Covid 19 Kebajikan B40 Perlu Diberi Keutamaan Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Baharu



Pada 26  Mac 2020oleh Lim Kit Siang
Oleh Lim Kit Siang(Ahli Parlimen Iskandar Puteri)Pengumuman pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang lebih prihatin rakyat pada Jumaat ini tanpa menunggu sehingga hari Isnin depan dialu-alukanSaya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam siaran langsung beliau tengahari tadi bahawa satu pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang prihatin rakyat akan diumumkan pada hari Jumaat ini dan kita semua tidak perlu untuk menunggu sehingga Isnin depan. Muhyiddin mengatakan “tidak ada yang akan ditinggalkan” sama ada “pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, goreng pisang, mahupun burger, ataupun pekerja harian”, dan kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan semua mendapat bantuan. Hari Jumaat ini akan menjadi satu ujian untuk Muhyiddin.Saya telah cadangkan pagi tadi untuk Muhyiddin mengguna pakai motto baharu “Bertindak pantas dan melakukan apa sahaja” dalam merumus satu pakej rangsangan ekonomi baharu yang menyeluruh untuk melawan bencana Covid-19. Apa yang diumumkan Muhyiddin dua hari yang lepas dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, terutamanya berhubung cadangan untuk membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan sehingga RM500 sebulan dari Akaun 2 untuk tempoh 12 bulan mendatang bermula 1 April adalah satu kesilapan yang serius, kerana ia menjejaskan keyakinan orang ramai dan kepercayaan pada kepimpinan beliau pada waktu yang amat penting ini.Inilah sebabnya kesatuan sekerja di Sarawak dan Sabah telah mengkritik langkah itu sebagai “tidak bertanggungjawab” dan “salah dari segi moral” dan telah menasihatkan pencarum KWSP supaya tidak membuat pengeluaran bulanan kerana tiada siapa yang boleh menjaga mereka pada usia tua kelak.Hampir 33% pencarum KWSP aktif mempunyai kurang daripada RM6,000 dalam Akaun 2 mereka setakat Disember 2018 manakala 28% mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Kebanyakan kumpulan B40 berada di dalam kategori ini.Muhyiddin perlu menarik balik cadangan tersebut dan menggantikannya dengan pemberian bantuan wang tunai bukan sahaja kepada 12 juta pencarum KWSP, tetapi juga kepada sejumlah besar tenaga kerja di Malaysia yang tidak mencarum kepada KWSP.Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan langkah-langkah untuk membantu perniagaan dan pekerja seperti rancangan Kerajaan UK untuk menampung 80 peratus gaji pekerja, sehingga 2,500 pound sebulan, ketika negara tersebut menghadapi wabak Covid-19.Atau seperti Denmark, yang telah mengumumkan salah satu rancangan ekonomi paling radikal di dunia – di mana kerajaan membayar perniagaan untuk mengekalkan pekerja mereka.Untuk mengurangkan jumlah pemberhentian besar-besaran, kerajaan akan membayar majikan sehingga 90 peratus daripada gaji pekerja yang berada di rumah dan tidak bekerja. Rancangan itu memerlukan kerajaan untuk membelanjakan hampir 13 peratus daripada KDNK negara sepanjang tempoh tiga bulan, — rancangan ini setara dengan pakej rangsangan yang bernilai $ 2.5 trilion di Amerika Syarikat tetapi hanya untuk tempoh 13 minggu.Muhyiddin perlu mempertimbangkan nasihat Menteri Pekerjaan Denmark, Peter Hummelgaard: “Bertindak pantas. Jangan tunggu… Pelihara pendapatan dan pekerjaan untuk pekerja biasa, dan pelihara perniagaan kecil. “Kerajaan Malaysia juga perlu memberi perhatian kepada nasihat pakar ekonomi dunia yang mendesak kerajaan untuk menggunakan “artileri besar” untuk melawan kejatuhan ekonomi yang disebabkan oleh wabak Covid-19.Ini adalah masa untuk dasar yang tidak konvensional seperti “wang helikopter”, di mana semua rakyat mendapat wang bantuan tanpa syarat dan bank pelaburan negara menyediakan pinjaman kecemasan tanpa had kepada perniagaan.Ini adalah untuk mengurangkan kadar muflis peribadi dan korporat, memastikan rakyat mempunyai wang untuk kekal berbelanja walaupun mereka tidak bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan.Dalam hal ini, arahan Bank Negara kepada pihak bank untuk memberikan moratorium selama enam bulan secara automatik terhadap semua pembayaran pinjaman dan pembiayaan, kecuali baki kad kredit, mulai 1 April, amatlah dialu-alukan.Muhyiddin perlu memastikan semua Menteri dan penasihat dasar beliau membaca e-buku terbaru dari Centre for Economic Policy Research (CEPR) sebelum merumuskan satu pakej rangsangan ekonomi yang komprehensif.Mereka mesti mendahului — untuk berfikir ke hadapan mengenai dasar perubatan dan ekonomi yang akan diperlukan dalam era pasca-Covid-19.Lebih daripada 40 pakar ekonomi berprofil tinggi, termasuk ketua ekonomis IMF Gita Gopinath dan penasihat ekonomi bekas Presiden Barack Obama, Jason Furman, telah menyumbangkan idea untuk e-buku tersebut yang menggesa kerajaan untuk bertindak dengan pantas dan melakukan apa sahaja untuk menjaga kelangsungan hidup rakyat. Di dalam e-buku yang bertajuk “Mitigating the Covid Economic Crisis: Act Fast and Do Whatever it Takes”, ahli ekonomi dunia terkemuka menasihatkan kerajaan untuk menggunakan “senjata berat” fiskal untuk satu tindak balas ekonomi “tanpa had” terhadap krisis COVID-19.Walaupun pakar ekonomi mengatakan sekarang masih terlalu awal untuk menganggar skala kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh wabak ini, mereka percaya skalanya besar — wabak ini sedang memusnahkan kehidupan dan mata pencarian di seluruh dunia.Langkah-langkah yang diperlukan untuk membendung penyebaran virus ini — kuarantin, penjarakan sosial, penutupan sekolah, universiti dan pusat jagaan kanak-kanak, penutupan perniagaan yang tidak penting, dan langkah bekerja dari rumah — meperlahankan ekonomi negara.“Kita sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah moden”, tulis Pierre-Olivier Gourinchas dari University of California, Berkeley, dalam satu bab tentang cara meratakan lengkungan sebaran jangkitan dan kegawatan ekonomi.Tetapi terdapat dasar-dasar fiskal yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang atau mengehadkan keruntuhan ini, yang dikatakan oleh Gourinchas adalah seperti “unit rawatan intensif, katil dan ventilator kepada sistem ekonomi.” Sebagai contoh, bank pusat boleh menyediakan kecairan kecemasan kepada sektor kewangan.Untuk mengelakkan kerosakan mendalam terhadap ekonomi, kerajaan perlu mengurangkan jumlah kebankrapan peribadi dan korporat, memastikan rakyat mempunyai wang untuk mengekalkan perbelanjaan walaupun mereka tidak bekerja, dan meningkatkan pelaburan awam serta perbelanjaan penjagaan kesihatan, tambah penulis itu lagi.Mereka perlu bertindak sekarang untuk “mengurangkan pengumpulan kerosakan ekonomi”.“Ini adalah masa untuk membawa keluar artileri besar; bukan masanya untuk menjadi penakut, tetapi untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan, dengan pantas,” tulis mereka lagi. Muhyiddin harus mempertimbangkan nasihat pakar ekonomi dunia yang terkemuka ini, dan tidak menjadi takut untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan, dengan pantas. Beliau harus memastikan semua isi rumah yang berpendapatan rendah yang terdedah kepada impak ekonomi Covid dibantu. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/covid-19-kebajikan-b40-perlu-diberi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantu Kontraktor Bumiputera G1 Yang Terkesan Covid 19

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantu Kontraktor Bumiputera G1 Yang Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 227 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan COVID 19Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Seri Mohamed Fadzill HassanLaksanakan PRE 2020 untuk bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan Covid 1...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 401 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menyebelahi B40 Seperti Makcik Kiah Teruja dengan penuh khusyuk bila PM8 mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN tempohhari Sambil dok dengar tu sambil membuat ulasan kecil...
Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Penerima Bantuan One Off Daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 835 hits
Perdana Menteri mengumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat PRIHATIN di mana ada beberapa golongan yang akan jadi penerima bantuan one off daripadanya Pakej Rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfa...
Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion Jelas Terbukti Mahathir Dan Guan Eng Berbohong Mengenai Kedudukan Kewangan Negara

Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion Jelas Terbukti Mahathir Dan Guan Eng Berbohong Mengenai Kedudukan Kewangan Negara

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 229 hits
Terbukti akhirnya sebenarnya cerita negara ada masalah kewangan sememangnya penipuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng Negara diserahkan oleh Dato Sri Najib Tun Razak pada Pakatan Harapan dalam keadaan baik Pengumuman pakej rangsanga...
Pm Announces Rm250 Billion Economic Rescue Plan Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion

Pm Announces Rm250 Billion Economic Rescue Plan Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 239 hits
Pm Announces Rm250 Billion Economic Rescue Plan Pakej Rangsangan Ekonomi Rm250 Bilion
Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 281 hits
Datuk Seri Najib Razak memahami ramai yang akan dukacita dan bertambah risau apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dua minggu lagi ke 14 April Dalam satu hantaran di Facebook Najib menyeru rakyat mempercayai bahawa kr...
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 683 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan PM Muhyiddin Yassin turut mengumumkan Sumbangan Untuk Pesara Kerajaan dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat petang tadi Lebih Info akan kongsikan
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 478 hits
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT TEKS UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIABismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Apa khabar semua Seper...
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 360 hits
Apa Kena Mengena Makcik Kiah Pakej Rangsangan Ekonomi Negara Prihatin Rakyat Assalamu alaikum Semenjak Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip