Laaa Awat Pulak Rauf Tak Mau Ka Jadi Mb


 



Terkini! Rauf enggan dikaitkan dengan isu calon Ketua Menteri Melaka dari BN
November 17, 2021 Enggan dikaitkan dengan isu calon ketua menteri Melaka dari BN, pengerusi Umno negeri itu Ab Rauf Yusoh menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli parti yang patuh kepada arahan.
Bagi calon BN untuk DUN Tanjung Bidara itu, dia menganggap isu ketua menteri dari gabungannya sudah selesai selepas ia diumumkan sejak awal Nov lalu.
Penegasan itu dibuat Ab Rauf ketika masih wujud spekulasi bahawa dia bakal diangkat mengisi jawatan ketua menteri andainya BN berjaya membentuk kerajaan selepas 20 Nov ini.
“Saya tak pernah pun disebut sebagai bakal ketua menteri ataupun calon ketua menteri (BN) kerana parti telahpun membuat cadangan yang calon ketua menteri itu adalah Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
“Jadi, jangan kaitkan saya dalam isu ini,” katanya ketika ditemu bual Malaysiakini baru-baru ini.
“Saya seorang ahli parti yang patuh pada arahan parti. Saya seorang yang rendah diri dalam parti,” katanya lagi.
Menurut bekas speaker DUN Melaka itu lagi, apa pun yang berlaku, isu calon ketua menteri tidak patut diperbesarkan kerana BN perlu sekurang-kurangnya membentuk majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan terlebih dahulu.
Secara keseluruhan ada 28 kerusi dalam DUN Melaka dan untuk membentuk kerajaan sesebuah parti perlu mengumpulkan minimum 15 daripada kerusi tersebut.
Isu calon ketua menteri dari BN masih disebut-sebut antara lain disebabkan sebelum ini ada pihak mendakwa Ab Rauf sebenarnya yang menentukan sesuatu keputusan kerajaan Melaka di sebalik kedudukannya bukan ketua menteri.
Bagaimanapun bekas setiausaha kerja Umno Malaysia itu menafikan dakwaan tersebut.
Tambah Ab Rauf dia berpendapat tiada faedah untuk terus bercakap mengenai isu calon ketua menteri kerana ia adalah hak parti untuk menentukannya.
Semua calon berpotensi menang
Apa yang perlu diutamakan sekarang, katanya, ialah memenangi pilihan raya.
Pada pilihan raya ini, Rauf berdepan dengan Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Zainal Hassan (PKR-PH).
Untuk rekod Mas Ermieyati timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memenangi kerusi parlimen Masjid Tanah atas tiket BN namun meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu pada 12 Dis 2018, iaitu hanya kira-kira tujuh bulan selepas PH membentuk kerajaan pusat.
Tanjung Bidara merupakan satu daripada lima DUN yang berada di bawah parlimen Masjid Tanah. Selain Tanjung Bidara, DUN lain ialah Lendu yang ditandingi Sulaiman, Kuala Linggi, Ayer Limau dan Taboh Naning.
Mengulas mengenai sasaran kerusi yang bakal ditawan oleh Umno, Ab Rauf percaya parti itu boleh mempertahankan 12 kerusi yang dimenangi mereka pada 2018 selain menambah empat kerusi baru.
Empat kerusi tersebut termasuk DUN Bukit Katil yang sebelum ini dimenangi PH melalui calon dari Amanah, Adly Zahari, yang menjadi ketua menteri selepas PRU ke-14 lalu.
Sebelum dirampas Adly, Bukit Katil – yang sebelum ini dikenali sebagai DUN Bukit Baru – merupakan kerusi seorang lagi bekas ketua menteri, Mohd Ali Rustam, yang diwakilinya dari 2004 sehingga 2013.
Pada PRU lalu Bukit Katil menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Adly memperolehi undi sebanyak 11,226, Yunos Hitam (BN) pula mendapat 8,067 undi manakala Muhamat Puhat Bedol (PAS) 2,237 undi.
Dalam PRN ini PH mencalonkan Adly sebagai calon ketua menteri mereka.
Menurut Ab Rauf, pada bacaan BN Melaka kerusi-kerusi tersebut akan kembali semula kepada mereka sekali gus membuka jalan untuk gabungan berkenaan membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, BN tidak memandang mudah kekuatan pihak lawan lerama lagi semua calon terbabit juga mempunyai potensi untuk menang.
“Sebab, kalau tak (ada potensi menang) dia takkan buang masa, buang duit meletakkan calon dia.
“Sama ada PAS, Bersatu (PN), PH atau mana-mana parti yang meletakkan calon mereka, Umno tidak memandang mudah untuk kali ni.
“Sama ada ia mewakili sudut mana – sudut agama, sudut sosial ataupun daripada sudut medium politik lain – sebenarnya Umno tidak memandang mudah kepada sesiapa pun,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/laaaawat-pulak-rauf-tak-mau-ka-jadi-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laaaaa Awat La Biar Duit Orang Pegang Pulak Duit 1 Mbd Boleh Suami Bekas Gabenor Pegang Pelik Malaysia Ni Ya

Laaaaa Awat La Biar Duit Orang Pegang Pulak Duit 1 Mbd Boleh Suami Bekas Gabenor Pegang Pelik Malaysia Ni Ya

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 262 hits
SPRM digesa bertindak segera RM65 juta dana 1MDB dipegang suami Zeti November 22 202SPRM baru baru ini mendedahkan sekurang kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan oleh syarikat milik Tawfiq Ayman ...
Bn Dijangka Menang Di Melaka Rauf Bakal Ketua Menteri

Bn Dijangka Menang Di Melaka Rauf Bakal Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 248 hits
BORHAN AHMADBerdasarkan tinjauan dan analisis semasa Barisan Nasional dijangka akan memenangi pilihan raya negeri Melaka kerana pengundi Cina yang menjadi penyokong tegar Pakatan Harapan sebelum ini buat masa sekarang enggan keluar mengundi...
Prnmelaka2021 Cikgu Ini Kenal Siapa Rauf

Prnmelaka2021 Cikgu Ini Kenal Siapa Rauf

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 177 hits
Oleh Ustaz Jeff Pesara Guru berumur 80 tahun cikgu Latif Abdullah adalah bekas guru antara yang mengajar Dato Rauf sejak di bangku sekolah rendah Baginya Rauf yang berada di kelasnya dari darjah satu hingga darjah enam adalah seorang yang t...
Sop Violation Dap Man Denies Wrongdoing Points To Rauf And Najib

Sop Violation Dap Man Denies Wrongdoing Points To Rauf And Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 242 hits
MALACCA POLLS DAP s Kota Laksamana candidate Low Chee Leong was today questioned by police for allegedly violating the standard operating procedure against Covid 19 After giving his statement at the Malacca district police headquarters Low ...
Mas Ermieyati Bentang Rekod Kerja Rauf Dibelenggu Persepsi

Mas Ermieyati Bentang Rekod Kerja Rauf Dibelenggu Persepsi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 240 hits
DALAM tempoh seminggu lalu apabila Datuk Ab Rauf Yusof disebut sebut akan menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ramai tidak begitu teruja sangat Dengan pelbagai krisis politik yang berlaku dan dikaitkan dengan beliau sehingga Keraj...
Pm Ditanya Apa Tindakan Terhadap Rauf Yang Langgar Sop

Pm Ditanya Apa Tindakan Terhadap Rauf Yang Langgar Sop

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 163 hits
MALAYSIA DATELINEPengerusi Umno Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh didakwa melanggar SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya apabila membawa rombongan lebih 20 orang penyokong termasuk Datuk Seri Najib Razak ke pusat penamaan calon h...
Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf

Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 242 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri 20 November ini bukannya Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang ketika pentadbirannya lah kerajaan UMNO tumbang ...
Pertandingan Antara Parti Bukan Guru Dengan Bekas Anak Buah Ab Rauf

Pertandingan Antara Parti Bukan Guru Dengan Bekas Anak Buah Ab Rauf

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 289 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melambai sambil diiringi pencadang dan penyokong ketika hadir bagi menghantar borang pencalonan pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Pusat Penamaan Calon N 02 Tanjung Bidara di Kompleks Japerun ...
Poor Governance By Ph Pn A Lesson For Melakans Says Rauf

Poor Governance By Ph Pn A Lesson For Melakans Says Rauf

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 172 hits
Melaka Umno chief Ab Rauf Yusoh claims that Barisan Nasional was well received after taking over the state government from Pakatan Harapan last year ALOR GAJAH Melaka Umno chief Ab Rauf Yusoh has accused Pakatan Harapan and Perikatan Nasion...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu

Burung Bukan Punca Pesawat Terhempas Rupanya Ditembak Anti Dron Alasan Tak Masuk Akal Russia Buat Ramai Marah

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik