saya Pun Hampir Tamat