Lakukan Tummy Time 15 Minit Sehari Bagus Untuk Kuatkan Otot Leher Dan Bahu Bayi


Tertarik melihat celoteh si manja? Mungkin anda tidak memahami apa yang dibebelkan oleh mereka. Sebagai orang dewasa, siapa yang faham maksud ‘ah goo’, kan?
Namun, di sebalik bebelan itu, mata mereka yang melilau ke sana sini jelas menunjukkan bahawa mereka teruja dengan suasana di persekitaran rumah.
Mungkin mereka bermonolog akan perkara yang akan mereka lakukan selepas pandai bergerak sendiri. Jadi, sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh buat untuk membantu si manja anda untuk belajar bergerak dengan lebih cepat?

Aktiviti tummy time boleh dianggap sebagai senaman awal untuk bayi anda. Ia merupakan satu aktiviti di mana bayi akan diletakkan dalam posisi meniarap ketika mereka dalam keadaan terjaga.
Aktiviti ini perlu diawasi oleh ibu bapa memandangkan posisi tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si manja. Reaksi bayi berbeza-beza mengikut usia dan keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan kepala.
Mungkin ada di antara si manja yang menangis teresak-esak dan ada juga yang membebel sendirian ketika diletakkan dalam posisi tersebut.
Walau apa pun, aktiviti ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti:
-Memperkuatkan otot pada bahagian leher dan bahu si manja
-Merangsang perkembangan kemahiran pergerakan kasar (gross motor)
-Mengelakkan terjadinya sindrom kepala rata (flat head syndrome)
-Meningkatkan kekuatan bayi untuk berguling, duduk, merangkak dan berjalan kelak
-Akademi Paediatrik Amerika (AAP) telah menyarankan aktiviti tummy time dibuat sejurus ibu dibenarkan keluar dari hospital. Awal, kan?
Aktiviti ini boleh dilakukan selama 15 minit sehari dan wajib dipantau oleh ibu bapa. Jika ibu nak ke tandas atau ke dapur, pastikan anda mengubah posisi anak kepada keadaan terlentang terlebih dahulu.
Cara melakukan aktiviti tummy time
-bayi tidur
-Tiada cara khusus yang boleh digunakan sebagai panduan untuk melakukan aktiviti tummy time si manja. Anda perlu ingat bahawa tempoh masa dan teknik anda melakukannya bergantung kepada keadaan bayi anda.
Jika mereka menangis setiap kali anda meletakkan mereka dalam posisi meniarap, bahagikan aktiviti tummy time kepada beberapa sesi.
-Masa yang disarankan untuk anda melakukan aktiviti ini adalah setelah si manja bangun daripada tidur
-Tukar lampin mereka dan pastikan keperluan mereka dipenuhi terlebih dahulu
-Pastikan kawasan yang anda ingin gunakan untuk melakukan aktiviti ini selamat. Bentangkan kain pelapik atau tilam dan letakkan bayi anda di atasnya
-Gunakan permainan bagi menggalakkan si manja anda untuk cuba bergerak
-Jika mereka menangis, lakukan aktiviti tummy time ini dalam tempoh masa pendek.
Apabila mereka sudah biasa, tingkatkan jumlah masa dan sesi aktiviti tersebut
Jika posisi meniarap bagus, bolehkah ibu meletakkan bayi dalam posisi tersebut ketika tidur? TIDAK BOLEH. Ini berikutan tidur meniarap merupakan faktor risiko penting berlakunya sindrom bayi mati mengejut (SIDS). Pastikan bayi anda tidur dalam keadaan terlentang.

Tempoh masa bagi aktiviti tummy time ini berbeza mengikut usia dan faktor yang lain.
-Sebelum mencecah 1 bulan: 1 hingga 5 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari
-1 bulan: 10 minit untuk satu sesi, 2 hingga 3 kali sehari
-2 bulan: 20 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa
-3 bulan: 30 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa
-4 bulan: 40 minit sehari. Bahagikan kepada beberapa sesi sehingga mencapai saranan tempoh masa
-5 hingga 6 bulan: Selagi bayi tidak meragam, boleh lakukannya selama 1 jam
Apabila bayi anda mencapai usia 6 bulan, kebiasaannya mereka boleh berguling sendiri kepada posisi meniarap. Walau bagaimanapun, aktiviti tummy time ini masih perlu dipantau oleh ibu bapa.
Walaupun nampak mudah, ia bukanlah satu aktiviti yang boleh dipandang ringan. Dalam keadaan tertentu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti tummy time.
Bagi ibu yang ingin melakukan aktiviti ini terhadap bayi yang belum mencapai usia 1 bulan, boleh letakkan mereka dalam posisi meniarap di atas riba atau dada anda.
Aktiviti ini bukan sahaja boleh membantu meningkatkan perkembangan si manja malah ia juga boleh mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan bayi. Antara perkara yang boleh anda lakukan sewaktu aktiviti ini adalah:
-Baring di sebelah mereka. Bacakan sesuatu untuk mereka, senyum dan buat muka bagi berinteraksi dengan si manja anda
-Bercakap atau nyanyikan lagu untuk mereka
-Ikut ekspresi muka bayi anda
-Berikan permainan yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna bagi merangsang otak mereka
-Tunjukkan cermin plastik kepada mereka. Biar mereka lihat sendiri rupa mereka yang comel itu
Aktiviti tummy time bukan sahaja dapat membantu menguatkan otot bayi bagi perkembangan pergerakan kasar mereka, ia juga boleh mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan bayi.
Walaupun penulis telah memberikan panduan tempoh masa mengikut usia bayi, anda perlu ingat bahawa setiap bayi adalah unik. Mereka mempunyai reaksi yang tersendiri terhadap aktiviti tummy time.
Jika bayi anda meraung apabila diletakkan dalam posisi meniarap, jangan paksa. Angkat mereka dan tunggu sebentar. Ulang semula apabila mereka berada dalam keadaan baik.
Aktiviti ini dapat memberikan pelbagai kebaikan kesihatan kepada bayi anda. Jika anda tidak pernah mencubanya, lakukannya sekarang!
The post Lakukan ‘Tummy Time’ 15 Minit Sehari, Bagus Untuk Kuatkan Otot Leher Dan Bahu Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lakukan-tummy-time-15-minit-sehari-bagus-untuk-kuatkan-otot-leher-dan-bahu-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Beri Bayi Makan Bagi Air Masak 4 Ke 6 Oz Dalam Sehari Lebih Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar

Lepas Beri Bayi Makan Bagi Air Masak 4 Ke 6 Oz Dalam Sehari Lebih Lebih Lagi Makanan Berprotien Yang Ada Beban Osmolar

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 291 hits
Makanan pelengkap ataupun Complementary Feeding adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada pemberian susu ibu atau susu formula Ia adalah penting kerana setelah mencapai satu peringkat susu ibu sahaja tidak memadai u...
Bf Lewat Malam Susu Ibu Banyak Lemak Bagus Untuk Naikkan Berat Bayi

Bf Lewat Malam Susu Ibu Banyak Lemak Bagus Untuk Naikkan Berat Bayi

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 442 hits
Biarlah mengantuk sekalipun bangunlah untuk menyusukan bayi anda pada waktu malam Banyak kelebihan menyusukan anak ketika orang lain sedang nyenyak tidur ni Salah satunya adalah kandungan hormon prolaktin yang tinggi itulah yang menjadi pen...
Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

Terlupa Anak Di Dalam Kereta Bayi 9 Bulan Maut Selepas 4 Jam Terkurung

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 383 hits
Luluh hati seorang bapa apabila bayi yang baru berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota Kuantan tengah hari tadi Bapanya sendiri menemui mangsa di dalam kereta yang ketika itu mahu keluar d...
Bapa Lupa Hantar Ke Taska Bayi Maut 4 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta

Bapa Lupa Hantar Ke Taska Bayi Maut 4 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 327 hits
Malang tidak berbau begitulah ungkapan yang boleh diberikan pada situasi yang tidak akan terjangka akan berlaku dalam seseorang Sama ada kesalahan sendiri ataupun ketentuan takdir perkara yang telah terjadi semuanya telah tertulis sejak aza...
Disunatkan Cukur Rambut Bayi Sampai Botak Ada Rezeki Timbang Sedekahkan

Disunatkan Cukur Rambut Bayi Sampai Botak Ada Rezeki Timbang Sedekahkan

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 580 hits
Ada segelintir ibu bapa apabila menimang cahaya mata rasa sayang nak cukur rambut anak yang lebat sampai botak Alasannya nanti rambut anak lambat tumbuh Sebenarnya jika dikutkan ia sunnah dan seharusnya dicukur Perkongsian dari Puan ini san...
Bayi 9 Bulan Maut Selepas Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta

Bayi 9 Bulan Maut Selepas Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 465 hits
Bayi 9 bulan maut selepas ditinggalkan 4 jam dalam keretaSeorang bayi berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta bapanya di Kompleks Tun Razak Indera Mahkota Kuantan tengah hari tadi Mangsa ditemui oleh bapanya sendiri yang keti...
Kuantan Bayi Sembilan Bulan Maut Bapa Tertinggal Empat Jam Dalam Kereta

Kuantan Bayi Sembilan Bulan Maut Bapa Tertinggal Empat Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 441 hits
Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkat...
Kondisi Kesehatan Bisa Buat Bayi Alami Kondisi Serupa Menstruasi

Kondisi Kesehatan Bisa Buat Bayi Alami Kondisi Serupa Menstruasi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 178 hits
Terdapat kurang lebih lima persen bayi perempuan yang apabila dilahirkan setelah tali pusarnya dipotong maka bayi akan mengalami menstruasi kata Kanadi yang ditemui di Seia Restaurant Jakarta
Viral Guru Gendong Bayi Lewati Jalan Berlumpur Demi Mengajar Di Sekolah

Viral Guru Gendong Bayi Lewati Jalan Berlumpur Demi Mengajar Di Sekolah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 307 hits
Jagat media sosial dihebohkan dengan potret seorang guru yang menggendong bayinya melewati jalan penuh lumpur demi mengajar di sekolah Potret perjuangan guru itu mendadak viral dan menjadi sorotan publik Sejumlah foto perjuangan guru itu di...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut