Lakiku Masak Wehh


Minggu lepas berlumba - lumba abang ipar Bella post hasil masakan masing - masing. Memang nampak menggoda betullah citenya. Abang Shidy post dia masak lamb grill. Abang Pian pula masak ketam. Abang Pian masak ringkas je. Tapi rasa memang sangatlah rare dan sedap. Bella ingat lagi masa Bella melawat Abang Pian dengan Kak Ana dekat Sabah, Abang Pian masakkan sebekas besar ketam segar. Rasa ketam tu memang manis. Bella makan dengan hati - hati dan hayati betul - betul rasanya. Memang sangat sedap. Abang Pian kata dia rebus je ketam tu air ketam itu sendiri dah memang sedap tanpa tambah apa - apa perasa walaupun secubit garam. Hebat. Mestilah dengan skill kan nak masak macam tu. Kalah perempuan masak air tangan Abang Pian. HB pula paling sedap dia masak adalah Maggi. Tapi, sebab PKP ni, lain macam! Lakiku masak nasi goreng dan bihun goreng. Bakal menyusul Char kuey teow katanya. Arrgggghhh seronoknya nak bagitahu LAKIKU MASAK WEH!!.



Dulu masa sebelum kawin Bella pernahlah test, try, tengok Mohd Firdaus Abd Rahim ni boleh masak ke tak? Penting untuk tahu kalau saat dia kena jaga diri sendiri boleh tak dia masak. Bila dia kena jaga kita, boleh tak dia masak. Sekurang - kurangnya masakan yang mudah dan tahulah asas - asas memasak. Tahun 2018 rasanya HB masakkan Bella nasi putih, sayur kacang dengan telur dadar. Sedap. Memang ada rasa. Tapi kelakar sikit. Sayur kacang tu dah lembik hitam macam terlebih masak dan telur dadar HB bubuh ikan bilis dengan banyak. Hahaha. Bella macam ini telur dadar ke ikan bilis goreng. HB kata inilah telur dadar berbilis. Hahaha. Tapi tak tipu memang sedap. Korang boleh cuba. Resepi baru. 

Baru - baru kawin HB memang ada nak tolong Bella dekat dapur. Silap Bella la marah dia masa tu. Sampai sekarang traumanya tak nak tolong. Kalau tak.., adalah adegan sweet - sweet potong bawang sambil main renjis - renjis minyak masak ke, potong sayur sambil pegang tangan ke. Gelak - gelak kat dapur ke. Bukan sweet kat Tik Tok yer. Takdalah semua tu. Bila masak HB tak akan ke dapur untuk tolong dah. Lagipun Bella lagi selesa kot masak sorang - sorang tak yah orang tolong. Cuma lambat sikit la. HB akan masak bila lapar sangat Maggi sebab dia teringin atau Bella minta dia masakkan Maggi untuk Bella. Itupun permintaan masa birthday dapatlah Bella rasa air tangan suami. Maggi HB masak rare tau. Bukan letak perencah je. Kuah tu pun rasa lain. Tapi setahun dapat rasa 2 atau 3 kali jelah ikut rezeki.


Berbalik pada tajuk asal, mukadimah panjang sangat. LAKIKU MASAK WEHH!! merujuk kepada masakan yang agak susah jugalah untuk orang yang pertama kali masak macam HB. Dia tunjuk skill masak nasi goreng. Perrggghhh!! rasanya terbaik. Kalah Bella masak. Presentation lengkap. Nasi pun dia bentukan bulat macam dekat kedai. Letak cili besar dekat atas, siap buat cili kicap lagi. Bella tak seberapa suka sangat nasi yang berwarna. Nasi minyak ke, hujan panas ke, memang tak suka sangat. Jadi nasi goreng juga adalah diantaranya. HB pula suka sangat nasi goreng. Mungkin Bella masak nasi goreng tak cukup piawaian yang dia nak. Dia masak sendiri. Senang. Ikut tekak dia. 
Bella ada post dekat FB siapa - siapa ada resepi air teh Chatime tu. Bella bukan nak Boba dia sangat. Bella beli Chatime pun memang tak ambil yang ada Boba. Rasa air teh dia tu yang Bella rasa susah nak buat sendiri. Agaknya HB baca status tu. Dia buatkan air teh laici sebijik rasanya macam menu lama Chatime Tea Lychee. Kebetulan Bella ada buat Jelly. Dalam peti ais Bella memang pastikan dessert sentiasa ada. Abis buat, abis buat. Senang nak sejukkan tekak kan. Dessert dan aiskrim. Tapi selagi tak abis yang lama tak buatlah yang baru. Takut membazir. Jadi HB masukkan Jelly Laici tu dalam air teh tu, memang terbaik. Rasanya boleh jual.


Hari berikutnya HB kata biar dia buat sarapan lagi. Buat bihun goreng pula. Bella dekat rumah memang sentiasa ada bihun beras perang. Bihun ni, kalau buat bihun sup memang sedap. Tapi masa masak bihun goreng jadi hancur. Makanan kegemaran Bella ni, bihun goreng. Masa HB nak masak bihun goreng Bella macam betul ke ni? Betul ke? Sebab Bella pun tak expert masak bihun goreng. Expectation Bella dekat bihun goreng sangat tinggi. HB tanya sedap tak bihun goreng dia masak? Macam Mak Su masak tak? Sedap memang sedap. Tapi tak capai lagilah sesedap Mak Su masak. Hahaha. Sila masak lagi. Mesti jadi. 
Masa pertama kali masak Bella pesan awal - awal kemas dapur sekali. Lap sekali. Memang berkilat dapur HB lap. Kali kedua masak dah tak larat dah. Minta tolong Bella yang kemas. Hahaha. Baru tahu. Lepas tu terus transfer duit belanja dekat Bella. Banyak pula tu. Agaknya baru dia sedar, susah masak ni. Penat isteri aku masak siang malam. Tu dapat reward tetiba tu. Alhamdullilah. Murah rezeki Mohd Firdaus Abd Rahim. Amin2x Ya Mujid.


Banyak hikmah PKP ni kalau kita tengok dari sudut positif. Benda yang kita wajib bersyukur dengan nikmat yang kita rasai lagi banyak dari derita yang kita kena hadapi. Kita masih sihat walaupun duduk dirumah. Suami boleh luangkan banyak aktiviti keluarga. Macam Bella HB dapat tengok sama - sama Muhammad Afham Fayyadh membesar sebab baby kan cepat sangat berubah. Afham pun cepat kenal papa dia. Cuma orang lelaki ni jangan diarah sangat. Tunggu dia sendiri volunteer nak buat. Ego mereka kan tinggi. Walaupun HB memang banyak abis masa dekat HP, TV tapi niat dia nak tolong Bella tu memang sangat dihargai.

Tolong jaga Afham masa Bella masak. Tolong banyak benda, dan paling penting masa PKP ni Bella dapat buat banyak aktiviti kesukaan Bella. HB kata takpe buat je. Dear ada jaga Afham. Walaupun Afham nangis dan lepas tu muka HB bertukar jadi masam sebab Bella lama sangat. Hahaha. Baru tahu. Walaupun hanya jaga baby terasa tau penatnya. Bella rasa sangat - sangat bersyukur. Kebetulan mesin basuh pula rosak masa PKP ni, HB lah basuh semuanya. Bertemu pula bulan Ramadhan HB tolong buatkan air. (Kalau tolong basuhkan pinggan mangkuk periuk belanga semua lagi cantekk dear. Kalau dear baca. Hehehe.)

Apa pun PKP ni memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri Bella. Dalam hati Bella. Kesan kepada yang maha berkuasa. Yang maha Esa. Betapa Allah s.w.t membuktikan kekuasaannya dengan menghantar makhluk micro yang tidak tahu asal usulnya, tidak tahu puncanya, tidak tahu apa ubatnya untuk mengingatkan manusia yang semakin alpa dan leka dalam kemajuan dan arus kemodenan. Bukti betapa Allah s.w.t sayang sangat dekat hambanya. Sekarang ni pun kita dah rasa tak tahan kena berkurung, rasa sunyi, rindu keluarga. Bayangkanlah bila kita bersendirian dalam kubur nanti. Allahuakbar. Betul - betul terkesan dalam diri Bella. Kesan kepada suami. Kesan kepada masa. Kesan kepada masa - masa yang sudah dilalui. Kesan kepada kebebasan sebelum ini. Sangat banyak dan sangat terkesan.

Kesan kepada mak, ayah dan keluarga. Betapa selama ini betapa mak ayah kurang diberikan perhatian. Betapa tak hargai masa bila berada disebelah mak ayah dengan memegang HP. Betapa rindunya masa dapat dengar bebelan mak sekurang - kurangnya mak ada dengan kita. Betapa rindunya air tangan mak yang kita rasakan ia adalah masakan paling sedap kita makan sepanjang kita hidup. Allahuakbar. Ya Allah s.w.t aku bermohon kepadamu, panjangkanlah usia ibu dan ayahku.  Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku dan menyayangiku. Masukkanlah mereka kedalam syurga tanpa hisab. Jagalah mereka untukku. Kepadamu sahajalah aku berserah. Amin2x Ya Mujid.

Sebenarnya penulisan Bella kali ini pun lebih kepada appreciation post kepada suami Bella. Bukan nak bagitahu suami Bella la yang paling bagus, paling baik. Tapi lebih kepada mengingati Bella untuk terus bersyukur. Manusiakan cepat lupa. Bella ni kena marah sikit abislah lupa semua kebaikan HB buat. Lepas ni kalau rasa marah dekat HB bolehlah baca post ni. Tak lama lagi Birthday HB. Buntu nak celebrate macam mana dengan tak boleh keluar ni. Jadi ini hadiah untuk dear ok. Ingatan sepanjang zaman selagi ada Goggle. Semoga kasih sayang kita kekal berpanjang. Amin2x Ya Mujid


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/04/lakiku-masak-wehh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cubaan Gagal Karipap Kicap Donut Sakit Kulit Ikan Singgang Rentung Antara Hiburan 039 Masak Apa Tak Jadi Hari Ni 039

Cubaan Gagal Karipap Kicap Donut Sakit Kulit Ikan Singgang Rentung Antara Hiburan 039 Masak Apa Tak Jadi Hari Ni 039

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1123 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama lebih sebulan pastinya ramai yang mencuba skil masakan sendiri di rumah Ada yang menjadi dan tak mustahil juga yang gagal Namun seperti kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih ka...
Sambil Jaga Anak Fedtri Yahya Masak Pelbagai Menu Masa Pkp Kongsi Resipi Rempeyek Campak Campak Semua Orang Boleh Buat

Sambil Jaga Anak Fedtri Yahya Masak Pelbagai Menu Masa Pkp Kongsi Resipi Rempeyek Campak Campak Semua Orang Boleh Buat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 661 hits
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan memang ramai yang rajin ke dapur termasuklah pengacara dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup popular Fedtri Yahya Terkenal bukan sahaja kerana kepetahannya mengacarakan setiap program y...
Myhero Quot Masak Tepi Jalan Tidur Dalam Lori Quot 2 Jejaka Ini Redah 50 Roadblock Untuk Hantar Ppe Kepada Frontliner

Myhero Quot Masak Tepi Jalan Tidur Dalam Lori Quot 2 Jejaka Ini Redah 50 Roadblock Untuk Hantar Ppe Kepada Frontliner

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 424 hits
Viral Demi menghantar pakaian perlindungan diri kepada frontliner yang bertugas dua jejaka ini sanggup meredah 50 buah sekatan jalan raya Merentasi empat buah negeri ke Terengganu Kelanta Perak dan Pahang tindakan sukarelawan yang dikena
Masak Dua Menu Secara Serentak Periuk Nasi Berharga Rm800 Pula Menjadi Idaman Para Isteri

Masak Dua Menu Secara Serentak Periuk Nasi Berharga Rm800 Pula Menjadi Idaman Para Isteri

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 665 hits
Buat para ibu yang bekerjaya pastinya ingin peralatan dapur yang dapat menjimatkan masa dan memudahkan untuk menyediakan makanan Pastinya jika para ibu tahu akan periuk nasi serbaguna dari Jepun ini mereka akan tersenyum gembira dan ingin m...
Raih 750 000 Pengikut Dalam Seminggu Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official Hiburkan Netizen Di Waktu Pkp

Raih 750 000 Pengikut Dalam Seminggu Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official Hiburkan Netizen Di Waktu Pkp

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 1115 hits
Di kala Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April ini sudah tentu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memenuhkan masa terluang mereka dengan memasak Namun tidak semua resipi yang dicuba itu menjadi Bak kata orang hidup tak ...
Tak Perlu Oven Masak Dalam Periuk Atas Dapur Hasilnya Kek Lembut Wangi

Tak Perlu Oven Masak Dalam Periuk Atas Dapur Hasilnya Kek Lembut Wangi

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 600 hits
Jangan jadikan tak ada ketuhar atau pengukus sebagai alasan tak boleh buat kek untuk keluarga Ada cara lain yang pastinya semua orang boleh buat Bakar saja kek dalam periuk atas dapur gas Ini cara orang lama dahulu kek dibakar atas dapur ar...
Jom Masak Sayur Kangkung Guna 3 Bahan Je

Jom Masak Sayur Kangkung Guna 3 Bahan Je

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 664 hits
JOM MASAK SAYUR KANGKUNG GUNA 3 BAHAN JE Musim PKP nak selalu keluar pergi kedai ke market ke memang tak lah kan So apa yang ada dekat rumah tu kita kasi habis habiskan dulu sebelum kita topup barang kan Takdelah la nak keluar tiga empat ka...
Ini Dua Cara Masak Lemang Tanpa Buluh Rupa Dan Rasa Sama Dengan Original

Ini Dua Cara Masak Lemang Tanpa Buluh Rupa Dan Rasa Sama Dengan Original

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 634 hits
Lemang tanpa buluh Menjadi ke Lemang antara menu istimewa apabila tibanya musim perayaan bg masyarakat Muslim di Malaysia Ia berbentuk silinder dan teksturnya melekit seakan pulut tetapi berwarna putih berbanding pulut yg berwarna kuning Me...
Menu Masak Masak Minggu Pertama Di Musim Pkp Ni

Menu Masak Masak Minggu Pertama Di Musim Pkp Ni

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 625 hits
Hi Korang Rasanya dah sebulan kot duduk memerap kat rumah ni kan yelah musim Perintah Kawalan Pergerakan PKP so mana boleh suka suka hati keluar berjalan ke mana mana Kalau setakat nak beli barang dapur itu bolehlah tapi hanya seorang je So...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats