Baik Sangka Elak Tuduh Orang Lakukan Kejahatan


 
Baik sangka sangat dituntut dalam Islam kerana boleh mengelakkan daripada menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan. Manusia yang buruk sangka seolah-olah memfitnah orang kerana sifat itu tidak mempunyai bukti nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadi fitnah yang membawa kepada dosa besar.
 

Baik sangka mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan. Antaranya supaya hubungan persahabatan serta persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas daripada buruk sangka, maka yang ada dalam hati adalah sangkaan yang baik-baik saja.
 

Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudara dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Pada masa sama kelebihan berbaik sangka adalah dapat mengelakkan masyarakat daripada berpecah-belah yang hanya akan merugikan anggotanya dan negara.
 

Pun begitu, jika benar kemungkaran telah berlaku dengan nyata, Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran itu dengan kemampuan yang ada. Andai kata kita melihat atau ternampak orang melakukan dosa dan kemaksiatan tetapi masih bersikap baik sangka, itu boleh membawa kepada mudarat lebih besar.
 

Sebab itu, apabila ada kemungkaran berlaku, berusahalah untuk mencegahnya, biarpun dengan hanya di dalam hati.
 

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)
 

Sheikh Abdul Kadir al-Jailani berpesan supaya kita menginsafi kekurangan diri dan sentiasa bersikap baik sangka terhadap sesama insan. Beliau memberi empat nasihat kepada kita.
 

Pertama, jika kamu bertemu dengan seseorang, maka yakinlah dia lebih baik darimu. Maka ucapkan dalam hatimu: "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi daripadaku."
 

Kedua, jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu: "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku sudah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."
 

Ketiga, jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia sudah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik daripadaku."
 

Keempat, jika bertemu dengan orang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu: "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
 

Baik sangka terhadap sesama makhluk lebih mulia daripada buruk sangka yang boleh mendatangkan dosa. Namun, perlu diingat baik sangka perlu diimbangi sikap berhati-hati. Seperti mana perlunya baik sangka, begitulah juga kita perlu berhati-hati agar sifat baik itu tidak dieksploitasi musuh atau orang berkepentingan.
 

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung, terbinalah sikap matang dalam baik sangka. Kita baik sangka tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati.
 

Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman sangat penting agar sikap berbaik sangka tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang berniat jahat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2023/10/dfr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 22 Negara Yang Beri Sokongan Penuh Kepada Palestin No 19 Paling Tak Sangka Ingatkan Kawan Baik Isreal

Ini 22 Negara Yang Beri Sokongan Penuh Kepada Palestin No 19 Paling Tak Sangka Ingatkan Kawan Baik Isreal

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 270 hits
etika pejuang Hamas melakukan serangan mengejut ke atas Israel lebih seminggu yang lalu ramai komuniti antarabangsa telah bersuara tentang perkara ini Pun begitu sehingga kini Israel telah berterusan membedil Gaza dan menyerang rakyat Pales...
Cara Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Hujan

Cara Elak Cermin Kereta Berkabus Ketika Hujan

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 340 hits
Sebagai pemandu anda pasti sudah terbiasa berdepan dengan keadaan di mana cermin kereta berkabus terutamanya pada cuaca sejuk atau waktu hujan Apabila perkara ini berlaku ia semestinya akan mengganggu penglihatan pemandu dan membahayakan ny...
Elak Berleter Dalam Perhimpunan Sekolah

Elak Berleter Dalam Perhimpunan Sekolah

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 203 hits
SAUDARA PENGARANG SAYA terpanggil untuk member respons tulisan sahabat saya yang juga Tokoh Guru Kebangsaan Azizul Rahman Abdul Rahman di ruangan ini pada 19 Oktober lalu bertajuk Ubah perhimpunan sekolah yang bosan Selaku bekas pentadbir d...
Ibu Sewaktu Susukan Bayi Elak Makanan Ini Tak Boleh Bedal Sesuka Hati

Ibu Sewaktu Susukan Bayi Elak Makanan Ini Tak Boleh Bedal Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 168 hits
sebenarnya makan untuk dua orang sama juga seperti ibu mengandung Ini adalah beberapa jenis makanan berangin yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kembung perut alahan dan sebagainya Bukan hanya dalam tempoh berpantang sahaja ibu ib...
Elak Kutuk Hamas China Beritahu Israel Semua Negara Ada Hak Pertahan Diri

Elak Kutuk Hamas China Beritahu Israel Semua Negara Ada Hak Pertahan Diri

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 311 hits
HarapanDaily comChina hari ini mengelak mengutuk Hamas secara terbuka atas konflik di Palestin sebaliknya memberitahu rakan sejawatnya di Israel bahawa semua negara mempunyai hak mempertahankan diri Mesej itu disampaikan Beijing dalam perbu...
Petua Elak Kuali Melekat Masa Goreng Ikan

Petua Elak Kuali Melekat Masa Goreng Ikan

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 246 hits
Paling stress bila time terbalikkan ikan goreng ikan melekat kat kuali Mungkin petua ni boleh membantu 1 Gaulkan ikan atau ayam dengan garam kunyit dan sedikit tepung beras Buat macam kita nak goreng pisang Biarkan seketika dan kemudian bol...
Seedo Elak Bermain Dengan Cucu Emosi Terganggu Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

Seedo Elak Bermain Dengan Cucu Emosi Terganggu Ramona Zam Zam Kongsi Keadaan Mentua Berkenaan Isu Di Palestin

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 120 hits
Situasi meruncing di negara Palestin pada ketika ini turut menganggu perasaan dan emosi mentua pelakon Ramona Zam Zam yang merupakan orang asal dari negara itu Kongsi Ramona mentuanya mengasingkan diri di dalam bilik kerana mengenangkan nas...
Elak Sikap Gopoh Serta Ekstrem

Elak Sikap Gopoh Serta Ekstrem

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 373 hits
Umat Islam perlu mengelak daripada sikap gopoh serta ekstrem apabila berdepan provokasi musuh musuh Islam Disebabkan tidak sabar menyebabkan kita tidak mampu mendepani provokasi musuh musuh Islam Kita bertindak membabi buta hingga memperlih...
Rupanya Masukkan Cengkih Secubit Garam Semasa Cuci Beras Tu Petua Elak Nasi Lambat Basi

Rupanya Masukkan Cengkih Secubit Garam Semasa Cuci Beras Tu Petua Elak Nasi Lambat Basi

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 302 hits
Masalah nasi cepat basi antara yang sering dihadapi oleh ibu ibu Walaupun sudah cuba pelbagai jenis jenama beras namun hasilnya nasi yang dimasak cepat juga basinya Malah ada yang praktikkan pelbagai petua termasuklah memanaskan periuk dala...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna