Kyocon The Alley Boboiboy Bersama Tiga I


Assalamualaikum... 
BILA ada masa tak ada duit,  bila ada duit tak ada masa. Begitulah hidup orang yang kais pagi makan petang,  kais petang makan malam,  nasib malam tak berkais untuk makan esok pagi,  huhuhu. 
Cuti sekolah kali ini yang juga cuti pertengahan semester bagi Iman,  Sk tidak ke mana.  Di samping tak ada duit sangat,  cuti tahunan pun tak berapa nak ada,  Pak Inche pula sibuk dengan persiapan event MyRumah yang  berlangsung hari ini.  Jadi,  semalam Sk mengajak Cikwa, Iman,  Izzat dan Indah berjimba. Seorang lagi I iaitu Ilham kena tinggal sebab asyik tidur.. hurmm..  Kalau dia ikut pulak,  mana kita nak sumbat ek,  huwa huwa huwa.  Yang si kecik Zulaikha,  sorry ya sebab Cikwa kata awak tak datang rumah nenek semalam kalau tak Cikwa bawa juga 😁😁😁
Makan Di Kyocon

Khabarnya Cikwa dah berjanji nak bawa budak-budak ni makan di Kyocon.. Cikwa dah beberapa kali makan Kyocon di KL,  budak-budak ni memang tak pernahlah. Tambah lagi Pak Inche bukan minat makan di restoran ala Korea macam ni kan Nasib baiklah Cikwa nak belanja,  kan..  Semoga bertambah lagi rezeki Cikwa lepas ni. 

Sk bawa mereka ke Kyocon cawangan R&F Mall di Stulang Laut sebab situ jer tempat yang senang dan tak sesak. Kyocon R&F Mall ni terletak di Aras Satu. Konsepnya adalah secara layan diri,  jadi Sk dan Cikwa lah yang membuat pesanan.  Budak-budak tunggu dan pasrah ajelah apa yang Cikwa order tapi sebenarnya bonda yang melebij,  hahahah. 

Di sini pesanan hanya akan di masak selepas dipesan bukan sentiasa ada stok macam di kebanyakan fast food.  Jadi,  kenalah tunggu ayam siap dimasak.  Bagi menjimatkan kos,  kami cuma order tiga botol air mineral sahaja sebab lepas makan nanti barulah beli air sedap di tempat lain pulak. 

Dulu kecik-kecik kuat betul bergaduh masing-masing.  Ada aje yang tak kena tapi jauh di hati tetap sayang adik dan kakak.  Semoga kasih sayang berkekalan hingga ke syurga bukan waktu berada sahaja. 

Alahai..  Lambat betul Ayam Kyocon ni masak,  hahahaha.  Tapi Sk peliklah,  banyak menu tak ada di sini berbanding di tempat lain.  Kecewa jugaklah sebab topokki kegemaran Sk tak ada,  kena masak sendiri lagilah nampaknya. 

Salad dan semangkuk kecil nasi putih.  Yang lain katanya dah makan sebelum keluar jadi pesan semangkuk jer nasi putih untuk Iman yang lapar sangat katanya padahal pagi tu dah sarapan lontong dengan roti bom..  Ish ish ish


Puas menunggu barulah sampai ayamnya.  Cikwa bayar tapi Sk tukang ordednya,  hahaha.  Sk minta seekor ayam terus dan dimasak dengan dua flavor iaitu... 
Sorry..  Lupaaa..   Black pepper dan honey tak silap.  Yang satu tu sedap,  manis dan pedas yang satu lagi tu rasa berempah yang light gitu. 

Dahhh..  Jom makan! Sambil makan sambil kira ada berapa ketul.  Siap check mana peha,  mana kepak,  mana tungking,  hahahaha. Jumlahnya 25 ketul,  macam mana ayam seekor boleh potong 25 ek?? Dapatlah seorang lima ketul tapI Izzat makan enam kot,  Indah makan empat,  biasalah Indah tu pemalu nak habiskan,  huhu. 

Boleh tahanlah rege di Kyocon,  nak pergi Korea tak mampu kan jadi dibawalah resepi dan konsep Korea ke Malaysia dengan harga mampus


Lepas makan, jomlah cari air sedap di The Alley.  Yang sebenarnya Sk tak berkenan sangatlah air boba boba ni tapi disebabkan Cikwa kesian ngan budak-budak ni,  Cikwa kata jom. Iman pun sukalah,  dia kan memang suka air macam ni cuma Sk tak suka sebab bukan saja manis tapi mahal,  hahahaha. Orang macam Sk ni agak nak minum sedap kita bancuh jer Milo Ais kat rumah, hahahaha.  

Adik cashier ni ajak main Ohsom,  dia kata kalau menang nanti dapat diskaun 10%. Ohsom punya ohsom punya ohsom akhirnya menang jugak.  Sebenarnya dah berapa kali amoi tu menang tapi dia bagi peluang lagi,  memang nak kasi diskaun agaknya jadi main ohsom tu bagi happening sikit kan. 

Beli sorang satu untuk budak-budak. Dark Choc,  Fresh Milk dan semestinya Creme Brulee. Bagi Sk,  pearl tu yang membuatkan minuman ni jadi sedap kecuali Creme Brulee,  yang tu memang betul punya sedap dari flavor minuman sehinggalah ke pearlnya.  Bila makan pearl ni teringat pulak dulu ibu selalu buat bubur candil kan,  dulu orang letak tepung bergentel bulat dalam bubur sekarang orang letak tepung ni dalam air,  hahaha. 

Ni kot Creme Brulee..  Memang sedap.  The Alley ada flavor baru iaitu Earl Grey.. Puas amoi tu promot tapi semua tak nak, hahaha.  

Menu di The Alley.  Terbalik ek,  alaa..  Malas la nak edit,  huhuhu. 

3I.. Indah,  Izzat dan Iman. Indah akan ambil peperiksaan UPSR tahun ni,  doakan untuk Indah tau. 

Dari R&F Mall,  kami terus ke AEON Bandar Dato' Onn sebab Sk nak habiskan tebus tiket wayang MBO Cinema.  Yang sedihnya MBO Cinema ni tak banyak cerita jadi yang terhampir masanya adalah Boboiboy.  Hajat hati nak tengok Makmum tapi Makmum hanya ada tayangan di MBO U Mall,  Skudai itupun pukul 12 malam,  giler.. Hahaha. 

Kalau dah bosan menunggu tu,  makan ajelah yang sedap. Jadi,  lepas maghrib ajak dorang makan di Nyonya Leaf. Terbayang sedapnya Mee Siam tapi yang tinggal Nasi Lemak dan kuih nyonya jer.  Adeh..  Dari tadi makan minum tak sudah,  bila seluar baju ketat baru rasa nak menyesal. 

Pukul 8.30 baru tayangan bermula.  Kami dapat Big Screen,  staf MBO kata berbaloilah tebus tiket tu dapat bigscreen.  Ialah,  selalu Sk tebus di MBO U Mall sebab dekat dengan rumah.  Sana macam panggung wayang kampung jer,  hahahaha.  Pendek kata sejak bulan Jun sampai la..  asyik tengok wayang sampai naik jemu..  Aladdin la..  Lion King Laa.  Fast & Furious la..  Kali ni Boboiboy pun Boboiboy laaaa. 

Dari mula tayangan sampai tamat,  rasa serabut betul tengok Boboiboy tu.  Dengan layar yang besar dan sistem suara Dolby Atmos tu,  bila tiba babak pertarungan dia punya bergemaaa..  Hahaha.  Dengan suara watak yang menjerit-jeritnya,  dengan kesan bunyi lagi..  Adehhh. Lama betul rasa nak habis,  hahahaha.  
Nasib baiklah budak-budak seronok jadi kita pun tumpanglah seronok,  ya tak?? 
Hurmm..  Lepas ni..  Ke mana kita agaknya? 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/08/kyocon-alley-boboiboy-bersama-tiga-i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boboiboy The Movie 2 Cipta Rekod Filem Tempatan Catat Kutipan Melebihi Rm1 Juta Pada Hari Pembukaan

Boboiboy The Movie 2 Cipta Rekod Filem Tempatan Catat Kutipan Melebihi Rm1 Juta Pada Hari Pembukaan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 617 hits
Filem animasi terbaru tempatan BoboiBoy The Movie 2 telah mencatatkan rekod kutipan filem animasi tertinggi pada hari pembukaan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 18 juta Menurut pautan yang dikongsikan laman Instagram rasmi Astro ...
Lynas Decision The Right Move Gives Investors Clarity Redzuan

Lynas Decision The Right Move Gives Investors Clarity Redzuan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 333 hits
Putrajaya s decision to allow Lynas Corp to propose the construction of a permanent disposal facility is the right move in resolving the issue of its low level radioactive waste says Mohd Redzuan Md Yusof The entrepreneur development minist...
Intense Battles On The Cards

Intense Battles On The Cards

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 141 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan and the Umno PAS pact will face each other in at least 100 parliamentary and 299 state seats in the next general election In the 14th General Election last year Pakatan Umno and PAS contested against each other...
The Rumors Come True Despite Mahathir S Denials Shahidan S Brother Quietly Joins Bersatu Perlis Umno Exodus To Follow

The Rumors Come True Despite Mahathir S Denials Shahidan S Brother Quietly Joins Bersatu Perlis Umno Exodus To Follow

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 283 hits
Tambun Tulang assemblyperson Ismail Kassim the brother of former minister and BN stalwart Shahidan Kassim has joined Bersatu The 59 year old confirmed his entry into the Umno splinter party tonight according to New Straits Times It is not a...
The Most Incompetent Mb Of Them All Time To Remove Ahmad Faisal Before Perak Is Swung Left Right To Oblivion

The Most Incompetent Mb Of Them All Time To Remove Ahmad Faisal Before Perak Is Swung Left Right To Oblivion

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 380 hits
Ahmad Faizal Azumu the Mentri Besar of Perak s last gaffe was one too many His statement that there was no such thing as Orang Asli tanah adat was the last straw He holds the highest office in Perak and has access to some of the best legal ...
Mimicking The Moai Of Easter Island

Mimicking The Moai Of Easter Island

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 281 hits
Trees on a small hill here in KL seems to be mimicking the statues of Easter Island
Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 456 hits
I met Malaysians and Malaysian students during my trip to Salem yesterday From afar I have been following developments back home including the controversy over plans to introduce khat or Jawi calligraphy in the Year 4 Bahasa Malaysia curric...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico