Lagu Yes Sir Ost Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft Ariff Peter


Baru-baru ni Diah berkesempatan menghadiri pelancaran lagu OST Filem Coast Guard – Ops Helang bertajuk 'YES SIR' bertempat di Stesen Udara Maritim Subang.


Pelancaran lagu tema FILEM COAST GUARD telah disokong sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH yang merupakan penaja utama bagi majlis ini.



Selain tetamu VIP, majlis turut dimeriahkan oleh barisan pelakon, penerbit serta rakan media.


Lagu bertajuk 'YES SIR' terbitan COF Music menampilkan penyanyi popular tanah air, iaitu Zamani sebagai penyanyi utama dan juga penyanyi rap yang sedang meningkat naik iaitu Ariff Peter.


Lagu Yes Sir, OST Filem Coast Guard Nyanyian Zamani Ft. Ariff Peter

Memang tak mengecewakan persembahan dari Zamani, suara memang power sejak dulu lagi dan semangat yang ditunjukan oleh Ariff Peter di atas pentas.

Lirik lagu ini mendalam dan rasa bersemangat bila di dengar. Lagu 'YES SIR' merupakan gabungan penulis lirik bersama iaitu Ariff Peter, HASRIL, OTROMEN, dan NASS.


Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini :

Penyanyi: Zamani Ft. Ariff Peter

Durasi :3.02 minit

Music Arrangement: Pown Hasril & Jack Jafni

Mixing: Jack Jafni

Master: Jack Jafni

Publishing Produced: Cof
Music Publishin : Cof Music


 

Lirik Yes Sir
(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi,

hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, mash ada tangan kaki,

 

Lautan luas, bahtera aku markas,

Jaga setiap sudut tiada mush yang terlepas,

Bukan soal berani ataupun siapa buas,

Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,

Habis peluru aku guna buku lima,

Lautan tenang tapi jangan main gila,

Biar putih tulang daripada putih mata,

Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti,

Selagi kaki berpijak di bumi,

Jangan dicabar bila dah berbudi,

Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

 

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati,

 

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki,

Salut,

Panggilan perang aku sahut,

Roger dalam radar mana-mana area laut,

Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,

Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa hanyut,

In amaran,

Kita masih aman asal tak langgar sempadan,

Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan.

Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan,

Kalau perlu ku lawan,

 

(Pre-Chorus)

Ku tak peduli, apa yang menanti

Selagi kaki berpijak di bumi,

Jangan dicabar bila dah berbudi.

Lautan sunyi pun boleh berbunyi,

 

(Chorus)

Yes Sir,

Hidup kena steady,

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati

Dah habis senjata, mash ada tangan kaki

Yes Sir,

Hidup kena steady

Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,

Yes sir,

Lawan sampai mati.

Dah habis senjata, masih ada tangan kaki.

 

Majlis dimeriahkan dengan acara gimik yang sangat menakjubkan disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM1).

Teruja dapat tengok ketangkasan STAR TEAM beraksi mengiringi pelakon utama filem Coast Guard iaitu Saharul Ridzwan & Julia Farhana ke pentas utama untuk upacara pelancaran.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.






Sinopsis Filem Coast Guard – Ops Helang

Menariknya, lirik lagu 'Yes Sir' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz.

Mengisahkan tentang cabaran yang ditempuhi oleh Leftenan Maritim Hafiz apabila berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya diculik dan menjadi tebusan.

Untuk pengetahuan, filem ini merupakan filem eksklusif karya terakhir arahan Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif.

Semasa hayatnya beliau merupakan seorang penulis skrip dan pengarah televisyen dan filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi. Beliau terkenal sebagai penulis skrip filem One Two Jaga (2018) arahan Namron.

Sebagai makluman, filem ini telah mendapat keriasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga bergaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi “Ops Helang” pasukan Maritim Malaysia.




Kerjasama in adalah semata-mata bagi memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Filem Coast Guard: Ops Helang merupakan terbitan FLYING DEALS SN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION juga mendapat kerjasama serta edaran oleh METROWEALTH PICTURES.





Filem ini bakal menemui peminat pada 2 Februari 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI.
Jom sokong industri tempatan bersama-sama. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/01/OST-Filem-Coast-Guard-Yes-Sir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yes Sir Nyanyian Zamani Ft Ariff Peter Ost Filem Coast Guard Ops Helang

Yes Sir Nyanyian Zamani Ft Ariff Peter Ost Filem Coast Guard Ops Helang

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 256 hits
PELANCARAN LAGU YES SIR NYANYIAN ZAMANI FT ARIFF PETER OST FILEM COAST GUARD OPS HELANG Alhamdulillah selesai menghadiri Majlis Pelancaran Lagu YES SIR nyanian Zamani Slam ft Ariff Peter di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Udara Suban...
Lagu Yes Sir Lagu Tema Filem Coast Guard Penuh Dinamik Dan Bawa Impak Muzik Baru

Lagu Yes Sir Lagu Tema Filem Coast Guard Penuh Dinamik Dan Bawa Impak Muzik Baru

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran yang merupakan lagu tema untuk filem COAST GUARD bertempat di Stesen Udara APMM Subang Selangor Pelancaran lagu tema Filem Coast Guard telah disokong sepenuh...
Zamani Feat Ariff Peter Yes Sir Chord

Zamani Feat Ariff Peter Yes Sir Chord

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 216 hits
OST Coast Guard Malaysia ChordDm A A F Dm A A FDm Yes Sir Am Hidup kena steady A Apa apa jadi hidup ini kena ready Dm Yes sir AmLawan sampai mati A Dah habis senjata masih ada tangan kaki Dm Yes Sir Am Hidup kena steady A Apa apa jadi hidup...
Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia Ops Helang

Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia Ops Helang

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 269 hits
Baru baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran lagu tema filem melayu baru 2023 bertajuk Coast Guard Malaysia Ops Helang yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 2 februari 2023 akan datang Pelancaran lagu tema filem Coas...
Imaginur Ku Akad Kau Dengan Bismillah Imam Coast Guard Malaysia Akira Khan Rajuk Rokiah

Imaginur Ku Akad Kau Dengan Bismillah Imam Coast Guard Malaysia Akira Khan Rajuk Rokiah

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 279 hits
Filem Imaginur akan ditayangkan di pawagam pada 23 Februari 2023Kisah seorang lelaki yang berdepan pelbagai kejadian pelik apabila menggunakan khidmat hipnosis Kehidupan Zuhal menjadi kacau bilau apabila masa lepas dan masa depan bercampur ...
Buat Penonton Lebih Feel Ini 7 Lagu Ost Yang Semua Peminat K Drama Akan Tahu

Buat Penonton Lebih Feel Ini 7 Lagu Ost Yang Semua Peminat K Drama Akan Tahu

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 231 hits
Memang tidak dinafikan bahawa runut bunyi atau lagu OST memainkan peranan penting dalam sebuah K Drama ARTIKEL BERKAITAN Dari babak sedih hingga gembira semua runut bunyi ini akan membuatkan penonton lebih beremosi dan lebih feel ketika sed...
Sinopsis Coast Guard Malaysia Ops Helang

Sinopsis Coast Guard Malaysia Ops Helang

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 236 hits
Coast Guard Malaysia Ops Helang sebuah filem aksi pasukan laut karya terakhir arahan Allahyarham Pitt Hanif akan tayang di pawagam pada 2 Februari 2023 Coast Guard Malaysia Ops HelangGenre AksiTarikh Tayangan 2 Febuari 2023Pengarah Pitt Han...
Filem Mentega Terbang Di Viu Mulai 19 Januari Ini

Filem Mentega Terbang Di Viu Mulai 19 Januari Ini

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 80 hits
Saksikan filem indie berjudul Mentega Terbang yang pertama akan ditayangkan bermula 19 Januari 2023 dan seterusnya menerusi platform penstriman Viu di atau aplikasi mobile Boleh ditonton secara percuma Filem ini telah ditayangkan secara und...
Apa Salahnya Ada Babak Itu Dalam Filem Tersebut Tanya Raja Azmi

Apa Salahnya Ada Babak Itu Dalam Filem Tersebut Tanya Raja Azmi

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 140 hits
nbsp Raja Azmi berpendapat babak panas di dalam filem Pulau tidak perlu dihebohkan memandangkan ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa Bukan itu sahaja Raja Azmi menyangkal beberapa dakwaan seseten...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Lindungi Peranti Galaxy Anda Dengan Samsung Care

Khutbah Jumat Jika Seorang Muslim Memperhatikan Shalat Asalnya Agama Dia Itu Baik

Adab Apabila Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin

Menjadi Kesalahan Dan Teladan Buruk Jika Kerajaan Tidak Akur Dekree Ydpa

Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Negeri Johor Bersama Pengetua Sekolah Negeri Johor 2024

Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ