Lahir Tarikh Sama Pandai Pilih Tarikh Dato Siti Nurhaliza Sambut Birthday Anak Serentak
Bila anak dilahirkan pada tarikh yang sama, mak ayahlah orang yang paling gembira kerana dapat menyambutnya secara serentak. Senang!
Penyanyi nombor satu negara, Dato’Siti Nurhaliza juga turut sama meraikan sambutan hari lahir kedua anaknya, Aafiyah dan Afwa secara serentak kerana berkongsi tarikh lahir sama biarpun berlainan bulan dan tahun.
Melalui Instagramnya, Dato’ Siti meluahkan rasa syukurnya malah turut memuat naik beberapa keping sepanjang majlis ringkas itu sebelum bulan puasa yang lalu.
“Alhamdullillah, semalam saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
“Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja,” kongsi Dato’Siti.
Menurut kata Dato’Siti lagi, dia memilih untuk mengetengahkan tema bermain air buat kedua anaknya bagi memeriahkan suasana. Banyak koleksi gambar Afwa dan Aafiyah serta cucu-cucu yang begitu seronok bermain air.
“Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah.
“Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab bintang sama Pisces). Afwa pula ikut sajalah.
“Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan (puas ibu berdoa, sekali panas terik ye),” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, majlis sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan cucu-cucu itu turut sama menerima beberapa tajaan pelbagai pihak.
Seronok melihat aksi comel Afwa dengan baju baby shark serta gelagat Aafiyah yang cukup lincah bermain air.
Pun begitu, beberapa perkongsian gambar Afwa dan Aafiyah ternyata mencuri tumpuan peminat Dato’Siti. Masing-masing geram melihat pipi pau Afwa dengan aksi yang cukup comel.
Semoga Afwa dan Aafiyah teruslah membesar dengan sihat.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Terdahulu, anak sulung Dato’Siti, Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 manakala Muhammad Afwa pula dilahirkan pada 19 April 2021.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Lahir Tarikh Sama” Pandai Pilih Tarikh, Dato’Siti Nurhaliza Sambut Birthday Anak Serentak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lahir-tarikh-sama-pandai-pilih-tarikh-datositi-nurhaliza-sambut-birthday-anak-serentak/