Lagi 2 959 Pelanggan Saman Cimb Atas Ralat Kredit Pendua




Predeep Nambiar -April 29, 2022     Saman tindakan kelas terbaharu oleh 2,959 pelanggan CIMB menyusul dua saman sama oleh 662 pelanggan lain.GEORGE TOWN: Kumpulan ketiga 2,959 pelanggan memfailkan saman tindakan kelas terhadap CIMB Bank atas kecuaian berhubung ralat kredit pendua yang menyebabkan akaun mereka dibekukan dan berhutang.
Mereka mendakwa tindakan bank membekukan akaun dan kemudian memasukkan jumlah terhutang tanpa persetujuan mereka menyalahi undang-undang.
Terdahulu, 662 pelanggan lain dilapor memfailkan dua saman berasingan terhadap bank itu berhubung insiden sama Februari lalu, CIMB berkata, ralat pemprosesan berkaitan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga menyebabkan pemindahan dibuat kepada pelanggan diproses dua kali secara tidak sengaja. Bank itu kemudiannya berkata, ia cuba mendapatkan semula jumlah pendua itu, tetapi menafikan dakwaan salah laku dan akan mempertahankan diri.
Dalam saman terbaharu yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 April lalu, seramai 2,959 pelanggan meminta jumlah yang diambil dari akaun mereka dikembalikan kerana ia didebitkan secara salah.
Mereka mendakwa sudah menghubungi bank itu pada pertengahan 2020 berhubung “jumlah pendua” dan diberitahu ia adalah sah.
Mereka memohon deklarasi bahawa CIMB melanggar kewajipan fidusiarinya dengan tidak memastikan jumlah wang yang dikreditkan itu ke akaun adalah teratur.
Menurut mereka, bank itu turut melanggar kontrak dengan gagal memberikan notis mencukupi sebelum mengambil jumlah pendua dari akaun mereka.
Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk dengan faedah 5% setahun dari tarikh saman difailkan berserta kos.
Menurut pemfailan mahkamah oleh Tetuan Isa Aziz Ibrahim, 2,959 pelanggan itu mempunyai lebih 3,000 akaun dengan CIMB.
Seramai 2,957 plaintif dalam saman itu diwakili Fadhlina Abdul Rahman, 40, dan Kamarul Hisham Abdul Hadi, 44.
Dalam respons segera terhadap saman itu, CIMB berkata, disebabkan ini adalah prosiding undang-undang, ia akan mempertahankan pendiriannya dengan tegas dan menyerahkan keputusan kepada proses wajar mahkamah.
“Semua langkah pemulihan yang diambil selaras amalan standard industri dan selepas notis serta pemberitahuan sewajarnya. Bank kekal komited dalam mencapai penyelesaian adil dan terurus dengan pelanggan terjejas.”
Dalam dua saman terdahulu yang difailkan 662 pelanggan, CIMB berkata, ia tidak melanggar sebarang kontrak dengan pemegang akaunnya kerana ia bebas memasukkan atau menahan mana-mana akaun dikehendakinya.
Bank itu berkata, akibat kredit penduan itu, pemegang akaun “diperkayakan secara tidak adil” dan tidak memaklumkan kepada bank mengenai jumlah pendua dalam akaun mereka.
CIMB berkata, ia dibenar mendapatkan kembali jumlah pendua itu kerana ia berhak secara sah dan kontrak untuk berbuat demikian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/lagi-2959-pelanggan-saman-cimb-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasatan Sprm Ke Atas Hakim Nazlan Berikan Gambaran Buruk Kepada Sistem Keadilan Negara

Siasatan Sprm Ke Atas Hakim Nazlan Berikan Gambaran Buruk Kepada Sistem Keadilan Negara

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 201 hits
Langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan rasmi ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali telah memberikan gambaran buruk kepada sistem keadilan di negara ini Ia seolah olah mahu mengesahkan ada kebenaran ke atas pen...
Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

Siasatan Ke Atas Hakim Perlu Dibuat Badan Kehakiman Anwar

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 145 hits
Siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dakwaan mempunyai wang diragui dalam akaunnya seharusnya dilakukan oleh badan kehakiman dengan menubuhkan tribunal Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datu...
Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 193 hits
Sila baca komen saya pada penghujung ini FIC LONDON HOTEL PTE LIMITED OWNER OF FELDA GRAND PLAZA KENSINGTON HOTEL CLOSEDWHO OWNS THIS HOTEL NOW OLEH RAFIZI RAMLII have shown over the past week how the issue of Felda s investment in London w...
Hiburan Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip Nak Jadi Pekerja Ke Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

Hiburan Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip Nak Jadi Pekerja Ke Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 350 hits
Sebagai seseorang yang sudah bergelar ibu bapa tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi insan yang mempunyai akhlak mulia sebelum mereka meningkat dewasa sememangnya penting Bagaimanapun tweet yang tular baru baru ini lain pula ceritanya k...
Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 21 22 April 2022 Buka Pesanan Membeli Di Atas Tahap 1 0830 1 0850 21

Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 21 22 April 2022 Buka Pesanan Membeli Di Atas Tahap 1 0830 1 0850 21

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 172 hits
Sejak 19 April pasangan mata wang EUR USD melantun semula selepas mencapai tahap rendah 1 0760 Dalam masa kurang daripada 48 jam pasangan mata wang EUR USD berjaya pulih hampir 200 pips Ini adalah petanda positif dan pasangan mata wang ini ...
Tular Pelajar Sekolah Makan Makanan Dari Atas Lantai

Tular Pelajar Sekolah Makan Makanan Dari Atas Lantai

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 153 hits
TANGKAP layar memaparkan situasi ketika seorang lelaki menghidangkan makanan di atas lantai sebuah sekolah agama di Indonesia Instagram JAKARTA Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi seorang lela...
Emas Gagal Bertahan Di Atas Sokongan Utama

Emas Gagal Bertahan Di Atas Sokongan Utama

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 154 hits
Dalam istilah Ichimoku cloud harga emas telah memberikan isyarat penurunan harga yang baharu pada setiap Hari kerana harga menembusi di bawah sokongan cloud Minggu lepas kami memberi amaran kepada pedagang bahawa Emas berada dalam arah alir...
Aidil Zafuan Mercun Atas Tilam Ketika Zaquan Tidur

Aidil Zafuan Mercun Atas Tilam Ketika Zaquan Tidur

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 114 hits
Aidil Zafuan Mercun Atas Tilam Ketika Zaquan Tidur Selepas 2 tahun tidak dapat bersama tahun 2022 kali ini dapat juga kita raikan Hari Raya Aidilfitri di kampung berkumpul dengan keluarga Gembira rasanya tengok perkongsian rakyat Malaysia y...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl