Lagi Banyak Awak Bercakap Lagi Banyak Hal Awak Buat Calon Bn


THE MALAYSIAN TIMES 

TANAH RATA: Sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands berlangsung, calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor tidak banyak bercakap dan antara calon yang dilihat susah didekati media.

Bagaimanapun, Ramli, 61, bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, hari ini menjelaskan beliau sebenarnya bukan tidak suka kepada media, sebaliknya mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

“Penjelasan saya mudah kenapa saya buat keputusan untuk kurang bercakap. Saya tak mahu jatuh dalam perangkap Pakatan Harapan (PH).

“Ada peribahasa Melayu yang mengatakan ‘lagi banyak awak bercakap lagi banyak awak buat hal’,” katanya kepada pemberita di luar Sekolah Kebangsaan Menson, dekat sini, satu daripada pusat mengundi PRK berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak memasuki pusat mengundi ketika tiba pada kira-kira pukul 11 pagi, sebaliknya meluangkan masa kira-kira 15 minit di bilik operasi BN berdekatan pusat mengundi itu.

Ditanya mengapa beliau tidak mengundi pada hari ini, Ramli menjelaskan beliau baru bersara daripada perkhidmatan dan belum menukar alamat rumahnya.

Selain Ramli, turut tidak mengundi pada PRK berkenaan ialah M Manogaran, 60, yang mewakili PH.
Hanya dua calon yang mengundi hari ini iaitu petani, Wong Seng Yee, 40, dan bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, kedua-duanya bertanding sebagai calon Bebas.

Wong yang hadir seawal pukul 7.50 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bertam Valley untuk mengundi berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan kempen selama dua minggu yang berakhir pada pukul 11.59 malam semalam.

“Saya dapat belajar banyak dan dapat dengar banyak masalah terutama isu tanah di kalangan masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Walaupun tidak mengharapkan kemenangan, Wong yang merupakan pengusaha kebun bunga kekwa, terkejut dengan penerimaan pengundi Cameron Highlands terhadapnya, terutama di kawasan Dewan Undangan Jelai, kawasan majoriti Melayu.

“Saya hairan, bila saya turun, mereka kenal saya, dan panggil saya Abang Topi,” katanya yang sinonim dengan kasut but kuning ‘Phua Chu Kang’ dan topi jerami peladang.

PRK berkenaan yang diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 bagi parlimen itu, terbatal dan tidak sah, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan dan BN serta dua calon bebas.—Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/lagi-banyak-awak-bercakap-lagi-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fadli Zon Bilang Jokowi Banyak Bicara Hal Tak Penting Di Debat Capres

Fadli Zon Bilang Jokowi Banyak Bicara Hal Tak Penting Di Debat Capres

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 258 hits
Fadli menyontohkan saat Jokowi menyinggung banyaknya caleg mantan koruptor dari partainya Meski begitu dia menyebut Prabowo tidak terpancing untuk menjawab lebih jauh karena dinilai tidak relevan dengan tema debat yang sedang berlangsung
Dirjen Kemenhub Banyak Hal Harus Dipertimbangkan Sebelum Izinkan Motor Masuk Tol

Dirjen Kemenhub Banyak Hal Harus Dipertimbangkan Sebelum Izinkan Motor Masuk Tol

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 245 hits
Dirjen Budi menjelaskan bahwa bisa saja jalan tol dilalui oleh sepeda motor tapi hanya jalan tol yang spesifikasinya sama dengan jembatan Suramadu dan jalan tol di Bali Sementara itu untuk jalan tol di daerah perkotaan harus melalui pertimb...
3 Hal Yang Menyebabkan Banyak Jin Dan Manusia Masuk Neraka

3 Hal Yang Menyebabkan Banyak Jin Dan Manusia Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 943 hits
oleh Fadhil ZA Tulisan ini kami tampilkan dalam dua versi yang pertama dalam bentuk video di youtube dan yang kedua dalam bentuk tulisan di blog ini silahkan versi mana yang anda sukai SILAHKAN LIHAT VERSI VIDEONYA INI VERSI TULISAN Mari ki...
Hal Yang Paling Dekat Dengan Diri Kita Adalah Mati

Hal Yang Paling Dekat Dengan Diri Kita Adalah Mati

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 529 hits
Hal yang paling dekat dengan diri kita adalah Mati Berbicara soal takdir itu kenyataan yang tak mungkin berubah sentuh soal mati itu destinasi yang pasti Bezanya hanya jalan cerita Baik atau buruk jalannya itu urusan Dia tragis atau tidak i...
Keuangan Anda Masih Bermasalah Atasi Dengan 4 Hal Ini

Keuangan Anda Masih Bermasalah Atasi Dengan 4 Hal Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 367 hits
Menghemat uang memang sangat sulit dilakukan bagi kebanyakan orang Karena kebanyakan tidak memiliki daftar kebutuhan prioritas kebutuhan apa saja yang diperlukan dan tidak banyak juga yang mengetahui langkah langkah terbaik apa sajakah yang...
Selepas Miti Kini Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Pula Iktiraf Kejayaan Kerajaan Bn Najib

Selepas Miti Kini Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Pula Iktiraf Kejayaan Kerajaan Bn Najib

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 546 hits
Tak faham ini Minggu lepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan PH tiba tiba mengeluarkan kenyataan untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri Kata strategi kita baik Kita di landasan yang betul Kita...
Indef Janji Prabowo Naikkan Gaji Pns Bukan Hal Baru Sudah Dilakukan Jokowi

Indef Janji Prabowo Naikkan Gaji Pns Bukan Hal Baru Sudah Dilakukan Jokowi

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 279 hits
Dalam debat Capres Cawapres malam kemarin Prabowo mengatakan akan menaikkan gaji ASN atau PNS jika terpilih nanti Hal ini kata dia untuk menekan tindak pidana korupsi
Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Sbdj Siri 225 Penunggu Bilik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km

Engaging First Years In Humanities New Course Initiatives

Dog Human Bond Insights From Harvard S Canine Research

Isu Papar Harga Ubat Pm Anwar Gesa Kkm Perjelas Tindakan Guna Akta 723

Sentuh Sentimen Kaum Amp Agama Mcmc Kompaun Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat