Ladang Farm Fresh Upm Bawa Anak Tengok Lembu
Dekat dan mudah.Nak bawa anak-anak berseronok tapi tak mahu pergi jauh-jauh,di suatu pagi Ahad asalnya plan nak berjogging di sekitar tasik Putrajaya je tapi skroll-skroll handphone terbaca tentang ladang Farm Fresh di UPM yang boleh di lawati oleh anak-anak,apa tunggu lagi,pusing stereng terus menghala ke sana la
Korang waze atau google maps sahaja Farm Fresh UPM Serdang ,Insya Allah sampai,parking percuma di atas bukit berdepan pintu masuk,jika bawa stroller atau warga emas bolehlah turunkan dulu depan pagar kemudian pergi parking.Oh ya ,stroller dan wheelchair boleh bawa masuk ye
Harga Tiket Sebelum masuk sila berbaris beli tiket dulu ye, boleh bayar cash, debit card atau QRPay, mudahkan.Harga tiket seperti berikut :
Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warganegara1510Pelancong Asing3525
Harga tiket agak berbaloi dengan tempat yang bersih dan teratur di dalam,Ada juga kemudahan traktor yang boleh naik secara percuma untuk melawat ladang lembu dan naik ke atas bukit untuk melihat permandangan sekitar,tempat nak naiknya di pintu masuk,tapi stroller kena tinggal la letak tepi pagar ye,kena panjat naik traktor tinggi tu,seronok sangat Kakak Maira dengan adiknya
Seronok juga tour ladang dengan traktor tu,pusing tempat lembu,kebun ,kolam ikan dan naik ke atas bukit uamg ada pokok sebatang merimbun tu alaaaa yang macam dalam filem Lagenda Budak Setan Farid Kamil berlakon tu.Subhanallahhh cantik sangat permandangannya ,udara pun segar,puas la kata kalau tarik dalam dalam-dalam,oh ya tak de bau lembu ye hahahha.Rasa macam nak suruh diorang sediakan pangkin pulak kat atas tu .boleh piknik eh hehhehe.Lepak sekjap ambil gambar ,naik semula traktor dan turun ke bawah
Kemudahan lengkap dan tarikan menarik.Cik Sue mungkin akan repeat datang sini sebab best bawa dan lepaskan anak-anak bermain,lengkap ada tempat makan ,kedai aiskrim, kedai borong susu farm fresh,kedai sayur ,dan kemudahan surau,tandas bilik bayi semua ada,mudah untuk ibu dan anak-anak.Kawasan pun bersih dan landskap juga cantik ,cuma kalau datang tengahari agak panas sikit la untuk anak-anak.Nak datang kena datang awal pagi mula-mula buka tu dan pastikan anak-anak pakai kasut lebih sesuai dan selesa berlari dan meneroka
Selain daripada lembu ada juga binatang lain yang anak-anak boleh explore di sini,ada arnab,ular,biawak,itik,ayam,kuda dan lain-lain, macam mini pet zoo lebih kurang.Kuda tu boleh naik dengan bayaran RM10 untuk kanak-kanak ,dewasa tak boleh hehehhehe.Happy sangat Humaira ,hari tu pergi Penang nak naik tepi pantai tak sempat hehehhe.Berminggu juga dia dok ulang cerita naik kuda hahahhaa
Aiskrim sedap.Kalau dah penat pusing jangan risau ada restoran dan tempat makan kat dalam ni.Cik Sue tak ingat sangat menu makanan yang ada sebab kami lepak minum je,order kopi latte yang sedap tu guna susu segar dari ladang tentunya.Yang pasti Cik Sue tengok ramai yang order pizza kat situ ,sedap la agaknya hehehe laku keras.Oh ya pembayaran semua cashless ye,pakai kad debit atau QRPay sahaja tak de cash
Boleh bawa makanan sendiri ke? setakat biskut dan makanan ringan anak tu boleh la Cik Sue masukkan dalam beg galas dan botol air masak ok je pegang atau sangkut kat stroller.Oh ya ada juga kiosk aiskrim yang sedap tu,aiskrim biasa dan gelato,kononnya beli satu je kat Humaira,tapi tak cukup ye,sedap aiskrim dia mungkin sebab bahan fresh la kot kan.So beli la lagi ayah kongsi dengan ibu hehehhe.Oh ya ,ada kedai jualan borong susu Farm Fresh juga kalau korang nak beli banyak atau satu-satu pun boleh untuk bawa balik,ada sayur hasil tanaman diorang juga
Kawasan cantik untuk photoshoot.Kawasan dan landskap dalam ni cantik tau,kalau nak buat photoshoot pun berbaloi tapi kena mintak kebenaran dulu la kan,tapi setakat nak ootd sambil melawat ok je.Maira pun kemain posing dia ehheheSemua tempat nak ambil gambar
Berbaloi lah,bawa anak-anak meneroka di sini,ada juga kiosk kitar semula yang anak-anak boeh belajar macam mana kitar semua bahan-bahan buangan,belajar proses penghasilan susu,macam mana nak dapatkan susu dari lembu di ladang.Insya Allah ,nanti nak datang bawa anak-anak saudara pula,tunggu cuti sekolah la.
Waktu Operasi
Tutup : Isnin
selasa – Ahad : 10 pg – 5 ptg
Nah tengok video kami ke ladang Farm Fresh di Instagram Sueizza
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sueizza.my/2023/06/Farm-Fresh-UPM.html