Kwsp Akaun 3 Bolehkan Pengeluaran Caruman Secara Fleksible



KWSP Akaun 3 : Bolehkan Pengeluaran Caruman Secara Fleksible . Program yang akan diwujudkan ini akan membawa kegembiraan untuk pencarum KWSP yang sangat memerlukan dalam menyara kos sara hidup yang tinggi hari ini.Berikutan ekonomi dan kos sara hidup bercambah menyebabkan pengunaan duit atau pengeluaran akan jadi besar.
Oleh itu,membolehkan pencarum membuat pengeluaran dari akaun mereka selagi memenuhi syarat kelayakan. Jika KWSP membenarkan atau membuka akaun 3 untuk kegunaan fleksible kepada semua pencarum seluruh Malaysia.
Sertai telegram rasmi sistem guru online untuk dapatkan informasi terkini dan terpantas dalam negara Malaysia:

 
KWSP Akaun 3 : Bolehkan Pengeluaran Caruman Secara Fleksible KWSP Bakal Memperkenalkan Akaun 3 untuk Pengeluaran Simpanan pada Bila-Bila Masa
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang memungkinkan ahli untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa yang diinginkan.
Nurhisham Hussein, Ketua Pegawai Strategi KWSP, menjelaskan bahawa Akaun 3 yang dicadangkan ini akan berfungsi seperti akaun simpanan, membolehkan ahli untuk mengakses simpanan mereka secara fleksibel.Beliau menekankan bahawa cadangan memperkenalkan akaun ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan kecemasan tunai ahli yang mungkin timbul.
“Dengan adanya Akaun 3 ini, kami berharap dapat menarik minat golongan yang bekerja dalam sektor tidak formal untuk menyertai KWSP,” katanya dalam taklimat KWSP yang diadakan secara maya hari ini.Tentang kadar simpanan yang akan diperuntukkan bagi Akaun 3, Nurhisham menyatakan bahawa ia mungkin melibatkan antara lima hingga 10 peratus.
Beliau juga menjelaskan bahawa dengan adanya Akaun 3 yang fleksibel ini, kadar caruman bagi Akaun 1 juga akan ditingkatkan.Ahli akan diberikan pilihan untuk memindahkan dana simpanan mereka dari Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.
Nurhisham menjelaskan bahawa dividen yang diperoleh daripada Akaun 3 dijangka lebih rendah berbanding akaun-akaun lain kerana ia berfungsi sebagai akaun simpanan.Struktur skim simpanan KWSP pada masa ini bagi ahli berumur di bawah 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar caruman sebanyak 70 peratus dan 30 peratus.
Mulai 1 Januari 2017, ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan masih bekerja akan memiliki dua akaun iaitu Akaun Emas dan Akaun 55.Akaun 55 adalah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila ahli mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa selepas mencapai umur tersebut.
Sementara itu, Akaun Emas adalah akaun yang dibuka setelah ahli mencapai umur 55 tahun. Caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam akaun tersebut dan hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.
Sumber Berita Harian
Mohon baca juga:
Cara Permohonan Lengkap Pengeluaran KWSP FSA2 2023 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan (Kemaskini 2023) KWSP Akaun 3 17 Jenis Pengeluaran KWSP Bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berkaitan dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada
Jom ikut perkongsian kami mengenai KWSP Akaun 3 : Bolehkan Pengeluaran Caruman Secara Fleksible
2 kategori pengeluaran yang dibenarkan adalah:
Pengeluaran Sebahagian Umur 50 Pendidikan Beli Rumah Bina Rumah Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Perumahan Fleksibel Perumahan PR1MA Haji Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta Pengeluaran Penuh Umur 55 Umur 60 Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan Hilang Upaya Meninggalkan Negara Kematian KWSP Akaun 3 1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP Apabila anda mencapai umur 50 tahun, anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan daripada simpanan Akaun 2 untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda. Namun, anda hanya dibenarkan membuat pengeluaran tersebut sekali sahaja.
Anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP:
Berumur antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2. Hanya dibenarkan membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sekali sahaja. “Ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak, dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
2. Pengeluaran Pendidikan Pengeluaran tersebut termasuk Pengeluaran Pendidikan, yang membolehkan ahli untuk menggunakan simpanan Akaun 2 untuk membayar yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara, bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya. Syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan perlu dipenuhi oleh ahli sebelum membuat pengeluaran tersebut.
3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah Ahli KWSP boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah jika mereka belum pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah sebelumnya dan ingin membina sebuah rumah kediaman atau rumah kampung.
Permohonan pengeluaran ini akan dipertimbangkan jika rumah dibina di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri, di mana surat hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah. Selain itu, permohonan ini perlu memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.
Untuk makluman, geran kongsi juga akan diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah. Walau bagaimanapun, geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.
4.Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan. Geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah. Permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut, belum pernah membuat Pengeluaran Perumahan atau telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan, dan surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima.(KWSP Akaun 3 )
5.Pengeluaran KWSP Untuk Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. Syarat-syarat untuk membuat pengeluaran adalah umur bawah 55 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2, telah membeli/membina rumah kediaman, ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut, rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran, ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan, dan permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya.
6. Perumahan Fleksibel Anda boleh menggunakan simpanan KWSP untuk mengukuhkan kelayakan anda mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan, sama ada sekarang dan akan datang.
Apakah Pinjaman Perumahan Fleksibel?
Sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 2 akan diperuntukkan kepada Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
Apabila institusi kewangan menilai kelayakan pinjaman anda, caruman KWSP bulanan anda akan dikira sebagai sebahagian daripada pendapatan.
Dengan kelayakan pinjaman yang lebih tinggi, anda boleh membeli rumah idaman anda.
Syarat:
Umur bawah 54 tahun Beli/Bina rumah untuk didiami Mempunyai pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf oleh KWSP. 7. Perumahan PR1MA Pencarum KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.(KWSP Akaun 3)
8. Pengeluaran KWSP Untuk Haji Pencarum KWSP yang beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
Syarat-syarat:
Umur dibawah 55 tahun Telah dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH Mereka yang tidak pernah memohon pengeluaran haji Pencarum simpanan di LTH tidak mencukupi 9. Kesihatan KWSP telah membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:
Diri sendiri Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua) Pasangan anda Adik-beradik anda (kandung) Anak-anak (kandung, angkat, tiri) Syarat-syarat:
Berumur 55 tahun ke bawah Mempunyai simpanan dalam Akaun 2 Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP Tidak mendapat rawatan alternatif 10.Jumlah Simpanan Melebihi 1 Juta KWSP membenarkan ahli yang mempunyai jumlah simpanan melebihi RM1 juta untuk mengurus sendiri pengeluaran melebihi had minimum dan melebihi had kelayakan mengikut pengeluaran sedia ada.(KWSP Akaun 3)
11.Hilang Upaya Ahli boleh membuat pengeluaran penuh dari akaun KWSP jika disahkan oleh pegawai perubatan di Lembaga Perubatan atau Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa ahli telah kehilangan upaya fizikal atau mental dan tidak dapat bekerja. Penilaian perubatan harus mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).
Permohonan lengkap boleh diserahkan di Pejabat KWSP berhampiran dan akan diproses dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh diterima jika memenuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan dokumen pengeluaran, sila rujuk https://www.kwsp.gov.my/…/withdrawals/full/incapacitation
Syarat-syarat:
Umur bawah 55 tahun Mempunyai simpanan dalam KWSP Tidak bekerja Disahkan oleh pegawai perubatan di Lembaga Perubatan KWSP bahawa ahli telah kehilangan upaya fizikal atau mental Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP Temujanji penilaian akan diatur semasa penyerahan permohonan di kaunter. 12.Meninggalkan Negara Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain, atau ekspatriat, penduduk tetap (PR), atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan semua simpanan KWSP mereka.(KWSP Akaun 3)
13.Kematian Jika anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda boleh menjadi jaminan bagi orang-orang tersayang dan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
Oleh itu, pastikan anda menamakan waris terdekat anda untuk membolehkan mereka mengeluarkan simpanan KWSP anda tanpa sebarang kesulitan.
Ahli keluarga yang bergantung pada anda juga layak untuk menerima bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam keadaan kesulitan.
14.Persaraan Awam Pekerja sektor awam, termasuk Kementerian Pertahanan dan Perkhidmatan Tentera yang membuat caruman KWSP, boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Syarat-syarat:
Umur di bawah 55 tahun Pekerja dalam sektor awam/Kementerian Pertahanan/Perkhidmatan Tentera dan membuat caruman KWSP Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) *Pekerja Berpencen merujuk kepada pekerja yang telah diletakkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan pengambilan pekerja ke dalam jawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri atau badan berkanun atau tempatan. 15.Pengeluaran KWSP pada Umur 55 Tahun Apabila mencapai umur 55 tahun, simpanan yang diterima dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55.(KWSP Akaun 3)
Anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan simpanan dari akaun ini pada bila-bila masa.
Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, simpanan yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
16.Pengeluaran KWSP pada Umur 60 Tahun Pengeluaran ini adalah lanjutan daripada pengeluaran pada umur 55 tahun dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.
Pada umur 60 tahun, semua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.
Anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau keseluruhan simpanan pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.
17. Bina Rumah Syarat-syarat
Umur bawah 55 tahun Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 pencarum Pencarum atau pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut Pinjaman yang telah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri Pencarum tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan Surat Perjanjian Membina Rumah mestilah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima Cara Memohon Pengeluaran Pengeluaran KWSP adalah boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.
Pencarum juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/07/kwsp-akaun-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengeluaran Penuh Kwsp Usia 55 60 Kekal Untuk Ahli Semasa

Pengeluaran Penuh Kwsp Usia 55 60 Kekal Untuk Ahli Semasa

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 254 hits
Tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh usia 55 dan 60 untuk ahli ahli semasa jelas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP menerusi kenyataan akhbar hari ini menjelaskan perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpak...
Kwsp Pertimbang Jadikan Skim Pengeluaran Bayaran Bulanan Mandatori

Kwsp Pertimbang Jadikan Skim Pengeluaran Bayaran Bulanan Mandatori

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang pertimbang untuk menjadikan Skim Pengeluaran Bayaran Bulanan sebagai mandatori bagi pencarum baharu Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan skim ini bagaikan pencen ba...
Perdana Menteri Pertimbang Pengeluaran Kwsp Secara Bulanan

Perdana Menteri Pertimbang Pengeluaran Kwsp Secara Bulanan

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 176 hits
Perdana Menteri pertimbang pengeluaran KWSP secara bulanan TIADA bantahan daripada kerajaan terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengenakan pengeluaran berkala atau bulanan Berikutan apabila mencapai umur persaraan sukarel...
Penjelasan Berkenaan Cadangan Pengeluaran Pasca Persaraan Berkala Kwsp

Penjelasan Berkenaan Cadangan Pengeluaran Pasca Persaraan Berkala Kwsp

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 246 hits
Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Orang ramai dinasihatkan agar berhati hati dalam berkongsi informasi yang belum pasti kesahihannya Menurut KWSP tarikh kuat kuasa cadangan Pengeluaran Pasca Persaraan Be
Aplikasi Baru Kwsp I Akaun

Aplikasi Baru Kwsp I Akaun

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 203 hits
Aplikasi Baru KWSP i Akaun Kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memudahkan akses akaun simpanan KWSP anda melalui i Akaun KWSP Online bagi semua ahli Melalui i Akaun ini kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e Pengeluaran...
Kemaskini Profile Nombor Akaun Bank Kyc

Kemaskini Profile Nombor Akaun Bank Kyc

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 219 hits
Berikut senarai ahli baru yang belum dikemaskini profile nombor akaun bank kyc adalah penting dikemaskini untuk urusan jual beli emas di Quantummetal dan transaksi dengan pihak bank Harap hubungi admin wassap dengan kadar segera terima kasi...
Pekebun Kecil Getah Akan Dapat Bayaran Insentif Pengeluaran Mulai Julai

Pekebun Kecil Getah Akan Dapat Bayaran Insentif Pengeluaran Mulai Julai

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 290 hits
Pekebun kecil getah akan dapat bayaran insentif pengeluaran mulai Julai Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Ju
Suri Rumah Kini Ada Cara Buka Akaun Bank Dengan Mudah Dan Tanpa Perlu Ke Bank

Suri Rumah Kini Ada Cara Buka Akaun Bank Dengan Mudah Dan Tanpa Perlu Ke Bank

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 362 hits
Viral seorang suri rumah gagal membuka sebuah akaun bank namun sebenarnya ada cara termudah untuk seseorang tanpa sebab musabah untuk membuka bank akaun Persoalan perlu ke setiap orang mempunyai bank akaun Ya Perlu Di dunia era yang semakin...
Jenis Jenis Akaun Public Gold

Jenis Jenis Akaun Public Gold

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 173 hits
Disini saya kongsikan jenis jenis akaun Public Gold yang ada bergantung kepada aktiviti terkini pelanggan dalam urusan jual beli dengan Public Gold Kenapa penting untuk mengetahui akan pekara ini terutama bagi Dealer Public Gold yang aktif ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket