Lakukan Tabayyun Selidik Kebenaran



 Awas! Jangan mudah percaya berita yang diterima melalui media sosial. Mungkin anda menerima pesanan dalam media sosial yang meminta agar diteruskan pula kandungan itu kepada kawan-kawan, sedangkan anda tidak pasti akan kebenaran kandungan berita itu.
Penyebaran berita melalui media sosial kini menjadi pilihan banyak pihak yang mengambil kesempatan perkhidmatan yang dianggap murah, cepat, meluas dan mudah. Golongan yang menggunakan telefon pintar dan gajet lain tidak terhad kepada orang dewasa sahaja, bahkan remaja dan pelajar turut terdedah dengan kemudahan teknologi komunikasi pilihan ramai itu.
Penyebaran berita melalui media sosial mudah mendapat perhatian kerana capaiannya meluas. Berita itu mudah dibaca dan jika perlu, terus disebarkan kepada penerima lain. 

Kelebihan ini sering disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita berbaur fitnah, perkauman dan menyentuh sensitiviti agama. Berita seumpama itu mudah mendapat perhatian orang ramai untuk disebarkan kepada penerima lain.
 

Justeru, amat perlu melakukan tabayyun apabila menerima berita dan sebelum menyebarkan sesuatu berita.
 

Tabayyun merupakan perkataan berasal daripada bahasa Arab bermaksud         
menyemak asas kebenarannya. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan terlebih dahulu kebenarannya dan ketepatan maklumat bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti fitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan.
 

Perintah untuk “tabayyun” merupakan perintah yang sangat penting agar kita dapat mengelakkan dari berprasangka.
 

Imam al-Syaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Lihat Fath al-Qadir, 5/65)
 

Allah SWT memerintahkan supaya menyelidik serta mendapat kebenaran berita yang disampaikan seseorang. Ini kerana bagi mengelak daripada terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku.
 

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 12)
 

Ibn Jarir berkata: Hendaklah kamu tabayyun dengan makna tangguh seketika maklumat atau berita yang sampai kepada kamu sehingga kamu makrifah dan yakin akan kebenarannnya. Jangan sekali-kali kamu gelojoh untuk menerimanya. (Lihat Jami' al-Bayan fi Ta'wil al-Quran, 22/286)
 

Ibn Kathir berkata: Allah perintahkan supaya kita thabitkan dahulu perkhabaran orang fasiq sebagai ihtiyat. Ini kerana supaya seseorang tidak berhukum dengan ucapannya menyebabkan dalam keadaan begitu boleh membawa kepada dusta atau tersilap. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 7/370)
 

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT telah mengajar hambanya supaya beradab mulia dalam soal agama ataupun dunia. Dan berhubung dengan perkara itu, apabila seseorang yang fasik datang memberitahu sesuatu berita yang bertentangan dengan syiar agama. Oleh itu jangan mempercayai beritanya itu melainkan dengan menyelidik serta menelitinya dahulu. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 26/126)
 

Syeikh Ali al-Sobuni di dalam tafsirnya menyatakan jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitakan, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan beritanya itu. Ini supaya kamu tidak menghukum atau menuduh sesuatu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 3/216)
 

Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan: Allah SWT menyeru kepada umatnya yang beriman, apabila datang orang fasik menyampaikan berita sebaiknya mencari kebenaran berkenaan dengan berita itu dan janganlah terlalu cepat menghukumnya dan menyebarnya. Ini kerana takut akan keburukan dan perkara yang tidak diingini berlaku di atas keputusan yang salah serta memberi kemudharatan ke atas orang lain. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 26/227)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2023/10/fde.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Maahad Tahfiz Didenda Rm12 000 Mengaku Perdaya Dua Wanita Lakukan Seks

Ustaz Maahad Tahfiz Didenda Rm12 000 Mengaku Perdaya Dua Wanita Lakukan Seks

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 133 hits
Reza A HamidMELAKA Seorang guru sekolah maahad dijatuhi hukuman denda RM12 000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dua wanita untuk pinjaman wang sehingga melakukan seks dan menyimpan gambar lucah ...
Video Biar Tak Gampang Kambuh Penderita Gerd Wajib Lakukan Ini

Video Biar Tak Gampang Kambuh Penderita Gerd Wajib Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 120 hits
Penyakit GERD tak bisa dianggap remeh Salah kelola bisa berakibat fatal Tak jarang penderita yang meninggal dunia
Video Dito Keras Depan Hakim Buka Kebenaran Nama Saya Dipertaruhkan Tanggung Jawab Ke Presiden

Video Dito Keras Depan Hakim Buka Kebenaran Nama Saya Dipertaruhkan Tanggung Jawab Ke Presiden

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 82 hits
Menpora Dito Ariotedjo menjadi saksi dalam kasus korupsi BTS 4G yang menyeret mantan Menkominfo Johny G Plate
Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran

Buat Majlis Birthday Anak Di Balai Bomba Begini Mama Ni Dapatkan Kebenaran

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 109 hits
Meraikan ulang tahun kelahiran anak anak biasanya kita sebagai ibu akan teruja untuk membuat persiapan agar majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan istimewa Bahkan kalau boleh biarlah majlis tersebut menjadi antara momen yang...
Letakkan Diri Dalam Bahaya 5 Pelakon Ini Berani Lakukan Adegan Aksi Sendiri

Letakkan Diri Dalam Bahaya 5 Pelakon Ini Berani Lakukan Adegan Aksi Sendiri

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 119 hits
Kebiasaannya semua aksi lagak ngeri yang kita tengok dalam mana mana K Drama sebenarnya dilakukan oleh orang lain ARTIKEL BERKAITAN Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 pelakon yang sangat berani melakukan adegan aksi tanpa perlukan bantuan...
Baik Sangka Elak Tuduh Orang Lakukan Kejahatan

Baik Sangka Elak Tuduh Orang Lakukan Kejahatan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 101 hits
Baik sangka sangat dituntut dalam Islam kerana boleh mengelakkan daripada menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan Manusia yang buruk sangka seolah olah memfitnah orang kerana sifat itu tidak mempunyai bukti nyata dan kukuh...
Catat Pertolongan Pertama Untuk Penderita Asma Jangan Sembarangan Lakukan Hal Ini

Catat Pertolongan Pertama Untuk Penderita Asma Jangan Sembarangan Lakukan Hal Ini

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 133 hits
Ada hal yang biasa dilakukan saat menolong orang asma Padahal itu salah jangan dilakukan ya
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking

Perkampungan Sunnah Ke 9 Kangar Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas