Lagi Kejadian Serangan Tembakan Di Masjid Sekurang Kurangnya 13 Jemaah Dilaporkan Maut
Burkina Faso – Sekumpulan lelaki bersenjata bertindak menyerang sebuah masjid di sini ketika jemaah sedang menunaikan solat, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang jemaah pada petang Jumaat.
Semua mangsa dalam serangan ke atas Grand Mosque di utara perkampungan Salmossi tersebut maut ditempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.
Menurut penduduk tempatan, walaupun pengawasan ketenteraan ditingkatkan, penduduk masih panik akibat serangan berkenaan.
Identiti penembak masih belum dikenalpasti.
Keganasan meningkat
Tentera yang berkawal untuk menentang keganasan. (Gambar: Google)
Menurut Al-Jazeera, beberapa tahun kebelakangan ini kumpulan ekstremis bersenjata al-Qaeda dan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL/ISIS) sering dikitkan dengan keganasan di negara yang terletak di benua Afrika itu.
Kumpulan pengganas berkenaan yang memasuki Burkina Faso melalui negara jiran, Mali menyebabkan berlakunya ketegangan antara etnik dan agama terutama di utara negara tersebut.
Serangan mereka menggunakan taktik pengeboman berani mati dan penanaman periuk api di jalan telah membunuh hampir 600 orang, lapor Al-Jazeera.
Menurut Agensi Pelarian Bangsa Bersatu (UN), hampir 500,000 penduduk meninggalkan rumah mereka akibat keganasan yang mengakibatkan krisis kemanusiaan menjejaskan 1.5 juta penduduk.
Hampir 3,000 sekolah ditutup manakala ekonomi luar bandar terjejas.
Minggu lepas, seramai 20 orang maut ditembak dalam serangan di tapak perlombongan emas di utara negara itu.
Disebabkan ketenteraan negara berkenaan yang lemah dan kurang kelengkapan, tentera asing memasuki negara berkenaan bagi membantu menentang keganasan.
Walaubagaimanapun, kemasukan tentera asing ditentang oleh sebahagian rakyat tempatan yang menafikan keberkesanan campur tangan tentera luar di wilayah mereka.
“Tentera Perancis, Amerika, Canada, Jerman dan negara lain memasuki wilayah kami mendakwa untuk menentang keganasan. Namun walaupun dengan keberadaan mereka, kumpulan pengganas semakin kuat,” kata Gabin Korbeogo, salah seorang penganjur protes melibatkan 1000 penunjuk perasaan menentang keganasan dan campur tangan tentera asing di Afrika.
Sumber: Al-Jazeera
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/13/lagi-kejadian-serangan-tembakan-di-masjid-sekurang-kurangnya-13-jemaah-dilaporkan-maut/