Kwsp Dan Moratorium Bukan Hasutan Tapi Permintaan Rakyat Najib


Ada yang tuduh saya sedang menghasut atau mempermainkan Rakyat dalam isu pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman sebab saya nyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa inilah dua syarat untuk BN sokong bajet 2021.
Hasut apa? Main apa?
Nombor 1: Ini adalah permintaan rata-rata Rakyat yang sedang dalam kesusahan. Saya cuma suarakan dalam Dewan bagi Rakyat.
– hanya Rakyat sendiri yang faham kesusahan mereka ketika ini.
– saya percaya Rakyat sendiri yang akan memikul tanggung jawab untuk gunakan wang ini secara berhemah dan akan bekerja dengan lebih gigih untuk menggantikan pengeluaran usia tua mereka apabila keadaan pulih.
– adakah ianya adil untuk menafikan pelampung kepada keluarga yang sedang lemas hanya sebab ada kebimbangan bahawa segelintir akan salahgunakan untuk beli iPhone 12?
– Rakyat juga faham implikasi bagi pengeluaran RM10,000 ini ialah mereka kehilangan pendapatan RM41 sebulan selepas mereka bersara seperti dikira boss KWSP.
– Kita jangan ingat Rakyat bodoh atau tidak faham implikasi pengeluaran ini, akan sia-siakan duit dari pengeluaran ini atau tidak berazam untuk gantikan pengeluaran ini pada masa depan.
– apa yang saya dapat jika kedua-dua syarat ini dilaksanakan kerajaan? Ini bukan syarat untuk teruskan projek kerajaan bagi kroni saya atau untuk saya.
– Pernahkah saya suruh Rakyat untuk tolak kerajaan PN jika kedua-dua syarat ini tidak dibuat?
Nombor 2: Syarat-syarat ini BOLEH dan PERNAH dilakukan oleh kerajaan.
– Ianya bukan syarat yang mustahil dilakukan atau sukar dilakukan seperti syarat Guan Eng untuk pinjam dan tambah RM45 bilion kepada perbelanjaaan tahun 2021.
– kerajaan pernah memberikan pengeluaran dari KWSP melalui skim i-Lestari dan memberi moratorium 6 bulan semasa PKP pertama dilaksanakan. Kini PKPB dilanjutkan berulang-kali tetapi kemudahan-kemudahan ini tidak pula dilanjutkan.
– lagi pelik ialah kita minta pengeluaran RM10k tanpa bersyarat bagi semua tapi yang dibei ialah pengeluaran RM60k pulak dengan syarat amat ketat! Seolah-olah mereka yang lebih kaya diutamakan tapi yang benar-benar tertekan disingkirkan.
– Saya juga telah menggariskan bagaiman kerajaan boleh laksanakan kedua-dua langkah ini tanpa memberi implikasi besar kepada kewangan kerajaan atau defisit bajet serta bagaimana untuk pulihkan simpanan KWSP. Sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah sangkal langkah-langkah yang saya beri itu tidak boleh dilakukan.
– Jika dulu boleh dilaksanakan, kenapa tidak boleh dibuat semula sedangkan KWSP ada aset RM940 bilion dan semua bank-bank yang mengaut keuntungan berpuluh bilion setahun pada tahun-tahun lepas masih catat keuntungan pada tahun 2020 yang amat susah ini?
Nombor 3: Ini strategi ekonomi – bukan langkah populis.
– Sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah menjawab soalan saya bagaimana bajet 2021 untuk lawan Covid yang cuma 2.5% lebih tinggi berbanding bajet 2019 (yang tiada Covid) bawah PH mampu menyelamatkan negara.
– Dan sehingga kini, tiada seorang pun yang pernah jawab soalan saya bagaimana bajet 2021 boleh menyelamatkan ekonomi negara memandangkan 4 skim utama kerajaan bagi tahun 2020 ini seperti moratorium pinjaman, i-lestari, Program subsidi Upah dan bayaran bantuan prihatin telah ditamatkan atau banyak dikurangkan pada tahun depan.
– Sebab itu, saya berpendapat bahawa dana yang disuntik oleh kedua-dua langkah ini mampu membantu rancakkan ekonomi dan akan selamatkan lagi ramai pekerjaan. Saya bukan tidak ada pengalaman atau tak faham hal-ehwal ekonomi Malaysia sebab kadar pertumbuhan ekonomi dan dividen KWSP juga antara paling tinggi sejak 20 tahun lalu pada tempoh saya PM dan menteri kewangan.
Jika sesiapa boleh sangkal apa yang saya tulis di atas, barulah ianya adil untuk kamu tuduh saya sedang menghasut atau mempermainkan Rakyat.
Najib Razak
Desakan BN hanya demi rakyat, Belanjawan 2021 akan dipinda

The post KWSP dan moratorium bukan hasutan, tapi permintaan rakyat – Najib appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/23/kwsp-dan-moratorium-bukan-hasutan-tapi-permintaan-rakyat-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau bukan menghasut atau mempermainkan rakyat apabila terus memperjuangkan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lanjutan moratorium pinjaman sebagai syarat untuk Barisan Nasion...
Rakyat Terus Muntah Amarah Tuntut Kwsp Moratorium Automatik

Rakyat Terus Muntah Amarah Tuntut Kwsp Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 332 hits
November 22 2020 Laman rasmi Facebook Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terus dihujani kritikan warganet berhubung isu pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium ke atas pinjaman...
Belanjawan 2021 Bn Akan Sokong Dengan Bersyarat Antaranya Pelanjutan Moratorium Pengeluaran Kwsp Secara One Off Najib

Belanjawan 2021 Bn Akan Sokong Dengan Bersyarat Antaranya Pelanjutan Moratorium Pengeluaran Kwsp Secara One Off Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 303 hits
1 222 total views 1 222 views today KUALA LUMPUR 10 Nov Barisan Nasional menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran one off hingga RM10 000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan...
Najib Tegur Ceo Kwsp Supaya Fikir Pasal Penderitaan Hidup Rakyat

Najib Tegur Ceo Kwsp Supaya Fikir Pasal Penderitaan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 390 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak wajar melihat tuntutan rakyat supaya pengeluaran akaun 1 diperluaskan sebagai beban yang akan menjejaskan pelaburannya kata bekas perdana menteri Najib Razak Saya tak setuju pandangan CEO KWSP kalau kita...
Beban Kerajaan Membantu Rakyat Berkurangan Apabila Rakyat Pilih Guna Duit Sendiri Kwsp Termakan Cakap Najib

Beban Kerajaan Membantu Rakyat Berkurangan Apabila Rakyat Pilih Guna Duit Sendiri Kwsp Termakan Cakap Najib

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 408 hits
Kerajaan hanya tawarkan kelonggaran pengeluaran KWSP RM500 setiap bulan x 12 bulan Sudah tentu ini tidak mencukupi dan kerajaan perlu bantu lagi dalam pelbagai bentuk Tetapi keperluan bantu itu menjadi ringan kurang perlu dan terbantut kera...
Moratorium Dan Kwsp Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

Moratorium Dan Kwsp Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 346 hits
Majoriti tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini Yang sinis b...
Moratorium Kehendak Rakyat Desakan Ahli Politik Kebimbangan Ahli Bank

Moratorium Kehendak Rakyat Desakan Ahli Politik Kebimbangan Ahli Bank

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 163 hits
MELIHATKAN kepada jawapan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus kemungkinan besar moratorium menyeluruh diperpanjang tidak akan berlaku Kata Gabenor Bank Negara moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi Meskipun ia memberik...
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 501 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte