Lagi Senang Bagi Kereta Vide0 Ditanya Nak Apa Untuk Birthday Gadis Terus Beli Kereta Lepas Ser4m Dengar Permintaan Mak
Sebagai seorang anak, kita mesti ada satu niat ataupun harapan untuk buat ibu bapa bangga dengan diri kita. Jika dah bekerja tu pula, kalau boleh mesti kita nak bagi hadiah sebagai tanda menghargai peng0rbanan kedua ibu bapa kita.
Kebiasaannya kalau nak beli hadiah ni, mesti akan minta hint dari mereka kalau ada benda yang dimahukan. Namun, kadang-kadang ‘benda’ yang di minta oleh mereka itu boleh buat kita terdiam macam kisah ini.
Tanya hadiah untuk hari jadi mak
Macam kisah yang viral di media sosial baru-baru ini, bila seorang anak dilihat lagi rel4 keluarkan duit yang banyak daripada bagi ‘ahli keluarga baru’ untuk ibunya.
Menerusi kisah yang dikongsi oleh @deroxanna ini, dia dilihat cuba untuk beri hadiah hari jadi kepada ibunya sebagai tanda penghargaan dengan menanyakan apa dimahukan oleh orang tuanya itu.
Pada mulanya, si ibu dah bagi jawapan yang dia nak kereta sebagai hadiah hari jadinya nanti. Walau bagaimanapun, anaknya rasa bahawa si ibu seakan bergur4u dan bertanya dengan nada s3rius sekali lagi. Lepas itu, terus terdiam si anak lepas ibunya kata mahukan menantu sambil diberi renvngan yang t4jam.
Mungkin pilihan pertama ibunya lebih senang nak ditunaikan, sebuah lori yang membawa kereta jenis Proton Saga untuk diberikan pada ibunya terus dilihat berada di hadapan rumah mereka.
Perkongsian video tersebut telah menjadi bualan ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 450k tontonan di TikTok.
Video:
@deroxannaMy syurga.. #birthdaypresent #Jus
♬ original sound – Mon chèri – Mon chèri
“Entah ii menantu tu bawak lori tu”
Menjengah ke ruangan komen, nyata jawapan dari si ibu itu membuatkan rata-rata netizen jadi terhibur. Ramai merasakan bahawa belikan kereta lebih mudah dari bagi menantu untuk mak, di samping ada juga buat andaian yang mungkin jawapan kedua maknya itu package dengan pemandu lori tersebut. Mungkin juga?
Moral of the story, ikut saja jawapan pertama dari ibu bapa korang nanti. Takoddd jadinya nanti.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Lobak Merah
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/08/lagi-senang-bagi-kereta-vide0-ditanya.html