Lagi Tazkirah Mengenai Jakim Oleh Dr Rozaimi





[Status Hadis Muliakan Sultan]

A. Riuh di media sosial berkenaan dengan hadis yang dikongsikan oleh JAKIM di FB berkenaan hadis di dalam gambar ini. Ramai juga yang menghantar mesej bertanya saya tentang statusnya. Di kesempatan ini, ingin saya jelaskan status hadis ini secara ringkas memandangkan kesibukan tugas rasmi di universiti:

1. Hadis dengan lafaz yang dikongsikan oleh JAKIM berkenaan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Ibn Abi ‘Asim di dalam al-Sunnah melalui jalur Sa’ad bin Aus dari Ziyad bin Kusaib dari Abu Bakrah. Lafaz penuhnya ialah seperti berikut:

السلطان ظل الله في الأرض فمن أكرمه أكرم الله ومن أهانه أهانه الله

Maksudnya: “Sultan ialah bayangan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakannya maka Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya”.

Sanad hadis ini daif kerana beberapa sebab berikut:

i. Khilaf ulama hadis berkenaan perawi Sa’ad bin Aus. Beliau adalah perawi yang dinilai daif oleh Ibn Ma’in. Walaupun Ibn Hibban menilainya thiqah tetapi Ibn Hajar merumuskan bahwa perawi yang dipercayai tetapi mempunyai kesilapan.

ii. Perawi bernama Ziyad bin Kusaib. Nama beliau disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat tanpa penilaian thiqah yang jelas. Oleh itu, Ibn Hajar menilainya sebagai perawi maqbul iaitu diterima hadisnya jika ada sokongan. Namun jika bersendirian hadisnya tertolak kerana beliau adalah perawi yang tidak dikenali.

Penilaian daif bagi hadis dengan lafaz ini dilakukan oleh al-Munawi dalam Faidh al-Qadir dan al-Taisir serta al-Albani dalam Silsilah al-Dhaifah.

Namun, al-Suyuti mengisyaratkan bahawa hadis ini sabit.

Berdasarkan penilitian saya, lafaz “Sultan ialah bayangan Allah” dalam jalur Abu Bakrah ini pula hanya datang dalam jalur Muslim bin Said al-Khaulani. Sedangkan 3 orang perawi lain tidak menyebutkannya. Tidak dia bahawa lafaz ini datang dalam jalur sahabat lain lagi. Jika berkesempatan saya akan tulis tentang jalur-jalurnya dan statusnya kemudian nanti.

2. Terdapat lafaz lain bagi sanad hadis ini tanpa menyebutkan lafaz: “Sultan bayangan Allah di bumi”. Berikut lafaznya:

من أكرم سلطان الله في الدنيا أكرمه الله يوم القيامة ومن أهان سلطان الله في الدنيا أهانه الله يوم القيامة

Maksudnya: “Sesiapa yang memuliakan Sultan (yang dilantik untuk menjalankan hukum) Allah, maka Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya”

Lafaz ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Sanadnya sama seperti sanad hadis sebelum ini. Lalu ia dihukum daif.

3. Terdapat lafaz lain bagi hadis ini. Berikut lafaznya:

" من أجل سلطان الله أجله الله يوم القيامة "

Maksudnya: “Sesiapa yang memuliakan Sultan Allah (yang menjalankan perintah) Allah maka Allah akan memuliakannya di hari kiamat”.

Hadis ini dirwayatkan oleh Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya dinilai daif oleh guru saya al-Arnout kerana perkara berikut:

i. Ibn Lahi’ah adalah perawi yang daif.

ii. Terdapat perawi mubham (tidak disebutkan namanya) dalam sanadnya.

Al-Albani juga menilai sanad hadis ini daif. Tetapi di dalam Silsilah Sahihah lafaz “Allah memuliakan sesiapa yang memulikan Sultan” ini beliau naikkan ke martabat hasan kerana sokongan dari hadis sebelum ini.

Saya kurang bersetuju dengan penilaian al-Albani ini kerana masih terdapat kemungkinan perawi mubham itu adalah Sa’ad bin Aus dan Ziyad bin Kusaib juga menurut al-Arnout kerana dia daripada Bani ‘Adiy seperti yang disebutkan dalam sanad. Jika benar perawi mubham adalah salah seorang daripada mereka maka madar hadis ini masih sama lalu tidak boleh diangkat kepada martabat hasan.

4. Dengan sanad yang sama, al-Tirmizi meriwayatkan hadis ini dengan lafaz berikut:

مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللَّهِ فِي الأَرْضِ أَهَانَهُ اللَّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghina Sultan Allah (yang menjalankan perintah) Allah maka Allah akan menghinakannya”.

Al-Tirmizi menilai hadis ini dengan hasan gharib.

5. Ibn al-Najjar meriwayatkan dari jalur Abu Hurairah dengan lafaz:

السلطان ظل الله في الأرض ، يأوي إليه الضعيف ، وبه ينتصر المظلوم ، ومن أكرم سلطان الله عز وجل في الدنيا ، أكرمه الله يوم القيامة

Maksudnya: “Sultan adalah bayangan Allah di bumi, orang lemah kembali (berlindung) kepadanya, orang yang dizalimi mendapat bantuan dengan bantuannya, sesiapa sesiapa yang memuliakannya di dunia, maka Allah azza wa jalla akan memuliakannya di hari kiamat”.

Sanad ini dinilai daif oleh al-Munawi dalam al-Taisir. Al-Albani juga menilainya daif di dalam Silsilah Dhaifah.

B. Saya cenderung kepada pendapat yang mengatakan hadis ini daif kerana kesemua jalurnya tidak terlepas daripada kedaifan. Namun saya tidak menafikan ada ulama muktabar yang menilainya sebagai hasan lighairih. Berkemungkinan admin FB JAKIM bertaqlid kepada ulama yang menilainya sebagai hasan lighairih.

C. Makna “bayangan Allah” di dalam hadis ini bukanlah bermakna Sultan mempunyai kuasa atau kedudukan kalis kesilapan. Buktinya ada hadis Nabi sallallah alaih wasallam menjanjikan ganjaran kepada sesiapa yang bercakap benar di depan pemerintah yang zalim. Nabi sallallah alaih wasallam bersabda:

إن من أعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر

Maksudnya: “Di antara jihad yang teragung ialah perkataan benar yang diucapkan di sisi penguasa yang zalim”. (HR al-Tirmizi, sahih)

D. Sebenarnya hadis ini –jika ia sabit daripada Nabi sallallah alaih wasallam- memberikan kegembiraan kepada rakyat. Ini kerana bayangan Allah itu bermaksud Sultan memberikan perlindungan kepada rakyat yang lemah dan pelaksana hukum Allah di bumi ini. Pastinya setiap yang berhak akan diberi haknya jika Sultan berlaku adil.

E. Tetapi perlu diingat bahawa hadis Nabi sallallah alaih wasallam tidak hanya fokus kepada hak pemerintah untuk ditaati. Hadis juga memberikan peringatan kepada pemerintah yang zalim. Antara contohnya:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: "Tidak ada seorang pun yang Allah berikannya amanah untuk menjaga rakyat, lalu dia mati dalam keadaan dia khianat kepada rakyatnya melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga". (HR Muslim)

F. Pada pandangan saya, perlu seimbang dalam membaca hadis-hadis Nabi sallallah alaih wasallam. Rakyat diingatkan supaya taat dan pemerintah dinasihati supaya amanah.

Dr Rozaimi Ramle

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/lagi-tazkirah-mengenai-jakim-oleh-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Pedagang Usd Mengenai Minit Fed

Apa Yang Perlu Diketahui Oleh Pedagang Usd Mengenai Minit Fed

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 262 hits
Penerbitan laporan minit Fed mencetuskan pengukuhan dolar AS jangka pendek Dua anggota Fed menunjukkan risiko inflasi meningkat di atas tahap sasaran Ini mungkin berlaku dalam masa terdekat sebelum pengatur mempunyai masa untuk mengambil la...
Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri Amp Keluarga Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Saranan Amalan Kawalan Pergerakan Kendiri Amp Keluarga Oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 208 hits
Sedarkah anda bahawa jumlah kes harian semakin hari semakin meningkat sehingga ianya menjadi satu kebimbangan buat kita semua Oleh hal yang demikin Kementerian Kesihatan Malaysia meminta semua rakyat untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarka...
Biadabnya Sebut Allah Dalam Lirik Jay Park Dikritik Teruk Oleh Peminat K Pop Muslim

Biadabnya Sebut Allah Dalam Lirik Jay Park Dikritik Teruk Oleh Peminat K Pop Muslim

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 271 hits
Tidak kisahlah walaupun berlainan bangsa ataupun agama sudah sepatutnya kita semua saling menghormati antara satu sama lain bukan Terbaru penyanyi solo Jay Park yang juga bekas ahli kumpulan 2PM menerima kritikan ramai peminat beragama Isla...
Malaysia Memalukan Oleh Menteri Yang Gagal Dunia Sedang Dalam Proses Pemulihan

Malaysia Memalukan Oleh Menteri Yang Gagal Dunia Sedang Dalam Proses Pemulihan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 232 hits
NORMAN RADZUANTolak negara China yang saya anggap magic Tak tahulah samada benar mereka yg mencipta virus dan mereka yang awal awal sudah ada formula vaksin hingga negara tersebut hampir sifar Pandemik Pelik bermula di Wuhan tapi Shanghai d...
Sering Mengalami Masalah Period Tak Lancar Jom Amalkan Petua Yang Dikongsikan Oleh Wanita Ini

Sering Mengalami Masalah Period Tak Lancar Jom Amalkan Petua Yang Dikongsikan Oleh Wanita Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 241 hits
Period atau haid tidak teratur atau tidak lancar kadangkala membimbangkan kaum wanita Pastinya ramai dalam kalangan wanita di Malaysia ini menghadapi masalah yang sedemikian rupa
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa