Cubaan Seludup Dadah Dalam Kotak Ikan Kerapu Gagal


Oleh Mohamed Farid Noh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid (tiga dari kanan) bersama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) menunjukkan antara barang rampasan berkaitan tangkapan suspek penyeludupan dadah bagi pasaran luar negara (Hong Kong) selepas sidang media di bu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan JOHOR BAHRU: Polis menggagalkan taktik licik sindiket dadah antarabangsa yang menyembunyikan 20.41 kilogram heroin bernilai RM1.9 juta dalam kotak polisterin berisi ikan kerapu untuk dieksport ke Hong Kong, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata ia susulan empat serbuan yang dijalankan di Kajang, Selangor selain Gelang Patah dan Pekan Nenas, di sini, yang dilakukan Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor.
Katanya, dalam serbuan itu 12 suspek membabitkan 11 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 36 hingga 53 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan heroin bagi pasaran Hong Kong itu berjaya ditahan.
"Modus operandi sindiket dadah antarabangsa ini adalah dengan menyembunyikan bungkusan dadah yang nipis seberat antara 270 hingga 275 gram, di antara bungkusan ikan di atasnya dengan bungkusan ais kering di dalam kotak polisterin berisi ikan kerapu segar untuk dihantar ke Hong Kong.
"Sindiket dadah ini dipercayai membawa masuk bekalan dadah ini dari sebuah negara jiran di utara tanah air sebelum diseludup masuk ke dalam negara. Ia kemudian dibungkus di sebuah rumah di Pekan Nenas, Pontian, dekat sini.
"Selepas ia dibungkus dalam bungkusan plastik nipis itu ia dimasukkan dalam kotak polisterin berisi ikan kerapu berkenaan sebelum ia dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bagi diseludup ke Hong Kong.

Antara barang rampasan berkaitan tangkapan suspek penyeludupan dadah bagi pasaran ke Hong Kong. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan"Menerusi siasatan awal mendapati sindiket dadah antarabangsa yang mempunyai rangkaian dengan sindiket di Hong Kong itu sudah lapan kali berjaya menyeludup dadah menerusi modus operandi ini.
"Malah ia berjaya melepasi pemeriksaan ketat di KLIA berikutan bungkusan dadah nipis itu tidak dapat dikenal pasti apabila diimbas menerusi alat pengimbas di lapangan terbang berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Razarudin berkata, kejayaan mematahkan penyeludupan terbaharu sindiket berkenaan itu juga adalah hasil perkongsian maklumat dari pihak berkuasa Hong Kong.
Katanya, pihak berkuasa Hong Kong yang berjaya memintas kemasukan penyeludupan heroin ini dari sindiket sama pada 26 Oktober lalu sebelum memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Hasil risikan dan siasatan mendapati polis percaya nilai heroin yang telah berjaya diseludup ke Hong Kong sebelum ini tidak kurang daripada RM3 juta.
"Menerusi siasatan lanjut turut mendapati sindiket di Australia juga berminat untuk mendapat bekalan heroin dari sindiket dadah ini, namun kita berjaya halang dengan penahanan 12 suspek sindiket berkenaan," katanya.
Beliau berkata, sindiket dadah antarabangsa itu dipercayai mula aktif menyeludup heroin ke Hong Kong antara hujung tahun lalu dan awal tahun ini.
Katanya, siasatan lanjut mendapati dua anggota sindiket itu adalah ahli aktif sebuah kongsi gelap di Johor.
"Tujuh suspek termasuk dua ahli kongsi gelap itu turut mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah manakala seorang lagi suspek didapati positif dadah.
"Kesemua 12 suspek sudah direman tujuh hari, sejak Ahad lalu sehingga Sabtu ini, namun kita jangka akan mohon sambungan reman bagi melengkapkan siasatan," katanya.
Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Razarudin berkata, polis juga mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988, dengan pelbagai aset milik sindiket membabitkan akaun bank, kenderaan mewah, wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM710,851, disita.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/cubaan-seludup-dadah-dalam-kotak-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Sindiket Dadah Guna Kargo Udara Tumpas Kali Ini Mahu Seludup Ke Hong Kong

Lagi Sindiket Dadah Guna Kargo Udara Tumpas Kali Ini Mahu Seludup Ke Hong Kong

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 264 hits
Oleh Razarudin Husain dan Ayob Khan menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di IPK Johor hari ini LAGI sindiket penyeludupan dadah menggunakan kargo udara berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia Beberapa minggu lalu penghantaran...
Canggih Gunakan Dron Untuk Seludup Dadah

Canggih Gunakan Dron Untuk Seludup Dadah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 153 hits
Gambar Sekadar Hiasan Seorang warga singapura yang dikenali sebagai Boy Setan kini menjadi buruan Pihak Polis yang dipercayai melakukan kesalahan kegiatan penghantaran dadah menggunakan This is a content summarry Visit my website for full l...
Ikan Kerapu Kukus Cantonese Style

Ikan Kerapu Kukus Cantonese Style

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 225 hits
Sebelum kita masuk dengan lebih detail di blog jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan juga untuk klik Follow Blog Terima kasih atas kerjasama anda semua Saya ingin memetik sedikit intipati dari kuliah Ustaz Ahmad Dusuki b...
Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 725 hits
Resepi Ikan Kerapu Sos Kari Tiga RasaBahan Ikan Kerapu Goreng 1 ekor ikan kerapu garam secukup rasa2 ke 3 sk serbuk kunyit adabi2 sudu tepung beras1 sk serbuk limau Knorr500gm minyak masakCara Memasak 1 Lumur garam serbuk kunyit tepung bera...
Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 275 hits
Gambar ContohMELAKA 26 Okt Seorang ibu kepada dua anak antara tujuh ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan negeri bersama tujuh agensi lain di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian dan Simpang...
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 363 hits
Disebabkan beberapa harini viral cerita ikan siakap kayangan harga 4 angka apa kata cuba buat sendiri resepi ikan siakap ni harga pun jauh lebih murah Alah sekilo ikan siakap berapa belas ringgit je kan RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI...
Saya Tak Diberitahu Berapa Berat Ikan Kena Bayar Rm1 660 Lagi Pelanggan Dakwa Dianiaya Restoran Viral Di Langkawi

Saya Tak Diberitahu Berapa Berat Ikan Kena Bayar Rm1 660 Lagi Pelanggan Dakwa Dianiaya Restoran Viral Di Langkawi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 410 hits
The ReporterSusulan pendedahan dua pelanggan yang mendakwa terpaksa membayar harga hidangan mahal di sebuah restoran terapung di Pulau Langkawi baru baru ini tampil seorang lagi wanita mendakwa turut dianiaya oleh restoran yang sama Rohani ...
Ikan Siakap Seberat 7 Kg Pertama Kali Dijual

Ikan Siakap Seberat 7 Kg Pertama Kali Dijual

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 373 hits
Oleh NUR AMALINA AZMAN NORASYIKIN Musa menunjukkan ikan siakap seberat hampir 7 kg yang pernah dijual di restorannya di Taman Geoforest Karst Kilim Langkawi sebelum ini LANGKAWI Pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan s...
Usahawan Kongsi Pengalaman Nyaris Terkena Hidangan Ikan Siakap

Usahawan Kongsi Pengalaman Nyaris Terkena Hidangan Ikan Siakap

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 279 hits
Oleh JAMLIAH ABDULLAH MAZLINA KAMARUDINLANGKAWI Seorang usahawan terkenal di negeri ini berkongsi pengalaman ke restoran hidangan ikan siakap bertaraf kayangan bagi mengelak terkena dengan harga ribuan ringgit setelah menjamu selera Individ...
Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Mechanic Caught By Jpj For Not Renewing His Road Tax For 23 Years

Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid