Kwsp Umum Dividen 5 20 Peratus Kwsp Terus Melindungi Simpanan Ahli Walaupun Dilanda Krisis Sepanjang Tahun 2020



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan prestasi yang kukuh dari aspek operasi dan kewangan bagi tahun 2020 dengan mengumumkan dividen sebanyak 5.20% dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan 4.90% untuk Simpanan Shariah, dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.
Jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.
Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62% untuk Simpanan Konvensional dan 4.32% bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00% dalam tempoh lima tahun berturut-turut.
KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, “KWSP telah berjaya melindungi simpanan persaraan ahli dengan baik, di samping memenuhi keperluan mendesak untuk mereka menangani cabaran semasa.
“Ada ketikanya, KWSP perlu mengambil keputusan yang sukar bagi memastikan ahlinya mampu bertahan dalam situasi semasa yang mencabar dan pada masa sama mengimbangi keperluan masa depan mereka.
“Penyebaran dan kebolehjangkitan COVID-19 yang pantas telah menyebabkan ianya sukar dibendung dan dikawal.
“Namun, langkah proaktif kami dalam menangani kesan daripada wabak tersebut telah membantu kami untuk mengatasi pelbagai cabaran.
“Fokus ke arah digitalisasi telah membolehkan kami membantu ahli dengan lebih cekap dan lancar di samping memastikan KWSP tetap relevan dengan ahli yang kian celik teknologi.”
“Tindak balas pantas KWSP dalam mengadaptasi strategi dan proses pelaburan telah berjaya memastikannya mampu mencapai prestasi yang optimum.
“Kami juga akan terus memanfaatkan kekuatan kira-kira 250 anggota pelabur profesional KWSP yang komited dan proaktif dalam menguruskan portfolio pelaburan.
“Kerjasama kukuh dan infrastruktur digital yang mantap juga telah melancarkan proses penyesuaian diri kami dengan norma kerja yang baharu.”
“KWSP juga telah mengimbangi semula portfolio pelaburannya berdasarkan pertimbangan teliti yang menyeluruh.
“Ini mengambil kira pelbagai peristiwa global seperti pandemik COVID- 19, ketidakpastian pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada bulan November 2020, perang dagangan AS-China yang berterusan serta kesan daripada perundingan Brexit kepada pasaran modal di seluruh dunia.”
Portfolio pelaburan KWSP pada tahun 2020
Berikutan caruman yang lebih rendah bagi tahun 2020, kemampuan KWSP dalam menyesuaikan diri dengan keperluan semasa telah memastikan pelaburannya dapat memberikan pulangan mampan jangka panjang dalam keadaan norma baharu.
KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi iaitu sebanyak RM60.98 bilion, yang mana RM6.15 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.
Prestasi yang baik ini adalah hasil daripada pendekatan yang berhemah berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang telah memastikan KWSP tetap berdaya tahan walaupun menghadapi krisis yang tidak dijangka ini.
Berdasarkan kelas aset, instrumen Pendapatan Tetap merangkumi 46% daripada pelaburan, manakala Ekuiti sebanyak 42%. Hartanah dan Infrastruktur dan instrumen Pasaran Wang masing-masing merangkumi 5% dan 7% daripada pelaburan.
“KWSP ialah pelabur jangka panjang dan kekal komited dengan program diversifikasi merentasi kepelbagaian kelas aset, strategi, pengurus, pasaran, negara dan mata wang.
Pendapatan daripada aset luar negara juga memainkan peranan penting bagi prestasi kami,” jelas Tan Sri Ahmad Badri.
Setakat Disember 2020, 33% daripada aset pelaburan KWSP berada di luar negara, merangkumi pelbagai kelas aset, seperti ekuiti, khususnya ekuiti asing yang terus menjadi pemacu pulangan pendapatan pelaburan sebanyak RM28.71 bilion.
Sementara itu, portfolio ekuiti persendirian menunjukkan prestasi yang kukuh dengan agihan yang konsisten.
Walaupun indeks-indeks saham utama mengalami kerugian sebanyak 40% pada suku tahun pertama, KWSP mengambil peluang bagi mengimbangi portfolio dengan membeli aset yang kukuh pada harga yang berpatutan.
Pemulihan pada separuh tahun kedua berikutan pasaran domestik dan global yang kian baik turut menyumbang kepada portfolio pelaburan KWSP. Ini memberi peluang kepada KWSP untuk meraih keuntungan, terutamanya pada suku keempat tahun 2020.
KWSP juga mengambil langkah proaktif dengan mengambil kira turun nilai kos sebanyak RM7.71 bilion daripada ekuiti tersenarainya untuk memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal sihat.
Pada tahun lalu, KWSP juga memperkenalkan beberapa kemudahan pengeluaran, iaitu i- Lestari dan i-Sinar yang memerlukan rancangan kecairan yang mantap.
KWSP telah meningkatkan alokasi kepada portfolio instrumen Pasaran Wang bagi memenuhi keperluan tersebut.
Portfolio instrumen Pasaran Wang menyumbang sebanyak RM1.19 billion kepada pendapatan KWSP.
Dengan hampir separuh daripada keseluruhan peruntukan aset KWSP dalam instrumen Pendapatan Tetap, yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Bon & Pinjaman, KWSP dapat mengekalkan pulangan yang stabil dan mengambil peluang untuk meraih keuntungan apabila kadar faedah mengalami penurunan, dengan pendapatan sebanyak RM25.42 bilion, atau 42% daripada jumlah keseluruhan pendapatan kasar KWSP.
Kelas aset Hartanah dan Infrastruktur merekodkan pendapatan sebanyak RM5.66 bilion.
Kelas aset tersebut berhadapan dengan cabarannya yang tersendiri, apabila Perintah Kawalan Pergerakan dan amalan bekerja dari rumah menjadi norma baharu dan memberi kesan kepada pendapatan yang lebih rendah daripada segmen tertentu dalam sektor hartanah.
Walau bagaimanapun, keseluruhan portfolio tersebut terus memainkan peranan penting sebagai pelindung nilai terhadap inflasi dengan pulangan sekitar 50 mata asas melebihi instrumen Pendapatan Tetap.
Aset pelaburan keseluruhan KWSP meningkat 7.9% kepada RM998 bilion, dengan nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion pada hujung tahun lalu.
Jumlah ahli KWSP turut meningkat sebanyak 2% kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah sebanyak 534,398.
KWSP kini memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap 1% dividen untuk Simpanan Konvensional dan RM972 juta untuk membayar setiap 1% dividen untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020.
Respons KWSP terhadap cabaran tahun 2020 – ekonomi, pasaran, pekerjaan, COVID- 19
KWSP bertindak balas terhadap pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dengan melaksanakan beberapa langkah awal untuk membantu ahli dan majikan menangani masalah aliran tunai, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 ketika kebanyakan sektor ekonomi terpaksa ditutup.
KWSP merupakan salah satu dana persaraan terawal di dunia yang memberikan bantuan kepada ahlinya ketika pandemik COVID-19 merebak dengan melancarkan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari untuk memberi bantuan kewangan kepada ahli. Sehingga kini, sejumlah RM18.1 bilion telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahli di bawah kemudahan i-Lestari.
Langkah- langkah lain termasuk membenarkan ahli mengurangkan caruman wajib mereka daripada 11% kepada 7% berkuatkuasa April 2020 hingga Disember 2020.
Bagi memastikan majikan dapat menampung kos dan terus mengekalkan pekerja mereka, KWSP telah menawarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP), yang ditujukan khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
e-CAP memberi fleksibiliti kepada PKS yang layak untuk memohon penangguhan dan penstrukturan semula caruman majikan dan sebanyak 13,090 majikan telah memanfaatkan kemudahan ini dengan jumlah kumulatif RM84.95 juta.
Program ini diperkenalkan untuk membantu PKS menguruskan aliran tunai mereka dan juga untuk memenuhi kewajipan membayar sebahagian caruman KWSP mereka.
Untuk memastikan keselamatan pekerja dan ahli, KWSP bertindak proaktif bagi menyesuaikan diri dengan realiti baharu melalui perkhidmatan berasaskan “Kurangkan Sentuhan, Lebihkan Penjarakan” dengan pengenalan Janji Temu Online (JTO).
Melalui JTO, KWSP memastikan langkah-langkah penjarakan fizikal dan SOP dipatuhi dengan ketat sementara jumlah pengunjung dikurangkan di setiap cawangan.
Prospek untuk tahun 2021
Mengulas berkenaan prospek tahun 2021, Tan Sri Ahmad Badri berkata, “Meskipun pemberian vaksin telah dilancarkan pada tahun ini, kami tetap berjaga-jaga kerana terdapatnya strain COVID-19 yang baharu dan lebih mudah merebak.
“Bagaimanapun, kami percaya bahawa situasi kini sudah mula terkawal dengan kerajaan setiap negara berusaha memastikan rakyat mereka mendapat vaksin selancar mungkin.
“Bahkan di Malaysia juga, kelompok pertama vaksin telah pun sampai dan dalam proses pengedaran.
“KWSP sudah menjangkau usia 70 tahun dan adalah antara institusi dana persaraan tertua di dunia.
“Kami akan tetap memberi tumpuan kepada mandat kami iaitu membantu ahli mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang mampan.
“KWSP juga akan memulakan skim pengeluaran baharu untuk membolehkan ahli membeli produk insurans atau Takaful, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.
“Skim ini dijadualkan untuk dilancarkan pada akhir tahun ini.
“Selain itu, KWSP juga merupakan pelabur institusi pertama yang mewujudkan mandat pelaburan langsung / pelaburan bersama Ekuiti Persendirian patuh Syariah terbesar di dunia, dengan pelancaran Akaun Terurus Berasingan, bernilai AS$600 juta.
“Ini adalah berita baik untuk dana Simpanan Shariah KWSP, yang mana baki simpanan ahli telah melepasi nilai RM100 bilion dan terus berkembang secara berterusan.”
Sehingga kini, terdapat 1.12 juta ahli KWSP yang telah memilih Simpanan Shariah sejak ia dilancarkan pada tahun 2016 untuk memenuhi permintaan ahli agar simpanan KWSP mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.
“Pandemik COVID-19 ini telah memberikan satu pendedahan kepada kita semua tentang keperluan mencari solusi dalam tempoh masa yang amat singkat.
“Dalam usaha KWSP untuk melindungi dan meningkatkan nilai simpanan persaraan ahli di sebalik turun naik pasaran dan persekitaran yang tidak menentu ini, penekanan terhadap pelaburan berlandaskan elemen Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) akan berfungsi sebagai paksi dan kaedah mitigasi risiko yang berkesan, serta menjadi pemacu dalam menghasilkan dividen sosial yang dapat bertahan dan melangkaui pulangan kewangan,” jelas Tan Sri Ahmad Badri.

Aset pelaburan keseluruhan KWSP mencecah RM1.02 TRILION pada 3 Disember 2020
The post KWSP umum dividen 5.20 peratus- KWSP terus melindungi simpanan ahli walaupun dilanda krisis sepanjang tahun 2020 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/27/kwsp-umum-dividen-5-20-peratus-kwsp-terus-melindungi-simpanan-ahli-walaupun-dilanda-krisis-sepanjang-tahun-2020/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kwsp-um

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Dividen Kwsp 5 20 Simpanan Konvensional 4 90 Simpanan Shariah Tahun 2020

Kadar Dividen Kwsp 5 20 Simpanan Konvensional 4 90 Simpanan Shariah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 333 hits
Kadar Dividen KWSP 5 20 Simpanan Konvensional 4 90 Simpanan Shariah Tahun 2020 Seperti yang kita sedia maklum setiap tahun KWSP akan mengemaskinikan jumlah dividen yang akan diterima oleh pencarum Jumlah yang dividen diagihkan kepada pencar...
Dividen Sspn 2020 Empat Peratus

Dividen Sspn 2020 Empat Peratus

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL NORAINI AHMADPUTRAJAYA Agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bagi tahun 2020 adalah empat peratus Mengumumkan perkara itu Menteri Pengajian Tinggi Dat...
Najib Jangka Dividen Kwsp Tahun Ini Lebih Tinggi Daripada Asb Susulan Keputusan Benar Pelaburan Di As

Najib Jangka Dividen Kwsp Tahun Ini Lebih Tinggi Daripada Asb Susulan Keputusan Benar Pelaburan Di As

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 230 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata sebagai ekonomi terbesar dunia sudah tentu AS merupakan antara destinasi pelaburan luar negara terbesar KWSP PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak bertanya sama ada keputusan beliau menyok...
Bonus Tabung Haji 2020 Tarikh Pengumuman Kadar Peratus Dividen

Bonus Tabung Haji 2020 Tarikh Pengumuman Kadar Peratus Dividen

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 291 hits
BONUS TABUNG HAJI 2020 TARIKH PENGUMUMAN KADAR PERATUS DIVIDEN Kepada umat Islam di Malaysia yang menabung di Tabung Haji anda sedang tunggu tarikh pengumuman dan kadar peratus bonus Tabung Haji 2020 KONSEP SIMPANAN TABUNG HAJI Simpanan di ...
Dividen Kwsp Epf Semakan Dividen Kwsp 2020 Melalui I Akaun

Dividen Kwsp Epf Semakan Dividen Kwsp 2020 Melalui I Akaun

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 307 hits
DIVIDEN KWSP EPF SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2020 MELALUI i AKAUN Kepada ahli KWSP anda ingin tahu berapa jumlah dividen KWSP EPF bagi tahun 2020 Anda boleh buat semakan dividen KWSP melalui i Akaun KWSP APA ITU DIVIDEN KWSP Berdasarkan Akta KWSP ...
Annuar Muasa Kata Umno Umum Putus Dengan Bersatu Pramatang Kamu Ahli Parti Mana

Annuar Muasa Kata Umno Umum Putus Dengan Bersatu Pramatang Kamu Ahli Parti Mana

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 299 hits
Bekas setiausaha agung BN Annuar Musa menyifatkan keputusan Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 sebagai pendirian pramatang Dia mengulas surat yang diutus Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid kepada Perdana Menteri dan Presi...
Rentasan 836 Tiada Persidangan Parlimen Sepanjang Tahun Ini

Rentasan 836 Tiada Persidangan Parlimen Sepanjang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 154 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8361 KERAJAAN ANGKUH DAN TIDAK PEDULI SENTIMEN RAKYAT ANWAR 2 UMNO CUBA TEGAK BENANG BASAH 3 VAKSIN DARI PELBAGAI PENGELUAR ADAKAH BERBEZA 4 NAK PARLIMEN DIBUKA DAPAT SOLAT HAJAT KUDETA
Belanjawan 2021 S 24 Bilion Untuk Ubah Perniagaan Pekerja Sepanjang 3 Tahun Akan Datang

Belanjawan 2021 S 24 Bilion Untuk Ubah Perniagaan Pekerja Sepanjang 3 Tahun Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 171 hits
SINGAPURA Pemerintah melakarkan pelan S 24 bilion bagi membantu syarikat dan pekerja menyesuaikan diri dengan dunia pasca COVID 19 dan ini termasuk menambah geran dan melanjutkan inisiatif latihan Dalam ucapannya semasa membentangkan Belanj...
Sentuhankasih Dato Hans Isaac Melawat Kawasan Ampang Ini Tahun 2020

Sentuhankasih Dato Hans Isaac Melawat Kawasan Ampang Ini Tahun 2020

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 239 hits
Ikuti perjalanan Dato Hans Isaac dalam misi menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Ampang pada 16 September 2020 Hari Malaysia yang lepas
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Dolar Kini Mengukuh

Lunch With Ex Officemate Ecah Di Padi House Klcc

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Favourite En Suami

460 Years Ago Shakespeare Was Born Here Or Somewhere

Cempedak Goreng

Simbah Oku Dengan Air Panas Wanita Dipenjara 10 Tahun Denda Rm6 000