Laluan Kerjaya Jurusan Kewangan


Apakah peluang atau laluan kerjaya yang boleh diterokai oleh graduan lepasan universiti dalam jurusan Kewangan?
 
Sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang memberikan prioriti kepada pemohon yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kewangan.
 
Sebelum kita lihat kepada senarai kerja yang boleh dimohon, apa kata fikirkan dulu apa jawapan bagi persoalan, kenapa anda memilih untuk mengambil jurusan kewangan?

Boleh jadi anda mungkin tertarik dengan topik seperti membina kekayaan melalui pelbagai instrumen pelaburan atau anda mungkin pernah dengar atau terbaca dari mana-mana sumber, yang menyebutkan, mempunyai ijazah dalam bidang kewangan ini mempunyai peluang kerjaya yang agak luas.
 
Perkongsian pada kali ini, kita cuba bincangkan tentang peluang kerjaya yang boleh diterokai oleh pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang ini.
 
Dibawah ini adalah beberapa contoh peluang kerja yang boleh dimohon oleh lulusan kewangan. Ada beberapa contoh peluang kerja, saya turut sertakan iklan kerja kosong yang saya temui dari portal carian kerja maukerja.my dan juga jobstreet.
 
Jadi, sila teruskan pembacaan jika anda berminat untuk mendapatkan sedikit idea, mengenai peluang kerja yang terbuka untuk anda sekiranya anda mengambil jurusan pengurusan kewangan atau finance.

 
(1) Financial Analyst Kalau dalam bahasa Melayu, kita panggil kerjaya ini sebagai penganalisis kewangan.
 
Seorang financial analyst bertanggungjawab untuk membuat analisis terhadap kedudukan kewangan beserta tahap kesihatan sesebuah organisasi dan akan menyediakan rekomendasi tentang bagaimana cara untuk memperbaiki kedudukan dan prestasi kewangan.
 
Mereka akan membuat analisa terhadap data-data berkaitan dengan aspek kewangan, menyediakan laporan dan akan membuat keputusan sama ada berkaitan dengan pelaburan atau pengurusan syarikat berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan.
 
Pada waktu catatan ini saya tulis, saya ada temui iklan kerja kosong bagi jawatan financil analyst di portal carian kerja Maukerja.my

Gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM10,000 – RM12,000 sebulan.
 
Dekat portal yang sama, sebenarnya ada banyak lagi syarikat yang mengiklankan kerja kosong untuk jawatan yang sama, namun mereka tidak mendedahkan berapa gaji yang ditawarkan.
 
(2) Investment Banking Analyst Investment banking analyst bekerja dengan institusi kewangan untuk membantu dalam urusan penggabungan dan pengambilalihan (merger and acquisitions), penerbitan saham tawaran awam permulaan (initial public offering)  dan lain-lain berkaitan dengan transaksi kewangan.
 
Bidang kerja mereka ini juga sebenarnya lebih meluas.
 
Mereka ini juga akan terlibat dalam membuat penyelidikan dan analisis yang lebih terperinci terhadap peluang pelaburan, termasuk pelaburan dalam stok, bon, hartanah, private equity dan lain-lain kelas aset.
 
Seterusnya mereka akan menggunakan model kewangan tertentu untuk membuat penilaian dari segi risiko, potensi pulangan dan keseluruhan pelaburan.
 
Ini pula adalah salah satu iklan kerja kosong yang saya temui di portal Jobstreet.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerja ini, bolehlah buat carian melalui portal Jobstreet ya.
 
(3) Financial Planner/Advisor Nama lainnya ialah Perancang Kewangan atau Penasihat Kewangan.
 
Seorang yang bekerja sebagai penasihat kewangan ini biasanya akan bekerja secara rapat dengan individu, keluarga atau syarikat bagi memberi nasihat berkenaan dengan aspek pengurusan kewangan.
 
Biasanya perkara yang akan menjadi topik adalah
i. Perlindungan kewangan melalui instrumen takaful atau insurans
ii. Merangka pelan pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang
iii. Pelan dan dana persaraan
iv. Pengurusan cukai
v. Wasiat
 
Seorang penasihat kewangan ini akan bekerja dengan syarikat, firma atau agensi kewangan. Pada masa yang sama, ada juga yang bergerak secara perseorangan.
 
Individu yang ingin menjadi penasihat kewangan kebiasaanya akan bermula sebagai
i. Ejen insuran atau takaful
ii. Ejen unit trust
iii. Ejen pelaburan emas
 
Kemudian apabila mereka mula mendapat rentak barulah akan mula mengambil peperiksaan berkaitan dan lesen tertentu untuk peringkat yang seterusnya.
 
(4) Risk Analyst Seorang Penganalisis Risiko akan membuat penilaian dan menguruskan risiko berkaitan dengan kewangan dalam sesebuah organisasi atau syarikat.
 
Mereka akan membuat kajian dan akan mengenalpasti apakah perkara-perkara yang boleh dikenalipasti akan memberikan risiko dan seterrusnya dia akan merangka strategi bagi menguruskan risiko tersebut, sebelum ianya benar-benar terjadi.
 
Ini bermakna, sebelum syarikat mengambil apa-apa langkah melibatkan kewangan, segala aspek risiko perlulah dianalisa terlebih dahulu.

Kalau risiko dah berlaku, baru nak cari jalan macam mana nak uruskan, ianya agak terlewat.
 
Maka disini seorang risk analyst perlu memainkan peranan dengan sangat cekap.
 
Seorang yang ingin bekerja sebagai risk analyst perlu mempunyai skil dan kemahiran yang baik dalam bab matematik juga.
 
(5) Corporate Finance Professional Pegawai yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan kewangan korporat mengawal selia aktiviti berkaitan dengan kewangan.
 
Peranan yang akan dimainkan adalah berkaitan dengan membuat perancangan kewangan, menyediakan belanjawan, membuat keputusan berkaitan pelaburan dan menyediakan peruntukkan modal untuk operasi.
 
Salah satu subjek yang perlu diambil oleh pelajar jurusan finance adalah subjek corporate finance.
 
Jika anda baca buku teks ini dari mula sampai habis, sepatutnya anda fahamlah apa dia bidang tugas dalam bidang ini.
 
(6) Pegawai Bank Atau biasa disebut dengan istilah banker.
 
Seorang pegawai bank akan berurusan dengan individu dan juga syarikat yang memerlukan bantuan dari segi kewangan.
 
Pegawai bank akan membuat penilaian terhadap kelayakkan kredit, menawarkan pinjaman, talian kredit (credit line) dan menyediakan penyelesaian pengurusan tunai.
 
(7) Credit Analyst Credit analyst akan membuat penilaian terhadap kelayakkan kredit seseorang ataupun sesebuah perniagaan sekiranya mereka ingin membuat pinjaman.
 
Tanggungjawab mereka ini adalah untuk menilai risiko, menentukan syarat pinjaman, dan membuat cadangan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman.
 
(8) Real Estate Analyst Penganalisis hartanah akan menilai peluang dan potensi pelaburan yang boleh diperolehi dalam hartanah, sama ada hartanah kediaman dan komersial.

Mereka akan membuat analisis terhadap arah pergerakkan pasaran dan faktor yang boleh menaikkan nilai hartanah dikawasan tersebut.
 
Berdasarkan kepada analisa yang dijalankan, mereka akan membuat cadangan yang bersesuaian.
 
(9) Insurance Underwriter Individu yang mempunyai latar belakang kewangan juga boleh mengintai peluang untuk membina kerjaya dalam syarikat insurans atau takaful.
 
Dekat Malaysia ada banyak bank.
Pada masa yang sama, syarikat insurans dan takaful juga ada banyak!
 
Salah satu jawatan yang boleh dipertimbangkan adalah sebagai underwriter. Seorang underwriter akan membuat penilaian terhadap permohonan insurans bagi individu dan akan menentukan terma perlindungan dan juga harga premium.
 
Mereka bertanggungjawab untuk membuat penilaian terhadap faktor risiko individu pemohon dan akan menetapkan bayaran premium yang berpadanan dengan risiko yang dibawa bersamanya.
 
(10) Actuary Dikenali juga dengan istilah aktuari dalam bahasa Melayu.
 
Seorang aktuari adalah merupakan individu yang menilai risiko berkaitan dengan industri insurans, takaful dan juga berkaitan dengan dana persaraan.
 
Mereka menggunakan statistik dan model matematik bagi mengenalpasti kadar harga premium, nilai perlindungan dan juga strategi dalam menguruskan risiko yang terlibat.
 
(11) Financial Compliance Officer Compliane officer atau pegawai pematuhan bertanggungjawab dalam memastikan organisasi sentiasa mengikuti peraturan dan undang-undang berkaitan dengan kewangan.
 
Jika syarikat dimana anda bekerja adalah merupakan syarikat induk yang mempunyai banyak franchise, anda juga berperanan untuk memastikan setiap franchise mematuhi prosedur, peraturan dan undang-undang yang berkaitan supaya tidak timbul sebarang masalah dikemudian hari.
 
(12) Wartawan Segmen Kewangan Sesetengah stesen televisyen mempunyai segmen perniagaan dan berita-berita berkaitan dengan pasaran kewangan.
 
Individu yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kewangan yang meminati bidang kewartawanan mungkin boleh pertimbangkan untuk menyertai stesen TV.
 
Sebagai wartawan, fokus anda adalah membuat laporan berita tentang analisis kewangan dan berita berkaitan dengan dunia pelaburan serta perniagaan.
 
(13) Polis Ambil jurusan kewangan, lepas tu jadi polis, sesuai ke?
 
Pihak polis juga ada jabatan yang peranannya untuk menyiasat jenayah berkaitan dengan kewangan.
 
Diluar sana terdapat kegiatan jenayah yang berkaitan dengan kewangan seperti penipuan, penggubahan wang haram dan juga penyelewengan. Bagi membantu pihak polis membuat siasatan dengan terperinci, kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan kewangan adalah sangat penting.
 
Mereka membantu menganalisis rekod kewangan, menjejaki transaksi haram, dan memberikan keterangan selaku seorang yang ada kepakaran di mahkamah.
 
(14) Pensyarah Bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjadi tenaga pengajar, mungkin boleh teruskan untuk bina kerjaya sebagai pensyarah.
 
Selepas anda berjaya dapatkan ijazah sarjana muda dalam jurusan kewangan, anda boleh sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada master atau sehingga ke PhD.
 
(15) Personal Finance Blogger/Youtuber/Tiktoker/Influencer Sama ada anda bakal menggunakan platform
i. Blog
ii. Youtube
iii. Tiktok
iv. Akaun media sosial
 
Atau kombinasi bagi beberapa buah platfrom sekaligus, semuanya ini terpulang kepada anda.
 
Apa yang penting adalah cara anda menghasilkan konten dan mesej yang anda ingin sampaikan itu boleh sampai kepada golongan yang anda sasarkan.
 
Pada asasnya, kita ingin berikan kesedaran dan pendidikan berkaitan dengan aspek pengurusan kewangan yang berhemah kepada golongan yang kita sasarkan.
 

Persoalannya, dari mana datangnya sumber pendapatan kita, kalau kita fokus kepada kaedah ini.
 
Jangan risau, sebabnya jika anda lakukan dengan betul, ada beberapa cara yang boleh anda gunakan bagi memperolehi pendapatan.
 
Saya senaraikan beberapa cara untuk anda.
 
(1) Program pengiklanan
Platform seperti blog, Youtube dan akaun media sosial sebenarnya memang ada membuka ruang untuk para pencipta kandungan untuk menghasilkan pendapatan melalui konten yang disiarkan.
 
Sebagai contoh, untuk pemilik platform blog, anda boleh buat duit melalui program pengiklanan Google Adsense.

Jika anda menggunakan platform perkongsian video seperti Youtube, disana juga terdapat program pengiklanan yang anda boleh sertai.
 
Selain itu, untuk pengguna media sosial twitter atau X, diplatform tersebut juga ada program pengiklanan yang anda boleh sertai.
 
(2) Program Affiliate
Selain dari menjana pendapatan melalui kerja-kerja penyiaran iklan, anda juga boleh buat duit melalui program affiliate.
 
Sebenarnya diluar sana terdapat banyak juga program affiliate dalam niche kewangan.
 
Dibawah ini adalah antara senarai yang anda boleh promosikan jika menyertai program affiliate anjuran syarikat Involve Asia.

Kadar komisen adalah berbeza-beza mengikut produk kewangan yang berjaya anda jual.
 
Produk-produk kewangan ini juga ditawarkan oleh syarikat dan institusi kewangan yang mempunyai reputasi yang terkenal, jadi anda tak perlu risau untuk promosikan.
 
Ada yang berikan komisen sehingga RM105, RM70, RM56, RM21 dan sebagainya.
 
Selain dari program affiliate yang dianjurkan oleh pihak Involve Asia, anda juga boleh sertai Program Affiliate FWD Takaful Berhad.

FWD Takaful Berhad ini menawarkan polisi takaful keluarga.
Anda boleh ke pautan ini untuk daftar sebagai ejen secara percuma.
 
Kalau anda adalah seorang penasihat kewangan, anda juga boleh menggunakan pendekatan pemasaran sebagai seorang blogger, youtuber dan sebagainya.
 
(16) Usahawan Bila anda mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kewangan, tak semestinya anda mesti nak kerja dengan orang.
 
Malahan, kalau anda mempunyai jiwa seorang usahawan, anda boleh memilih jalan sebagai seorang pemilik perniagaan.
 
Secara peribadi, saya kurang setuju jika anda ingin terus jadi usahawan.
 
Saya lebih syorkan anda untuk bekerja dengan majikan dan dapatkan dulu pengalaman, mungkin untuk tempoh 5 – 10 tahun, kemudian barulah memulakan perniagaan anda sendiri.
 
Setidak-tidaknya nanti kalau perniagaan yang anda usahakan itu, tak berjaya, anda boleh kembali ke dunia pekerjaan dan bekerja dengan majikan semula.
 
Penutup Apa yang kita bincangkan disini adalah sebahagian daripada laluan kerjaya yang boleh difokuskan oleh para pelajar yang mengambil jurusan kewangan (finance).
 
Tapi senaraian ini hanyalah sebagai rujukan untuk memberikan anda idea, kerjaya yang bagaimana yang anda ingin fokuskan nanti.
 
Walaubagaimanapun, untuk pelajar jurusan kewangan ini, bukanlah sesuatu yang pelik jika anda lari dari bidang yang anda belajar. Mungkin satu hari nanti, anda dapati yang anda lebih selesa untuk berada dalam bidang pemasaran, pengurusan khidmat pelanggan dan sebagainya.
 
Kalau anda perasan, ada banyak kerjaya yang memerlukan anda untuk menjadi seorang yang analitikal dan membuat analisis, sama ada analisis terhadap pasaran, pelaburan, hartanah, kedudukan kewangan syarikat, dan sebagainya.
 
Bagi sesetengah orang, kerja-kerja seumpama ini mungkin sedikit membosankan, kerana kita perlu bekerja dengan nombor.

Adakalanya, untuk syarikat yang bersaiz agak kecil dan sederhana, fungsi dan peranan oleh individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan bab kewangan itu menjadi lebih luas, dan segala aspek berkaitan dengan keputusan kewangan adalah dibawah tanggungjawab orang yang sama.
 
Bercakap dari sudut laluan kerjaya ini, saya berpendapat sebenarnya setiap orang ada laluan yang berbeza-beza walaupun mengambil jurusan yang sama.
 
Akhirnya, untuk memilih kerjaya yang tepat dengan diri seseorang, semuanya berkait dengan minat, skil, sasaran kerjaya dan kualiti hidup yang ingin dilalui.
 
Walaupun sesuatu peluang kerja itu menawarkan kadar gaji yang lumayan, namun jika ianya tak memberikan anda job satisfaction atau anda kurang gembira dengan kehidupan anda, ia juga bukanlah sesuatu yang baik.
 
 
The post Laluan Kerjaya Jurusan Kewangan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/laluan-kerjaya-jurusan-kewangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Jurusan Yang Sedikit Peminat Tapi Peluang Kerja Besar

6 Jurusan Yang Sedikit Peminat Tapi Peluang Kerja Besar

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 164 hits
Yang masih bingung suatu hari nanti mau kuliah jurusan apa bisa mempertimbangkan ini ya
Peluang Kerjaya Kpm Bulan Oktober Tahun 2023

Peluang Kerjaya Kpm Bulan Oktober Tahun 2023

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 208 hits
Peluang Kerjaya KPM Bulan Oktober Tahun 2023 27 Peluang Kerjaya KPM kini kembali membuka peluang kepada individu yang berminat untuk bersama kementerian yang menguruskan perihal pendidikan Jika anda mencari peluang kerjaya yang menjanjikan ...
Kos Haji 2024 Bantuan Kewangan Th Untuk B40 M40 Dan T20

Kos Haji 2024 Bantuan Kewangan Th Untuk B40 M40 Dan T20

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 361 hits
Tarikh Surat Tawaran Haji Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1444H 2023 Anggaran Kos Bagi 2024 Lembaga Tabung Haji menganggarkan kenaikan kos menunaikan ibadah haji hingga 11 peratus bagi musim 1445H 2024M Pengerusinya Tan Sri A...
5 Tabiat Yang Dapat Membantu Kita Mencapai Kebebasan Kewangan

5 Tabiat Yang Dapat Membantu Kita Mencapai Kebebasan Kewangan

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 218 hits
Bayangkan tidak bimbang tentang bagaimana untuk memenuhi keperluan hidup lagi Ya itulah cara paling mudah untuk menerangkan apa itu kebebasan kewangan Takrif kebebasan kewangan boleh menjadi sangat subjektif bergantung pada keperluan dan ma...
Ucapan Terima Kasih Buat Warga Kementeeian Kewangan

Ucapan Terima Kasih Buat Warga Kementeeian Kewangan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 269 hits
Dalam ucapan ketika perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan pagi tadi saya mengungkapkan hasrat kepada penjawat awam agar membantu menjelaskan kepada rakyat mengenai inisiatif inisiatif Belanjawan 2024 Usaha usaha dalam Belanjawan 20...
Kerjaya Di Kementerian Pengangkutan Malaysia Yang Boleh Dimohon Sehingga 18 Oktober 2023

Kerjaya Di Kementerian Pengangkutan Malaysia Yang Boleh Dimohon Sehingga 18 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 289 hits
Kerjaya di Kementerian Pengangkutan Malaysia kini membuka pintu untuk anda dalam memohon pelbagai jawatan yang menarik sehingga 18 Oktober 2023 Satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh para graduan dan mereka yang berminat untuk berkhi...
Miliki Pelbagai Bakat Ini 5 Pelakon Lelaki Korea Mula Kerjaya Sebagai Model

Miliki Pelbagai Bakat Ini 5 Pelakon Lelaki Korea Mula Kerjaya Sebagai Model

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 255 hits
Tidak hairan jika pelakon popular Korea sekarang pernah menjadi model suatu ketika dahulu ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon kacak bergaya memulakan karier sebagai model sebelum menjadi artis popular Ahn Jaehyun ...
Johor Saran Laluan Kontra Diaktifkan Atasi Kesesakan Ciq Bsi Kata Mb

Johor Saran Laluan Kontra Diaktifkan Atasi Kesesakan Ciq Bsi Kata Mb

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 221 hits
KERAJAAN Johor menyarankan agar laluan kontra diaktifkan khusus bagi pengembara yang menggunakan laluan pejalan kaki dan pengangkutan awam di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru Menteri Besar O
Pengorbanan Anak Yang Sanggup Tinggalkan Kerjaya Demi Menjaga Seorang Ayah Yang Strok

Pengorbanan Anak Yang Sanggup Tinggalkan Kerjaya Demi Menjaga Seorang Ayah Yang Strok

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 144 hits
Video ini sering kali masuk FYP admin dan setiap kali itulah admin akan lihat video ini sampai habis Ya inilah pengorbanan seorang anak yang terpaksa menjaga ayahnya yang menghidap strok Klip video si anak dari mula mengambil makanan dalam ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur