Lagi Isu Kwsp Yang Harus Difahami
𝗜𝗦𝗨 𝗞𝗪𝗦𝗣
Ada pihak yang melatah dengan cadangan YAB Tambun agar simpanan KWSP dijadikan cagaran untuk pinjaman bank. Pendukung Perikatan Nasional seharusnya mendengar penggulungan Belanjawan 2023 oleh YAB Tambun bagi memahami secara menyeluruh. Belanjawan yang dibentangkan cukup inklusif bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara termaksuklah komitmen tuntas YAB Tambun untuk menoktahkan miskin tegar.
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 - Cadangan untuk pengeluaran KWSP ketika ini tidak boleh kita samakan pada keadaan sebelum ini. Hal ini kerana pelaksanaan sebelum ini adalah disebabkan negara berada dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi dimana terdapat banyak sekatan ekonomi akibat pkp. Manakala keadaan sekarang adalah berbeza apabila ekomomi negara, serantau dan dunia telah beroperasi seperti sediakala dan kitaran ekonomi mula berkembang tanpa sekatan.
Apabila ekonomi mula berkembang, setiap daripada rakyat mempunyai ruang dan peluang untuk menjana pendapatan melalui perkerjaan ataupun berniaga secara skala kecil atau sederhana. Dalam belanjawan 2023 juga telah memperuntukan sejumlah bajet bagi membantu para usahawan.
𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔- Pengeluaran KWSP tidak akan menyelesaikan masalah secara akar dan akan menjadi acara tahunan bagi politikus menunggang tanpa menyelesaikan masalah tunjang iaitu kos sara hidup dan inflasi. Ini jelas terbukti apabila 2 kali pengeluaran KWSP dibenarkan tetapi rakyat masih tersepit untuk kelangsungan hidup. Usaha yang sedang dilakukan oleh YAB Tambun adalah untuk menyelesaikan masalah akar iaitu menangani kos sara hidup dan menjana pertumbuhan ekonomi tanpa rakyat bergantung kepada simpanan KWSP mereka. Matlamat Simpanan KWSP iaitu simpanan untuk hari tua akan menjadi satu malapetaka jika tidak dikawal sekarang.
𝗔𝗡𝗔𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗖𝗔𝗚𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗪𝗦𝗣
Seorang pencarum telah kehilangan pekerjaan tetapi mempunyai simpanan KWSP. Beliau mempunyai perniagaan skala kecil sebelum ini dan ingin mengembangkan perniagaan kepada skala sederhana dengan membuat pinjaman RM10K kepada intistusi kewangan untuk membuat modal tambahan bagi menjalankan perniagaan kedai makanan Menu RAHMAH.
Bayaran pinjaman bulanan beliau terhadap institusi kewangan anggaran RM116/bulan selama 10 tahun. Jumlah yang dibayar adalah rm14k termasuk interest.
Selepas 10 tahun, beliau dapat:
1. Perniagaan kedai makan
2. KWSP beliau akan menjadi Rm15500 termasuk pulangan KWSP bagi 5.5% setahun
Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh Kerajaan pimpinan YAB Tambun dalam membantu rakyat dibawah dan akhir sekali sekiranya ada antara mereka yang benar-benar memerlukan dana simpanan KWSP untuk kelangsungan kehidupan maka boleh membuat cagaran kepada institusi kewangan disamping simpanan dihari tua anda terjamin. Hal ini boleh mengelakkan anda terjerumus dalam kesempitan sejak usia muda hingga ke hari tua.
𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐔𝐃𝐈𝐍
𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/03/lagi-isu-kwsp-yang-harus-difahamai.html